"Talak 3, Tapi Masih Tinggal Sebumbung. Suami Nafi ‘Bersama’ "Tiba2 bekas isterinya hamil. Aku terkedu


Foto sekadar hiasan. 

Hi. Nama aku Linda. Terima kasih admin jika confession aku tersiar. Sedikit pengenalan tentang diri. Umur aku pertengahan 30-an. Berpewatakkan menarik, dan berjawatan.

Aku sudah berkahwin dengan seorang duda yang sedikit berusia dari aku. Untuk pengetahuan semua, perkahwinan pertama suami aku dengan bekas isterinya gagal bukan disebabkan aku.

Biar aku memberikan singkatan S kepada suamiku dan X kepada bekas isterinya. S telah bercerrai dengan X selama 2 tahun sebelum aku dan S berkenalan.

Tetapi, mereka menyembunyikan percerraian antara mereka. S pada masa itu juga menyatakan yang dia masih mempunyai isteri yang sah.

Aku hanya berkawan biasa biasa sahaja dengan S pada waktu itu. Kerana aku juga mempunyai ramai kawan lelaki yang lain.

Hubungan aku dengan S menjadi semakin rapat apabila S kerap outstation ke tempat aku. Dalam diam, aku meminati S kerana susuk tubuhnya yang tinggi (kerana aku adalah perempuan yang tinggi).

Selama beberapa bulan berkawan, hubungan kami menjadi semakin akrab. Aku semakin risau memandangkan S ketika itu, masih lagi ‘suami orang’.

S juga seperti tidak mahu kehilangan ku. Kami ‘bercinta dalam diam’ memandangkan status yang masih ‘dipegang’ oleh S.

Suatu hari, aku berkata jujur padanya yang aku tak mahu bermadu. Biarkan aku berundur dari hubungan ini. S menahanku dari berbuat demikian.

Aku memberikan kata dua pada S. Ternyata S memilihku. Tapi aku masih ragu ragu. Akhirnya, S berterus terang tentang status mereka.

S menunjukkan aku surat percerraian mereka. Percerraian yang tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula, melainkan cina buta.

Aku seakan tidak percaya kerana S dan X masih lagi tinggal dirumah yang sama. S menerangkan, itu demi anak anak mereka yang sedang membesar. Aku minta S memberikan aku masa untuk berfikir.

Dalam masa yang sama, S tak henti henti memujukku untuk menerimanya. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri. Aku tak sanggup bermadu. S sudah mengakui, tapi kenapa aku masih sangsi?

S berjumpa dengan orangtuaku untuk merisik dan menceritakan hal yang sebenar. Aku nampak kesungguhan S disitu.

Dipendekkan cerita, kami pun bernikah di kampungku dan majlis sederhana dijalankan. Selepas bernikah, S berterus terang kepadaku bahawa X tidak mahu S bernikah lain demi menjaga perasaan X dan anak anak mereka. Aku terkedu.

Masalah mulai timbul apabila S diuji dengan beban kewangan. Masalah kemuncak, apabila S mula gagal menyediakan wang ringgit bagi tempat tinggal, makan dan pakaiku. Aku bertahan selama 2 tahun dengan menyediakan keperluanku sendiri.

Bila kami bertengkar, S akan kembali ke rumah X. Aku juga mengakui silapku, aku selalu mengungkit bila timbul perbalahan. Aku akan ungkit dari segi duit terutamanya.

S pernah beberapa kali kantoi dengan aku tentang hubungan kelaminnya dengan X. Tapi S menidakkan. Hingga suatu hari, X didapati mengandungkan anak S.

Tapi mereka mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut. Kerana mereka tiada sijil perkahwinan yang sah untuk mendaftarkan kelahiran di kemudian hari.

Sepanjang perkahwinan kami, aku sering dimaki dihina dengan kata kata kesat oleh S disebabkan perkara perkara yang kecil.

S menyatakan aku menyalahkannya, sedangkan aku hanya menjelaskan, tapi aku terus digelar b**i, sial, anak haram dan sewaktu dengannya oleh S.

Aku juga pernah dipukul beberapa kali disebabkan perbalahan. Aku akui silapku yang seringkali ‘provok’ S bila aku inginkan kepastian.

Aku pernah meminta S untuk melepaskanku kerana aku rasa perkahwinan ini t0xic. Ada masa kami gembira, ada ketika aku berduka.

Aku perasan, setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan, aku dan S akan bergaduh dan semestinya S akan kembali ke X dan anak anak mereka.

Aku rasa sedih bila berhari hari S tidak disisiku. Langsung tiada pertanyaan khabar dari S tentang diriku seakan aku tidak wujud baginya.

Bila aku ajukan pertanyaan tentang itu, S hanya jawab; “dah bergaduh, apa guna bertanya khabar?”

Sepertinya, S sengaja mencari jalan untuk kami berbalah agar S dapat bersama X dan anak anak mereka.

Aku juga difitnah oleh X. Bahawa aku adalah perampas suaminya. Aku dimalukan dimedia social nya sedangkan yang sebenarnya mereka telah pun lama bercerrai sebelum kehadiran aku.

Bila aku minta simpati suamiku, S memarahiku kembali dengan mengatakan aku sengaja cari pasal mengintai media social X.

S juga seringkali mengadu dan menceritakan perihal burukku kepada X. Untuk apa, aku tak pasti.

Aku ada bertanya tanya orang lain tentang X, mereka hanya memuji muji X dengan kebaikkan dan kewarakkannya. Sedikit sebanyak, aku berasa kecewa.

S yang aku kenali dahulu terutamanya sebelum kami berkahwin, adalah seseorang yang sangat aku sayangi.

S pandai ambil hati aku, romantik, dan membuat lawak. S juga terlalu ambil berat pasal diriku. Hari hari mengucapkan kalimat cintanya padaku. Membuatkan aku semakin sayang padanya.

Tapi segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami berkahwin. Pastinya, aku sedih bila teringat kembali diri S diwaktu yang dulu.

Bila keseorangan, aku rasa sunyi. Aku inginkan zuriatku sendiri agar aku tidak kesunyian bila S tiada disisi. Tapi, Allah lebih mengetahui.

Aku pernah berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian bagi masalahku ini. Tapi aku masih lagi buntu untuk tindakkan ku yang seterusnya.

Aku pernah menyesal kerana tergesa gesa untuk berkahwin. Dan aku juga tak mahu menyesal kerana tergesa gesa untuk menuntut percerraian dari suamiku.

Adakah aku menyesal menikahi S? Sejujurnya, tidak. Kerana aku juga mencintai S.

Yang aku sesali, aku memberikan ruang untuk S kembali ke X atas sikapku sendiri. Aku akui, terdapat banyak kesilapanku sebagai seorang isteri kepada suamiku S.

Aku ingin menebus silapku pada S. Tapi aku tak tau bagaimana, kerana X akan sentiasa ada dihati S. Aku ingin S mencerraikanku secara baik, tapi S enggan dan tidak menyatakan sebabnya.

Aku buntu. Aku mohon para pembaca yang budiman dapat memberikan aku nasihat dan pandangan disebalik kecaman.

Jika ada keperluan, aku akan sambung lagi confession ini. Terima kasih dan assalammualaikum

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Lindaaaaa (Bukan nama sebenar) via IIUMC via hits.allhmt.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post