“Bila Bercinta, Semuanya Jadi Murah”. Dengan bf siap cium tangan dahi pipi bagai, vc free hair. Yakin sangat nanti kahwin ke


Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terima kasih ya admin kalau sudi siarkan confession saya. Aku terdetik nak tulis ni setelah sekian lama. Asyik terbaca isu terlanjur. Sengaja atau tak sengaja.

First of all, aku cuba menulis secara tak formal. Dan semuanya kisah dari aku, pendapat aku. Aku tak ikut majoriti atau minoriti. Cuma nak share apa yang aku rasa. Kita semua ada cara berfikir yang tersendiri. Dan penulisan aku lebih berat kepada pihak wanita.

Aku bukanlah manusia sempurna nak bercakap pasal hal ni. Jauh sekali. Baru berusia 25 tahun. Banyak lagi garam yang tak sempat rasa. Cuma, aku banyak memerhati. Jadi, agak serba salah untuk aku diamkan kali ni.

Mulanya memang aku tak boleh bayang, macam mana seorang perempuan boleh semudah itu nak serahkan segala galanya kepada seorang lelaki.

Tak kisah yang berpelajaran, kurang pelajaran, yang ada didikan agama, kurang didikan agama. Bila masuk je bab bercinta ni, semuanya boleh jadi murah. Semudah itu.

Jujur aku kurang arif bab bercinta sebab aku tak pernah bercinta. Tapi dari zaman sekolah sampai sekarang, kawan kawan terdekat aku kebanyakannya bercinta. Ada yang berakhir dengan pernikahan, ada yang tidak.

Ada kawan yang setiap kali jumpa dengan bf, perlakuan diaorang macam orang dah kahwin. Siap bersalaman, cium dahi pipi bagai. Ada yang video call dengan tunang, sambil free hair.

Yakin sangat boleh kahwin ya? Sedangkan baru bertunang, tak ada hak lagi untuk tunjuk aurat semua masih terbatas. Ada yang suka keluar entah pergi mana siap bermalam berduaan.

Banyak lagi. Takut aku nak cerita. Sebab semua tu perlakuan kawan kawan aku. Kawan kawan aku bukan orang biasa biasa. Masing masing berpelajaran tinggi. Ada ilmu agama. Ada yang bekerja sebagai doktor, ada yang graduan Phd.

Kalau ikut logik, sepanjang berkawan dengan diaorang, masing masing waras. Tahu halal haram. Tapi kenapa bila masuk hal bercinta ni boleh sampai tergadai maruah? Mudah sekali syaiitan memesongkan hati.

Aku pernah tanya kawan aku yang dah tunjuk aurat dia kepada bf dia. Dia cakap dia sendiri tak tahu kenapa dia buat macam tu. Dia tahu semua tu dosa. Tapi still dia buat. I don’t know if they did something more than that.

Sepanjang dia bercinta, memang ada je berlaku benda benda yang buat aku musykil dan syak something. Tapi aku husnudzhon je la since kawan aku ni lagi bijak pandai dari aku. Alhamdulillah dia dah kahwin dengan lelaki tu. So, semua tu dah jadi urusan dia dengan Allah.

Bagi aku, cara selamat untuk tak terlibat dengan semua ni, jangan bercinta. Tapi, some of you mungkin tak setuju. Aku pun tak bersetuju. Apa yang aku fikir, kalau tak bercinta macam mana nak kenal dengan bakal pasangan kita tu? Dan macam mana pasangan nak kenal kita?

Tapi bila teliti balik, yang bercinta bertahun pun, bila dah kahwin baru tahu perangai sebenar. Buktinya apa? Kenal lama atau baru kenal, tak menjamin kita untuk betul betul kenal orang tu pun.

Balik kepada akar masalah ni, maruah takkan tergadai kalau kita tak mula untuk bergaul mesra, berkawan dan seterusnya bercinta, betul tak?

Aku bercakap pasal terlanjur. Bukan rg0l ya. Itu lain cerita. Yang aku cakap ni masalah yang kita sendiri beri peluang untuk berlaku. Kita yang mulakan.

Aku sendiri bersyukur la sebab muka tak cantik mana. Orang pun takut nak dekat. Sangat segan dengan lelaki. Berhubung bila perlu sahaja. Syukur di didik oleh seorang ayah yang garang.

Aku dibesarkan dengan ugutan, “Jangan bergaul mesra dengan lelaki. Nanti ayah rotan dengan batang buluh.” Jadi, sampai sekarang lah aku tak berminat dan tak reti nak berkawan dengan lelaki.

Nfsu nak bercinta tu memang ada. Aku tak nafikan. Teringin nak berkawan dengan lelaki pun selalu je rasa. Tapi perasaan tu datang dan pergi macam tu je. Aku tak ambil kisah sangat.

Bagi aku, it’s okay to deny this kind of feeling. Sebab banyak lagi benda yang aku perlu focus. Kalau niat nak berkawan tu pun dah tak betul, better let it go je la.

Aku pernah tau berdoa nak berkawan rapat dengan kawan kawan lelaki. Siap sebut nama sorang sorang dalam doa. Masa ni aku baru sambung master. Takde kawan.

Course aku tu ramai lelaki. So, nak luaskan connection la kiranya. Takut ketinggalan. Biasanya sembang dengan lelaki banyak topik best. So, bersungguh lah aku ni mintak Allah bagi aku peluang nak rapat dengan diaorang.

Masa ni jugak aku tengah dalam fasa nak improve diri aku in term of communication la. Allah jawab doa aku. Aku banyak peluang untuk lepak dengan diaorang.

Sampailah satu masa, aku sedar, Allah bagi peluang tu sebab Dia nak aku nilai, berbaloi ke aku nak berkawan rapat dengan lelaki lelaki ni. Sejak tu, aku dah slow down. Jumpa kalau ada meeting, seminar dan lain lain function yang penting je. Boleh je hidup.

Semua ni atas diri kita sendiri. Kita yang kena latih diri untuk sentiasa aware, berjaga jaga. Tambah tambah yang jenis peramah dengan semua orang. Tolong sangat jangan leka. Kawan aku yang jenis peramah ni lah mostly senang diganggu.

Aku tak suruh jangan jadi peramah, tapi peramah biar bertempat. Dan tahu untuk defense diri sendiri kalau tetiba orang ajak sembang hal bukan bukan. Ni yang sampai join sekali bersembang isu yang tak patut, uhhh pleasee don’t. Perempuan kena tinggi rasa malu.

Sekali lagi, aku bercakap atas apa yang aku rasa. Korang mungkin ada pendapat korang. Hak masing masing.

Lastly, terlalu berjaga jaga sangat sampai tak kahwin? Lelaki takut nak dekat. Dah tu, sampai ke tua lah tak kahwin.

I don’t know maannn. Jodoh tu rahsia Allah. Dapat elak dari terlibat benda yang dekat dengan ziina ni pun, syukur sangat dah. Yang aku fikir, janji Allah redha. Itu je. Kita jaga hak Allah, Allah jaga kita.

Doakan aku supaya terlindung dari perkara yang boleh mendatangkan murka Allah. Aku doakan kalian juga. Kita sama sama jaga diri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber:  Qwert (Bukan nama sebenar) via IIUMC via hits.allhmt.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post