"Aku Just Peneman Tidur Seseorang Sehingga Ke Pagi Dan Esok Aku Kembali Menjadi Perempuan Biasa" cuma satu aku masih jaga

 


Assalamualaikum reader. Sejujurnya hati aku berat nak confess benda yang aku rasa dah sebati dalam hidup aku.

For those yang senasib atau dah selangkah arah seperti aku, mungkin anda boleh fikir perlu teruskan atau tidak ataupun anda tunggu a good things akan datang dalam hidup baru nak berubah baik? Terpulang.

Cuma aku nak pesan, semua kejadian ni lama-lama buat kau rasa kau dah jauh dari target dalam hidup.

Aku tahu confess aku akan buat semua orang akan cerca, rasa aku ni tak malu or rasa kata tak ingat Tuhan. Semua yang aku buat aku bertimbang tara tapi cara aku nak selesaikan aku faham itu semua salah.

Tapi aku berlapang dada jika ada yang sudi dengar and bangkitkan aku untuk keluar dari cara macamni.

Aku Dahlia. Nama biasa dan rupa pun biasa. Nothing interesting. Berumur 30 dan tiada someone special. Yang cuma ada a few guys yang aku rasa sesuai dengan title ‘one night stand’.

Macam mana boleh terjebak? As usual lah, tengok yang bukan-bukan, kenal dengan orang bukan-bukan ketika aku membesar.

Semua orang yang sepatutnya bertanggungjawab dahpun berkahwin dan bahagia dan jauh pergi dalam hidup aku. Aku? Masih seronok bergelumang.

Aku masih dara. Mungkin agak terlampau jujur aku kata, tapi those yang pernah tahu social lifestyle ni, aku just peneman tidur seseorang sehingga ke pagi dan esok aku kembali menjadi perempuan biasa yang terkejar-kejar nak pergi kerja.

Background keluarga? Semua takde masalah, yang bermasalahnya aku yang takut nak berkahwin dan paranoid.

Actually, walaupun aku agak keras segi kelakuan, aku ni seorang yang suka dibelai, doing some activities yang ‘disgusting’ tapi hanya satu malam.

Tapi semenjak dua tiga tahun ni ada beberapa guy yang kekal sudi untuk pertahan title ‘one night stand’ tu.

Macam mana guy tu boleh fixed dengan aku? Biasa kami ada perkara yang sama-sama suka.

To be honest, buat hanya suka-suka. Tiada sampai jatuh cinta. Itu syarat dia. Husband orang ada, tunangan orang ada, bujang terjalak ada.

Activities? Depends. Ada one day tu, we spend a day berendam dalam bathtub to share our story. Bergurau yang sangat have fun.

Modern sangat lifestyle ye? Tak pun. Orang jahil je buat macam tu. Dan jahil tu aku. Aku biarkan cara hidup aku yang aku suka ‘berkawan’ dengan lelaki macam tu.

Permah sujud kat Allah? Hari-hari aku solat. Tapi perbuatan aku tu, mungkin solat aku tak diterima. Aku masih kekal cara macam tu.

Kadang-kadang aku cuba ‘berpuasa’ dari semua tu. Deactivated number, off facebook. Block all scandal number. Tapi tumpas. Aku rindu belaian. Yang lama-lama buat aku sunyi. Annoying.

Aku nangis kat Allah. Aku nak someone who guide me and boleh keluarkan aku dari cara hidup aku. Buat apa nak harapkan orang bantu kita keluarkan dari cara macamtu padahal bantu diri sendiri lah kan.

Tapi tak salah kita doa lelaki yang ubah nasib kita? Tapi kenapa mesti lelaki?

Bila aku cuba berkenalan dengan lelaki yang sebenarnya nak diri aku, jiwa aku, aku selalu avoid and hubungan tu tak kekal. Sebab aku rasa, aku perempuan yang selama ni bertopeng innocent tapi paling ligat atas katil.

Aku tak pergi club, aku bukan drugger dan aku bertudung. I am not wearing a short skirt.

Malah banyak yang aku kenal lelaki yang cuba nak test one night stand pada mula terkejut dengan penampilan aku and tak rasa akulah yang selama ni tease dia.

Aku cerita semua ni bukan aku bangga. Cuma aku nak cuba rasa ada yang jadi pelindung. Cuba buang rasa kosong jiwa ni.

Tapi aku sedih. Sunyi tu hari-hari datang. Sampaikan aku silap kenapa aku avoid lelaki yang baik dalam hidup aku. Tapi baguslah aku bukan yang baik untuk mereka.

Sehingga satu tahap the worst happen, husband orang yang selama ni menjadi peneman aku, ajak aku nikah. Sampai aku rasa our agreement dah mention no feeling hurts.

Tapi aku cuba selesaikan dengan elok. Dan lama-lama dia faham dan pergi. And i keep finding a new one to replace him.

Seronok actually keadaan ni, cara aku hilangkan stress kerja. Hilangkan sunyi, hilangkan beban di bahu.

Sampaikan satu tahap kalau aku tersilap langkah, termengandung macam mana? Kena aniaya macam mana? Selalu aku paranoid bab tu.

Alhamdulillah Allah masih jaga aku. Tapi aku still maintain tak takut buat benda sama.

Until now aku cuba slow down kan kegiatan aku. Aku gantikan dengan layan korea, aku dah start mengaji online. Paksa tidur awal. Habiskan masa dekat ofis sehingga 12 jam/sehari. Semua aku try asalkan aku tak rasa sunyi tu.

To all readers, hope yang sama situation macam aku, kita sama-sama berubah. Boleh doa harap ada suami jaga kita. Tapi aku ‘tak bersih’ lagi nak jadi isteri solehah.

Doakan aku ye.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post