"Walaupun Status Aku 'J' Ramai Yang Pandang Serong Pada Ku" Aku tak kisah apa yang orang nak cakap, aku tahu diri aku macam mane


Foto Sekadar Hiasan

Assalamualaikum admin..terima kasih sudi post akak..mohon hidekan nama akak ye..

Post ni sekadar nak meluahkan dilema akak sebagai ibu tunggal.. Jadi ibu tunggal bukan perkara yang mudah. Kebahagian anak-anak jadi keutamaan bagi setiap wanita bergelar ibu..

Akak pernah kahwin selama 8 tahun tapi jodoh tak panjang..kami bercerai masa anak bongsu umur 3 tahun lebih dan yang sulung 7 tahun..akak pun tak sangka perkahwinan yang akak ingat bahagia hingga ke hujung berakhir di tengah jalan..bak kata pepatah langit tak selalunya cerah .

Punca cerai terlalu komplikated untuk diceritakan tapi boleh dikatakan kami cerai secara baik..mungkin kami memang tak ditakdirkan untuk terus bersama..Apa pun akak redha dengan apa yang berlaku walaupun pada mulanya memang akak susah nak terima kenyataan yang kami dah berpisah..mungkin ni ujian Allah yang terbesar dalam hidup akak yang perlu akak tempuh dengan hati yang kental..

Tapi yang akak paling sedih bila tengok anak bongsu perempuan asyik tanya mana abah dia…Semua anak akak memang agak rapat dengan ex sebab tu dia asyik teringat-ingat. Setiap hari anak mintak akak tunjuk gambar abah dia kat handphone sebagai pengubat rindu. Hak jagaan ex bagi kat akak sepenuhnya. 

Sejak cerai sampai sekarang ex selalu jenguk anak hampir setiap minggu & tak pernah lupa bagi nafkah anak…Tu pun sedikit sebanyak kurangkan rasa sedih bila tengok anak-anak happy dapat jumpa abah dia..Walaupun banyak silap ex pada akak dulu tapi akak sikitpun tak pernah berdendam dengan dia…tipulah kalau akak tak ada rasa sayang pada ex & jauh di sudut hati akak berharap dia rujuk akak semula tapi akak pasti benda tu agak mustahil. 

Ex pun dah ada kekasih baru sekarang. Akak sebolehnya tak nak ganggu kebahagiaan dia. Asalkan dia selalu jenguk anak-anak pun akak dah rasa syukur sangat-sangat…bagi akak biarlah akak simpan luka kat hati asal dapat tengok anak-anak bahagia..

Akak ni kira bertuah sebab ada kerjaya bagus, dah ada rumah sendiri dan aset lain yang cukup untuk tampung hidup akak sebagai ibu tunggal. Bila ditinggalkan tak delah hidup terumbang ambing tak ada hala tuju atau perlu struggle nak sara anak-anak dan keluarga kat kampung.. 

Tapi sejak cerai memang jiwa akak rasa kosong..Hidup rasa sepi .Yerlah selama ni hidup berteman tiba-tiba kena hidup sendiri hanya dengan anak-anak .Ramai lelaki yang nak berkenalan dengan akak tapi akak bagaikan tak ada hati nak kenal dengan mana-mana lelaki. Akak rasa akak ni tak adalah cantik sangat cuma fizikal sedikit tinggi.

Kawan-kawan akak selalu nasihatkan akak supaya buka hati untuk lelaki lain sebab kononnya akak ni ada rupa.. ada kerjaya..boleh dikatakan wanita “full package”. Tapi sejujurnya akak belum terbuka hati untuk sesiapa pun buat masa ni. Ada jugak suami orang nak jadikan akak isteri nombor dua . Kononnya nak bela nasib akak sebagai ibu tunggal . Tapi akak tak sanggup nak runtuhkan rumahtangga orang lain demi kebahagiaan sendiri. Konsep akak lagi rela hidup sendiri dari jadi isteri kedua. Biar orang lain rampas suami akak tapi akak tak kan buat benda sama pada wanita lain yang tak bersalah. Lagipun bukannya akak tak boleh harungi hidup sorang2 selama ni.

Walaupun status akak sebagai “J” mungkin orang akan pandang serong tapi akak tak kisah pun dengan semua tu sebab akak sedar akak macam mana. Akak bukan jenis yang suka bersosial & selalu jaga batas bila bergaul. Akak memang jaga sangat batas-batas agama. 

