"Tepat Jam 12am Dia Nyatakan Hasratnya, Ceraikan Dia Kerana Hatinya Dah Diserahkan Pada Orang Lain" Dia kahwin pun disebabkan paksaan maknya


Foto sekadar hiasan

Salam admin, hidekn saya. Harini genap 3bulan saya berkahwin. Apakan daya Tuhan nak tunjukkan dalam sekelip mata je. Sy kenal dgn wife sy sejak 2012. Saya menganggur masa tu. Dia kerja sbgi jururawat di hospital pantai kl. Sy tekad nak kahwin dengan dia bila pertama kali jumpa dan masa tu jugak la beriya saya cari kerja di kl semate nk selalu jumpa dia. Banyak rintangan jugak sebelum ni yg mana tiap tahun mesti ada lelaki lain.

Tp disebabkn saya yakin usaha dan doa boleh didik dia sehinggalah kami bertunang raya lepas. Wife saya selepas tunang suka mendaki alasan nak fitkan bdn. Disbbkn pikir dah tunang dan dia pun tak buat perangai lg. Sy pun percayalah dgn kehendaknya. Tapi kadang2 pun ada tanya ada menggatal tak sebab bila saya nak join dia tak bagi. Dia ckp jangan risau.. Banyak gunung dah didaki sehinggalah kami berkahwin pada april lalu.

Nak dijadikan cerita kami cuba alami hidup suami isteri. Tapi byk sgt dugaan. Kereta wife saya kene samun sehari sblm naik gunung. Saya cube la tunaikan tanggungjab mcm biasa. Datang lagi dugaan motor saya rosak. Kos rugi hampir Rm2500. Tp masih rosak lg sehingga sekarang. Pinjam sana sini. Wife saya pun kata dia boleh pinjamkan duit tuk sy. Sy paham memang tak patut, tp sebabkn trdesak sy pinjam dan ganti balik sblm raya baru ni.

Semakin hari semakin dia jauh dr sy. Ditendang waktu tido. Ajak berbuka sama dia kata letih. Nak balik beraya pun taknak balik bersama silapnya kami pjj. Tapi saya selalu ajak duk dengan saya. Sebab dia dah tiada transport. Saya pinjam motor ex5 akak sy. Dia ckp jauh.sakit pinggang.. smpilah ke hari raya. 

Kami tak bersama tido berasing bila malam. Waktu siang mesra dpn org lain bukan main lg. Sy ajak pulang beraya kg sy pd raya ke-3. Dia kata taknak. Puas sy pujuk shingga dia bg syarat tak boleh bersama. Xpe lah asalkn sy bwk jumpa mak sy. Raya ke 5 kami pulang ke kl. Wife sy keje esoknye.

Dan tepat jam 12am dia nyatakan hasratnya.. lepaskn dia..ceraikan dia.. hati dan jiwanya dia kata da serah kt org lain, dia kahwin sebab paksaan mak dia. Sy trkedu. Jerit pukul langsung tidak. Tp masih cube berlembut.. itu yg sy sesal smpi pg nie.. dia menghilang dkt 2mggu. Whatsapp, facebook, insta semua di block. 

Sy p intip dia p keje tak jumpa. Rupanya dia da ke thailand. Sblm ni beriya dia mintak izin nak ke thailand dgn rakan kerja ot dia. Sy pun sblm ni ok je la sbb pikir syg, nak jaga hati semua. Bila stalk segala menda.. kantoi jugak dia pergi bersamara dana dgn lelaki idamannya. 14.7 dia da unblock whatsapp sy. Sy cuba la msj pujuk semua igtkan da lembut sikit hati. 

Saya beriya beli cake dengan bunga lepas kerja terus pergi hospital nak pujuk dia lagi… tapi Lepas mghrib sy terima mesej dari dia sesi rundingan di pejabat agama pd 17.7.. . Sy tahu isteri sy mmg dah nusyuz tp penantian sy selama 5taun, bekerja bgi nk rak kumpul duit nak kahwin, berikat perut, baju kerja pun da xseberapa.. punah mcmtu je. 

Skrg ni sy pun da keras hati.. Ada sebab Allah tarik nikmat ni sekelip mata. Sy da sedar.. Alhamdulillah. Sy akan tuntut segala hak, kerugian, malu dlm masa terdekat ni. Byk lg kisah yg trjadi dlm 2 mggu ni tp xterurai kalo sy tulis panjang. Harap apa sy smpikan ni kamu pun paham la..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post