"Pasangan Ni Nak Tinggal Dengan Mertua Sebab Uami Tak Mampu Nak Sewa Rumah" Tergamam bila dah duduk dengan mertua selamba je kakak ipar boleh buat macam ni.


Foto di atas sekadar hiasan. 

Assalamualaikum semua, saya tinggal rumah Mak mertua, dalam rumah ada adik suami, memang nak keluar bilik kena pakai tudunglah hari-hari, hari-hari saya rasa macam duduk Kat rumah orang, ada yang sama macam saya tak? Hehee… tak apalah jalani je hidup ni, nak menyewa gaji suami Tak cukup, terima aje lah.. ok sambung.

Saya anak first. Kak ipar saya nak saya jadi pengasuh anak dia 2 orang, sebab pengasuh lama dia naikkan rm.50, macam mana taknya pengasuh lama dia naikkan bayaran 50, hantar anak pukul 6, pukul 7 baru Datang ambik, so sekarang dia hantar Kat rumah mak mrtua saya, saya jaga anak dia 2 orang ada masa dia hantar anak yang tua tu sekali ada masa saya jaga 3 orang anak dia.

Dia bayar rm.600, bayar gaji lambat sangat, dah nak dekat 2 bulan baru bayar dia hantar anak dia samalah dengan dia hantar ke rumah pengasuh lama, dia Datang pukul 6 balik kerja mandi sebab time c0vid ni kan, makan terus tengok tv main FB golek gelebang bukan nak ambk anak dia dlu, mana boleh mcm tu kan.

kita sama-sama cari rezeki. Punyalah lama dia nak ambik anak dia, dah ni dekat mahgrib baru ambik anak dia, dahlah saya ada anak kecik juga nak mandi kan anak Saya lagi segala macam, dulu masa dia hantar rumah pengasuh lama hari Sabtu dia hantar rumah mak mertua Saya, mak mrtua saya yang jaga, sekarang Senin sampai Sabtu Saya jaga, saya sedih sangat dengan sikap dia.

Kadang pagi tu anak dia basah lencun pempers Tak tukar kesian anak dia. Lepas tu makan minum pagi petang kat rumh ni, siap balik kerja, mandi, baju dan kain batik k0tor dia tinggalkan je kat ruang tamu, last2 suruh saya cuci, dahlah baju anak dia saya cuci semua, cuci piring dengan cawan dia minum sorang pun Tak dapat, padahal saya dah bersihkan singki, kadang anak dia berrak dah pukul 7 tu tong cuci lah sendiri.

Ni saya tengah mnyusu anak saya dia sibuk panggil saya cucikan brak anak dia, kesian anak saya tengah menyusu anak saya baru nak lelap saya lepaskan susu menangis dia, kadang hari Tak kerja dia makan rumah Mak mrtua saya yelah mak dia kan…. Lepastu kadang2 Masa dia datang time cuti tu anak dia brak, pempers anak dia pun Tak reti dia buangkan Kat tempat sampah, padahal saya dah siapkan tempat sampah pempers anak2, dia letak Kat atas meja ruang tamu.

Saya sedih sy tak tau nak luahkan Kat siapa, takkan saya sampaikan langsung Kat dia, saya nak jaga hubungan ipar jugak, maaflah ayat berterabur dan panjang sangat, saya nak luahkan aja, saya tak tau nak luah Kat siapa, terimakasih admin.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT via news.allmhi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post