"Balik Rumah Mertua, Suami Akan Tidur Dengan Mak Dia Dalam Bilik" Saya terpaksa tidur sorang2 ditemani air mata


Foto di atas sekadar hiasan. 

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Saya ingin bertanya pendapat, saya dah berkahwin 3 tahun, kami bahagia di rumah sendiri tapi bila di rumah mertua saya rasa cemburu dengan mak mertua atas layanan suami berikan kepada mak dia. Suami saya memang hormat mak dia ini memang saya tak nafikan memang bagus.

Selalu kalau balik rumah mentua suami saya suka baring di riba mak nya sambil sembang2. Tengok tv di ruang tamu. kadang bergurau main pkul2 punggung.

Kalau suami saya duduk sebilik dengan saya mak dia akan panggil2 suami saya dari luar lepastu tanya buat apa dalam tu. Jadi nya suami saya memang tak senang duduk dan terus keluar lepak dengan mak nya.

Suami saya siang kalau nak lelap mata dia tidur di ruang tamu. Malam mak mertua ajak suami tidur sekali. Suami tak nak keruhkan keadaan jadi dia akan tidur sebilik dengan mak dia. Saya tidur sorang2 dalam bilik kadang2 sy menangis memikir keadaan ni.

Kalau ada kenduri atau kumpul keluarga belah dia ada makan2 atau apa memang kami tidak duduk dekat2 sebab dia duduk dengan mak dia padahal saya tengok sedara dia or adik beradik mak dia elok je duduk laki bini.

Saya tengok siap urut2 bahu. adik beradik suami pun ramai tp perempuan semua.. saya tak halang dia dengan mak dia min.. cuma kekadang saya jadi cemburu..

Kami pjj sebulan sekali baru balik baru dapat jumpa dia tapi hari cuti dia duk rumah mak dia memang kami macam asing tak boleh dekat.

Salah ke saya rasa cemburu min? Atau ini normal saya tak patut cemburu sebab itu mak dia.. tu kategori anak mak ke apa min. mohon pencerahan ya. tq min hide profil saya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT via news.allmhi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post