Kalau ada kawan lelaki ajak keluar berdua memang akak reject awal-awal. Akak masih jaga maruah akak sebagai perempuan. Dulu masa akak bersuami tak pernah sekalipun akak keluar dengan lelaki lain atau keluar tanpa izin suami. Apa-apa yang akak buat akak ingat anak. Lebih-lebih lagi bila ada anak perempuan, akak kena sentiasa jaga maruah akak. Sebolehnya akak tak nak bagi contoh tak baik pada diorang bila besar nanti.

Baru-baru ni akak ada terjumpa seorang lelaki yang agak perfect dari segi fizikal . Akak namakan dia sebagai Z .Dia duda belum ada anak.. muda 3 tahun daripada akak. Awal perkenalan nampak dia macam ok. Beriman ,jaga solat ,bertanggungjawab dan ada kerjaya yang baik. Akak senang berkawan dengan Z sebab dia jenis suka bergurau dan pandai menghargai. 

Lama-lama kami sama-sama jatuh hati & merancang untuk hubungan yang lebih serius. Akak mula terbuka hati untuk menjadikan Z sebagai peneman hidup akak. Z tak lah romantik mana tapi dia jenis yang jujur & setia. Tapi bila makin lama kenal dia makin menunjukkan sikap kuat cemburu lebih-lebih lagi lepas dia tahu yang akak masih berhubung dengan ex pasal anak dan ex selalu melawat anak-anak. 

Dia tuduh akak nak rujuk balik dengan ex padahal akak memang dah tak ada perasaan dengan ex. Ex akak pun dah ada kekasih baru & tengah merancang nak kahwin. Kami berhubung pun pasal anak-anak je. Tapi dia selalu marah akak yang bukan-bukan sampai satu tahap dia tuduh akak curang dengan dia & main-mainkan perasaan dia. Z selalu fikir bukan-bukan pasal akak sampai kadang-kadang akak rasa rimas. 

Satu lagi yang akak perasan..dia macam kurang mesra dengan anak-anak..nak dukung atau sentuh jauh sekali. Tiap kali jumpa memang Z seperti buat-buat tak nampak anak-anak kat sebelah akak. Bila akak cerita pasal anak dia cepat-cepat tukar topik lain. Dia seolah-olah boleh terima akak tapi tak boleh terima anak-anak kesayangan akak. Akak jadi takut sangat kalau akak kahwin dengan dia, anak-anak akak akan terkesan. 

Akak takut anak-anak tak happy dapat ayah baru. Lebih teruk lagi jika anak-anak tak dapat lagi jumpa ex sebab akak tengok gaya Z macam tak nak bagi ex dekat dengan akak dan anak-anak. Akak memang dah sayang sangat dengan Z tapi bila sentuh soal kebahagiaan anak-anak akak jadi takut. Akak tak sanggup nak kecewakan anak-anak yang sedang dahagakan kasih sayang seorang ayah. 

Hampir setiap malam akak buat solat istikharah mintak petunjuk pada Allah adakah Z jodoh akak ? Tapi dah dekat setahun akak buat tapi masih tak nampak jalan. Makin lama akak rasa makin tawar hati dengan Z . Akhirnya akak buat keputusan untuk putuskan hubungan ni. Akak sebolehnya tak nak anak-anak terseksa di kemudian hari. Biarlah akak tak ada suami asal anak-anak masih dapat rasa kasih sayang ayah kandungnya sendiri. Asalkan anak-anak akak bahagia.

Tapi jauh di sudut hati akak masih mengharapkan suatu hari nanti Allah akan pertemukan akak dengan seorang lelaki yang sudi menjadi suami akak ,boleh terima akak & anak-anak akak seadanya dan boleh bahagiakan kami anak beranak hingga ke akhir hayat. Akak sikitpun tak mintak harta atau kekayaan tapi cukuplah kasih sayang yang tulus ikhlas dari seorang suami. 

Walaupun begitu, kalau lepas ni akak dah tak ada jodoh dengan mana-mana lelaki akak redha. Mungkin ini takdir hidup akak di dunia. Mungkin jodoh akak ada di syurga. Allah Maha Mengetahui masa depan kita. Apa-apa pun sekarang ni akak letakkan hati sepenuhnya pada Allah kerana hanya Allah pemilik hati kecil ni..

Pesanan akak pada wanita yang berstatus macam akak, bertabahlah..Jangan terburu-buru mencari suami baru tapi utamakan kebahagiaan anak-anak terlebih dahulu..Jaga kelakuan dan jaga maruah kita sebagai wanita walaupun kita bukan lagi anak dara…

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..in sha Allah semoga Allah pertemukan kita dengan jodoh yang terbaik..amin..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post