"10 Tahun Bercinta Tapi Tidak Berjodoh, Jumpa Seseorang Di Laman Web Cari Jodoh Islamik Terkenal" Dan disitu aku terpedaya


Gambar sekadar hiasan

Saya kenalkan diri sebagai Lia (Bukan Nama Sebenar), berumur pertengahan 20an, Alhamdulillah rezeki, seorang wanita yang Berkerjaya, tetapi belum berkahwin, boleh dikatakan ada rupa paras yang agak cantik.

Tujuan saya menulis confessions ni untuk memberi pengajaran dan berhati-hati untuk mencari jodoh dengan orang yang kita baru kenal.

Saya pernah berkawan dan bercinta lama dalam 10 tahun, tetapi tidak jadi kahwin atas alasan lelaki tersebut tidak bersedia.

Atas kekecewaan tersebut dan mak mengharap kan saya untuk berkahwin saya ikhtiar masuk laman web cari jodoh (islamic) yang selalu keluar iklan di media sosial. Kisah ini terjadi pada pertengahan tahun lepas.

Setelah saya memasuki laman web tersebut dan berbayar untuk baca partner yang bagi msg dekat saya dan saya bole balas. Di laman web tersebut saya berjumpa bermacam orang.

Dipendekkan cerita saya jumpa beberapa orang untuk berkawan dan kalau sesuai nak jadikan hubungan lebih serious.

Saya tertarik dengan seseorang yang bole ikut peraturan laman web tersebut sampai lah si dia saya gelarkan LUT ni dapat number saya. Lut perkenalkan diri dia sebagai umur dia bawah saya setahun.

Dia kerja sebagai pangkat atas manager bank, duduk dengan family tidak jauh dari saya, dan ada asset 2 kereta, tanah, dan dah beli rumah berdekatan dengan tempat kerja saya, bujang, anak lelaki last dalam adik beradik yang ramai.

Tujuan hendak berkahwin katanya dia dah ada semua kerjaya dan asset cuma hendak mencari isteri sahaja untuk bahagia.

Mulanya saya macam tidak percaya, muda muda dah jadi manager bank, tetapi Si Lut selalu bagi gambar dia meeting, Lepas tu dia pernah marah staff dia dalam call masa jumpa dia, buat2 tersalah call nak call staff dia, tercall saya, membuatkan saya lebih percaya.

Dijadikan cerita, dan kami pun berjumpa, So first time jumpa dia terus cerita pasal kahwin dan berapa kos nak kawin.

Bincang punya bincang kos, RM40k+ sebab Lut nak buat kenduri kat tempat dia sebab dia anak last lelaki, anak harapan keluarga dan anak ketua kampung. Lut mengatakan telah mempunyai simpanan sedikit untuk dijadikan hantaran.

Seminggu selepas itu Lut telah menghantar yang abang dia sakit denggi dihospital swasta siap dengan gambar, dan Lut terpaksa membayar kos perbelanjaan hospital dahulu guna duit simpanan untuk kahwin.

Selepas itu, dia mula drama kene cari duit semua balik, sebab simpanan kosong dah.

Saya kononya boleh susah senang sama- sama, pujuk untuk cari duit sama-sama, dan dia ajak berfikir untuk macam mana nak dapatkan duit untuk kawin. Tiap tiap hari pada masa tu kalau bole nak jumpa saya, katanya macam orang bercinta “rindu” .

Setelah berbincang, bermulanya dia ada kawan kilang roti, so kawan Lut nak tolong untuk business roti, tapi kene bagi modal, so dia nk kami share modal.

Dia transfer 3k sampai tunjuk bukti resit, bukti gambar kilang, dan Lut meminta saya transfer dekat kilang roti, dan saya transfer 2k ke kilang roti. Setelah itu, Lut kata untung kilang roti tak mencapai target yang digunakan duit untuk cover duit kawin.

So Lut ada bagi cadagan lain minta tolong kawan dia ada company contraction dan minta untuk uruskan projek contraction. Modal besar, untung pun besar. Modal perlu cari 80k-100k. Saya kurang setuju mulanya,tapi dia kata no choice.

Lut mengadu dia tak cukup modal selepas dia buat Loan bank untuk project tersebut, dan seakan meminta ikhsan saya buat Loan juga, dan dia berjanji selepas project telah siap dalam masa setahun, dia akan pulangkan balik untuk bayar balik hutang.

Dijadikan cerita, dia bawa saya ke bank untuk mohon loan, loan saya approved RM27k dalam masa 5 tahun, dan Lut keep calling tentang perkembangan dapat duit bagitau dia.

Oh ya, Lut tidak bagi, bagitau sapa2 tentang hal ini. Dan saya transfer ke akaun Lut dalam 27k+, tak sempat fikir sebab dia kata kawan dia dah marah sebab dah due pembayaran so perlukan duit cepat. Itu pun tidak cukup katanya, dia minta saya keluarkan cash dekat kad kredit.

Tiap2 hari Lut cerita dia susah minta simpati saya seakan-akan supaya saya menolong Lut dari segi kewangan dengan istilah “meminjam”.

Masa awal perkenalan juga Lut mengatakan dia telah putus tunang lagi sebulan hendak berkawin, ex tunang dia mengandung kan anak lelaki lain.

Kemudian Lut tanya saya masih ada dara ke tidak. Dia mengatakan zaman sekarang susah nak jumpa perempuan suci yang masih ada dara. Saya menolak statement dia, sebab kawan2 saya semua jenis yang menjaga.

