"Anak Berusia 2 Minggu Tidur Dari Pagi Sampai Malam Tak Bergerak, Terkejut Bila Mak Mertua Cakap Jgn Diusik Anak Tu" Sebab tadi dia dah bagi ubat batuk


Foto Sekadar Hiasan.. Assalammualaikum admin.. dan semua follower.. mohon hide profile aku ye.. aku dah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 anak. suami penjawat awam.. aku suri rumah selepas bersalin anak sulung. di sini aku nak kongsi pengalaman aku masa berpantang dengan mak mertua.

bukan kehendak aku nak berpantang dengan mak mertua. Tapi dipujuk suami dan mak aku sendiri kerana atas alasan anak aku cucu pertama dalam keluarga mak mertua jadi aku mengalah dan mak aku juga mengalah walaupun dia susah hati sebab sudah sedia maklum.

Mak meertua manusia yang memang berpura pura.. Teruknya berpantang dengan mak mertua hanya tuhan yang tahu, tak sampai sejam aku dapat kebenaran keluar hospital, mak mertua terus memaksa suami bawa aku balik kampung dengan perjalanan 8 jam .

Kami bertolak 9 malam dan sampai disana lebih kurang 5 pagi. semua atas kehendak mak mertua yang suami tak berani membantah.. dalam pantang aku tak dibenarkan baring.. aku tak diberi makanan berpantang aku tak diberi mandi air panas atau suam atau air daun..

Aku juga tak di urut tak dipakai bengkung tak ditungku.. dengan alasan mandi air daun. badan berkutu. urut. tiada orang boleh urut. bengkung tak perlu pakai susah nak menyusu. tungku takde batu. walhal sebelum bersalin suami dh beli dan siapkan semua ni..

Makanan aku sama macam makanan orang lain. ikan bawal sambal.. ayam kari .. telur, bila aku tak menjamah apa mak mertua masak.. mak mertua akan perli aku dan tinggikan suara cakap. dia anak 5 berpantang malan semua tu elok je sampai sekarang..

dan dalm pantang jangan jaga makan.. nanti susu tak ade zat kata mak mertua.. jadi nak tak nak aku menjamah sikit dan akibatnya.. seperti sedia maklum aku bentan.. Luka pernah tak baik.. bernanah. suami? suami hanya diamkan diri . Aku tak salahkan suami.

sebab tau mak mertua dh brainwash suami konon apa dia buat itu betol. dan suami percaya bulat bulat sebab ini pengalaman kali pertama.. mak mertua tak bagi aku jaga makan dengan alasan susu takde zat. Tapi masuk seminggu hari berpantang. mak mertua bawa balik.

botol susu dan susu tepung.. terus bancuh dan tanpa banyak cakap. Bagi pada anak. atas alasan.. susu aku tak elok dan cair. tapi aku tetap teruskan menyusu anak. di usia anak aku dua minggu.. depan mata aku adik ipar aku boleh bersin depan muka baby..

bila aku tegur mak mertua dengar. dia cakap ” alah baru sorang memang macam tu la jaga sangat konon” .. dan tak lama selepas tu anak aku batok dan selsema. keesokan hari aku kena pergi klinik follow up luka di bawah.. Aku pergi dengan suami dan anak tinggalkan sekejab dengan mak mertua

sebab tengah tido dan dalam keadaan anak tak sihat aku tak berani bawa anak keluar takut lagi memudaratkan kesihatannya.. bila balik aku pelik anak aku tido dengan nyenyak sehingga malam tak minta susu. Bila mak mertua perasan aku usik usik anak suruh bangun hisap susu

mak mertua cakap jangan di kacau budak tu mak bagi dia ubat batok pagi tadi tu dia tido.. Allah berderau badan aku dengar.. aku menangis sepanjang malam kejut anak dan berdoa moga anak takde ape. sbb aku ada terbaca bby tak boleh di bagi ubt..

dan ubat yang mak mertua bagi adalah ubat batok dewasa.. Alhamdulillah Alah dengar doa aku… aku bersyukur tiada apa terjadi pada anak dan sejak tu aku tak bagi mak mertua pegang anak. dan dari menantu yang lembut hanya menurut aku menjadi kurang ajar sehingga bertekak

dengan mak mertua dan minta berpisah dengan suami jika tak bawa aku balik rumah keluarga dengan segera .. Suami menurut kehendak aku.. dirumah keluarga aku cerita apa jadi. Dan di sana baru suami buka mata. apa mak dia buat tu salah.

sejak itu baru lah suami banyak google dan mencari ilmu penjagaan dalam pantang.. anak no 2 dan 3 aku berpantang sendiri dengan suami sendiri yang menjaga makan minum aku dan anak.. jauh lebih sempurna dri mak mertua jaga.. dan smpi sekarang hubungan aku dan mak mertua tak berapa baik.

aku maafkan apa mak mertua buat pada aku. Tapi aku tak dapat maafkan makm ertua bagi anak aku ubat sebarangan.. aku menanti selama 4 tahun untuk mendapat zuriat pertama.. selama 3 tahun aku dihina dituduh bela hantu raya.. di caci mandul dan sebagainya..

tapi bila aku dh bersalin. aku sangat sedih dan terkilan bila mak mertua bagi anak aku ubat sebarangan. Alhamdulillah aku bersyukur Allah masih melindungi anak aku. harta dunia akhirat aku. buat mak mertua moga pintu hati mak terbuka untuk menjadi seorang umat yang mentaati kepadaNYA ..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: hits.allhmt

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post