"Masalah Besar Bila Balik Rumah Mertua Mesti Tak Dapat Bilik, Bila Aku Minta Tumpang Bilik Nak Menyusu Bayi" Suami suruh bagi je depan org ramai, kadang2 terselak,


Foto sekadar hiasan. 

Banyak kali cerita perihal isu batas aur4t masing-masing bila berkumpul ni diulas. Tapi saya sedia nak kata, tahap kesedaran semua orang tak sama. Saya sudah berkahwin hampir 8 tahun. Suami saya anak bongsu. Suami mempunyai seorang kakak dan 6 orang abang. Rumah mertua saya bukanlah rumah yang besar. Hanya teres biasa 3 bilik 2 tingkat

Kami antara yang selalu pulang ke rumah ibu baba kerana duduk berdekatan. Ibu di sepang, kami ni kajang.

Berikutan usia ibu baba juga dah meningkat, suami kerap kali ajak pulang ke rumah ibu untuk jenguk mereka

Anak-anak kami juga antara cucu yang kecil, paling kecil masih 4 bulan. Abang dan kakak ipar masing2 anak dah bersekolah rendah

Masing2 sangat sibuk dan jarang pulang kerana ada yang duduk di melaka, di kelantan

Saya suka ikut ke rumah ibu. Ibu baba sangat baik mertua yang saya sayang, syukur tiada isu apa-apa seperti kisah-kisah di page rumahtangga lain

Cumanya apabila adik beradik berkumpul, dan ada majlis besar, mula masalah satu per satu timbul

Sebabkan rumah mak hanya 3 bilik, kakak sulung sentiasa dapat bilik satu, abang kedua dapat bilik satu.

Sebuah lagi memang bilik ibu jadi yang lain bercampuran di ruang tamu yang juga kecik dan sempit

Walaupun zaman harini banyak pilihan duduk homestay hotel, suami saya tetap setia ingin tidur di rumah ibu.

Sebab ibu suka main dengan cucu-cucu. Dan suami juga anak bongsu sangat manja dengan ibu, ingin jaga hati mereka

Keadaan jadi susah bila anak2 abang dan kakak ipar dah besar, saya dan beberapa biras lain mempunyai anak kecil yang hendak menyusu..

tiada ruang di rumah dan tak pernah dapat bilik. Tak kira waktu mengandung, waktu menyusu, berpantang.

Saya berpantang di rumah mama jadi tiada masalah. Biras yang berpantang di rumah ibu sangat kasihan. Di ruang tamu hanya bubuh langsir sementara sebagai pemisah

Bilik masih jadi keutamaan kakak dan abang ipar paling tua. anak kecil kami 4 bulan.. anak abang ipar ke 4, ke 5 masing2 ada bayi kecik 1 thn dan 8 bulan

Suami pun selalu suruh saya susukan sahaja di ruang tamu yang padat dengan adik beradik biras lain. Kadang2 terselak, hampir nak menjerit saya pada anak

Bila tidur saya tak tahu nak tidur di mana. Sana sini ada abang ipar dan biras, di tambah anak buah lelaki yang dah 7 – 8 tahun.

Walaupun benda ni nampak remeh, tetapi mama ayah saya selalu tekan kan isu aur4t dari kecil.

Saya sangat tak selesa dengan menyusu anak dan nak jaga penampilan ketika tidur semua

Ada kala saya berdoa Allah bukak hati abang dan kakak ipar yang tua untuk beri ruang pada adik2 ipar perempuan mereka yang kecil pula tidur di bilik, menyusu dan ruang berehat.

Anak-anak mereka dah besar, mereka tak rasa payah nya nak cover/ tutup aur4t sepenuhnya sambil anak-anak kecil nak minum

Tapi masih belum termakbul doa saya sampai hari ni. Hampir 6 tahun saya menahan waktu tidur apabila berkumpul sejak mengandung anak pertama. Anak saya sekarang berumur 5, 2 dan 4 bulan

Saya tak tahu bagaimana keadaannya bila cucu semuanya dah besar. Kalau mampu nak sahaja kami belikan rumah baru yang besar untuk ibu baba.

Tapi faktor usia yang lanjut, ibu baba tak mahu pindah dan adik beradik suami yang lain juga tak memberikan sokongan

Saya buntu…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: IIUM via news.allmhi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post