Opie Panji kritikal .. Isteri hilang punca pendapatan anak kecil baru 11 bulan (6Gambar)

Kuantan : Suatu masa dulu mereka amat dikenali dan mereka ada penghibur ditanah air, namun setelah masa berlalu mereka terpaksa mencari punca rezeki untuk menyara hidup keluarga tercinta.

Beginilah kisah hidup bekas vokalis kumpulan rock Panji, Mohd Rafi Ibrahim, kini terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sejak Sabtu lalu, selepas menderita pelbagai komplikasi penyakit sejak setahun lalu.

Mohd Rafi atau lebih dikenali sebagai Opie, 48, dikejarkan ke HTAA selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumahnya di Indera Sempurna, Kuantan.

Isterinya, Suhailiza Ahmad, 42, berkata, dalam kejadian 10.30 malam, suaminya memaklumkan mengalami sakit perut selain sukar bernafas sebelum dibawa ke HTAA.

Suhailiza berkata, suaminya disahkan mengalami penyakit hepatitis C sejak setahun lalu selain menderita kencing manis sejak dua tahun lalu .

“Suami juga disahkan mengidap jangkitan kuman pada saluran makanan, bengkak hati dan mempunyai gastrik. Dia kini berada dalam keadaan kritikal.

“Beberapa hari sebelum dikejarkan ke HTAA keadaan kesihatannya sudah merosot dan tidak mampu bekerja sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Opie yang berasal dari FELDA Jerangau, Terengganu pernah popular dengan album Senang pada tahun 1993 hingga tercalon untuk anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 1993.

Suhailiza berkata, saudara terdekat dan rakannya termasuk bekas ahli kumpulan Panji sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan ada yang sudah melawat suami yang terkenal dengan lagu `Kasih yang tidak pasti’.

Suri rumah itu berkata, kemerosotan kesihatan suaminya itu membuatkan kehidupan keluarganya sedikit sukar disebabkan pendapatan suami yang sebelum ini bekerja sebagai tukang paip sudah terjejas.

“Saya mohon jika ada individu yang bermurah hati ingin membantu keluarga kami dari sudut kewangan, saya amat hargai.

“Anak kami masih kecil masing-masing berusia 11 bulan, lapan tahun dan sembilan tahun. Kami berharap bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga termasuk membeli keperluan ubat suami,” katanya.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu mempunyai enam anak dan merayu sekiranya individu yang ingin memberikan sumbangan boleh dihulur ke nombor akaun Suhailiza Ahmad 06019021080458 atau menghubunginya di talian 019-9447083.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *