"Bercinta Dengan Suami Orang, Jangan Mengada² Nak Perhatian Lebih, Belajar Tolak Ansur" Kita datang yang kemudian,belajar berkongsi


Foto sekadar hiasan. 

Hi Assalamualaikum… Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini.

Hangat pasal poligami. Tentang ketidakadilan suami. Tentang isteri dizalimi.

Sebenarnya saya isteri dia yang ketiga. Hehe. Jangan marah dulu. Kakak-kakak tahu kehadiran saya. Saya juga tahu situasi ini sebelum kami ni

Nak dipendekkan cerita, kami satu tempat kerja. Saya dan suami. Dia salah seorang boss di tempat kerja saya. Kami tak bercinta pun.

Benda ini jadi, bila saya dilanda ujian yang hampir menyebabkan saya depresi. Masa tu, suami cakap, dah lama saya perhatikan awak, awak ok ke? Dan saya terus menangis dekat situ juga.

Kebetulan akak pertama, datang pejabat haritu. Dan akak bawa saya balik ke rumah.

Tak lama tu, akak ws dan tanya, nak tak jadi madu dia. Dia tak nak saya sedih² sebab kecewa. Dia yakin abang mampu jaga kami semua.

Saya macam rasa ini semua mimpi. Takkan lah ada perempuan nak kongsi suami sendiri. Pelik weiii.

Sampai lah akak kedua pula msg. Dia cakap, jangan risau, abang boleh jaga. Dia siap cerita perjalanan perkahwinan dia. Akak pertama tolong selesaikan semua.

Hidup bermadu kat Malaysia ni, kalau ikut betul, (bukan kahwin dekat sempadan) strict weii. Kena sediakan dokumen, pejabat agama semak gaji, semak tempat tinggal, segala serbi.

Dan dipendekkan cerita, kami nikah dan saya minta dipindahkan tempat kerja ke cawangan lain. Sebabnya, tak larat nak hadap gosip.

Yelah orang masih pandang bermadu ni perampas, bermadu ni buruk dan sebagainya. Orang kita masih tak boleh terima hakikat.

Suami awak tak mampu, tapi suami saya mampu, kami isteri² juga mampu.

Bila dalam hubungan ini, saya faham yang toleransi amatlah penting. Contohnya giliran akak no 2. Jika ada benda penting, saya hanya mesej abang sahaja.

Akak no 1 sakit haritu, saya dan akak no 2 keluar la berdua, beli barang² rumah dan sebagainya.

Yang betulnya, suami memang kena betul² stabil dari segi kewangan. Tak boleh hanya mampu dari segi batin. Kena kuar bekerja.

Macam suami selalu cakap, dia kena kerja betul², pastikan makan minum isteri terjaga. Emosi isteri² terjaga.

Masa PKP haritu, hari² video call, bila jadi isteri ada nombor ni, kesabaran kena tinggi. Walaupun yang paling muda.

Jadi akhirnya, kalau dah tahu yang datang tu suami orang, atau sendiri pandai² pergi bercinta dengan suami orang, jangan mengada² nak perhatian lebih, nak kasih sayang lebih.

Segala nak lebih. Belajar tolak ansur. Kita datang yang kemudian. Belajar berkongsi.

Ini tak, datang kemudian, pastu rosakkan rumahtangga suami dengan isteri pertama. Paksa lelaki tu ceraikan isteri pertama dia.

Apa punya perangai lah tu. Sebab tu orang cakap perampas, perangai macam b*bi, menyodol aje.

Ingat, Allah redha kalau berkongsi. Yang Allah marah, rosakkan masjid orang. Jadi batu api sampai suami ceraikan isteri. Merampas. Ni semua Allah marah. Tapi berkongsi, Allah bagi izin.

Jadi kongsi lah molek². Bukan suami je kena adil, isteri-isteri pun kena toleransi. Tak kesian ke suami jalan senget nanti? Jadi sama² saling redha meredhai supaya Allah redha kepada kita semua.

Owh ya, jangan risau, saya faham, bukan semua wanita boleh terima Confession ini. Percaya lah, suami kami mampu, suami awak tidak. Jadi tenang-tenang sahaja ya. Sebarkan kasih sayang.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Annissa (Bukan nama sebenar) via hits.allhmt.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post