Lut juga bagitau dia selalu kene goda dengan staff dia dengan melakukan “ringan2”, dan takut tak tahan nafsu. Lut ajak saya buat ringan2, sebab dia takut terbuat (terlanjur) dengan staff dia goda Lut, Lut mengatakan dia nak buat dengan orang yang dia sayang.

Saya menolak sekeras kerasnya, dan tegas kalau nak kawin dulu dan saya takut dengan dosa. Lut pujuk + ugut + paksa. Dengan Lut pinjam duit saya banyak. Huh.

Setelah beberapa bulan, Lut jarang jumpa saya atas alasan busy buat 2, 3 kerja nak bayar hutang komitmen yang tinggi disebabkan loan dia untuk project tersebut.

Sehinggalah ada dah nak 3 bulan tidak berjumpa, saya curiga, saya minta hendak berjumpa Lut, dan pada hari yang saya jumpa dia mengatakan dia dah berhenti kerja sebab tak tahan stress jobscope kerja dengan kene goda dari staff dia.

Dan dia juga bagitau dia bergaduh putus kawan dengan kawan yang buat project sebab tak dapat bayar penuh duit modal project.

Dan duit balik yang dapat sikit dalam 15k, Lut mengatakan duit tu dia hendak kembangkan dengan Lut buka business (bagi bukti bagi name card business), dan akan bayar hutang saya dulu.

Saya ada rasa curiga apabila saya lihat laman sosial dia. Oh ya, Lut bagitau dia tak suka main laman social, saya ada Instagram dia sahaja. Saya cari maklumat tentang dia. Macam mana saya cari tu ada caranya.

Setelah Saya dapat maklumat daripada kenalanya yang dia sudah berkawin mempuyai anak 2 orang, siap pakej gambar family mereka.

Lut sebenarnya bukan juga manager bank, dia hanya agent investment bank yang telah diberhentikan.

Daripada segi tempat Tinggal dimana Lut duduk, tentang adik beradik dia, dan anak ketua kampung tu semua betul. Cuma ada penipuan status berkawin, asset, dan kerjaya.

Masa ni luluh hati saya, saya ceritakan pada kawan yang terdekat, dan ketika ini juga surat loan sampai kat rumah kampung (masa apply loan saya lupa tukar alamat) so dah kantoi dengan family.

Pada mulanya family saya marah saya, tapi pada yang sama memberi cadangan bantu untuk saya menyelesaikan. Sedih, sakit, buntu semua ada hanya Allah sahaja tahu, ada yang bagi kata positif dan negative.

Pada mulanya saya nak report polis, tetapi saya takut tak cukup bukti dan saya kumpul bukti sampailah kes saya tergantung disebabkan PKP, di dalam PKP saya cari maklumat + kumpul bukti kukuh2. Saya cari jalan nak selesaikan masaalah ni dengan terbaik.

Last option, saya bercadang buat surat perjanjian pinjaman peribadi saya dengan Lut sah daripada law firm.

Bila buat surat perjanjian tu, baru saya perasan saya mempuyai kerugian dalam RM40k dengan dia pinjam + pinjaman bank. Lut tidak tahu saya dah tahu yang segalanya siapa dia sebenarnya, sampailah sekarang.

So sepanjang proses tu saya banyak berlakon macam tidak tahu apa-apa. Kiranya kami still sama macam orang yang bercinta lagi.

Sehinggalah habis PKP, surat perjanjian dah siap, saya minta pujuk Lut untuk berjumpa kononya rindu.

Masa ni saya usaha dan tawakal, saya dah fikir kalau Lut dapat bayar duit saya rezeki, Kalau tak de rezeki anggap je la ujian Allah nak hapuskan dosa saya.

Bila muhasabah balik, nasib saya hilang duit sahaja, bukan hilang maruah, duit bole dicari, maruah?

Setelah Lut setuju untuk jumpa lepas PKP, lepas habis makan, saya suruh Lut sign aggrement, Lut betul-betul marah, Lut macam nak lari, saya cakap tak de masaalah sign kalau betul2 nak bayar.

Setelah bertekar mulut, Alhamdulillah Lut sign surat perjanjian tersebut. Selepas sign memang gaduh besar saya dengan Lut ketika itu sehingga Lut balik.

Selepas sign surat perjanjian, sayang rindu cerita sedih dia susah semua dah tak de daripada Lut. Saya bagi whatsapp pun lambat balas, kadang tak balas. Dah tak de call, whatsapp semua, cuma kadang2 saya try contact Lut kalau dah nak due hutang.

Saya doakan baik2 dulu untuk Lut murah rezeki, supaya boleh bayar hutang saya, kalau dia ada niat nak bayar.

Kalau Lut tidak membayar memang saya tak kan halalkan sebab saya kene tanggung hutang personal loan tu 5 tahun, saya terianiaya, saya ikut doa orang yang terianiaya. Tapi saya doakan dia bole bayar, kalau dia tak bayar, dia boleh dikenakan sue oleh pihak mahkamah.

Akhir sekali, nasihat saya kepada yang kenal seseorang, untuk dijadikan jodoh, selidiklah dulu terutama yang kenal di laman web, laman sosial, Walaupun tempat yang baik2 contoh laman web islamic. Just be careful.

Saya bersyukur sebab saya minta Allah bagi petunjuk setiap persoalan dan untuk menyelesaikan masaalah dan Allah tunjuk jalan satu persatu.

Alhamdulillah Allah bantu, kuncinya YAKIN. Teruskan berdoa dan Jangan putus asa, saya hampir putus asa tentang jodoh ni, dan saya yakin, Allah akan bagi pada tepat waktunya. Doakan saya dapat jodoh yang terbaik yee..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Lia (Bukan nama sebenar) via hits.allhmt.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post