"Tak Tahu Kenapa Mengandung Walaupun Masih Dara. Disebabkan Tak Nak Keluarga Malu Dia Terpaksa Kahwin" Tak sangka lepas sah kahwin ini yang berlaku


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum Admin KRT. Maafkan saya, saya gunakan fake akaun untuk buat luahan ni. Saya seorang perempuan yang berumur awal 20-an. Saya baru saja menamatkan pengajian degree. Saya taktau nak start cerita ni dari mana. November 2016 adalah detik paling pahit bagi saya. Saya tak datang peri0d selama 2 bulan, lepas buat medical checkup di sebuah hospital Swasta, saya disahkan pregnant 5 minggu.

 Masa tu, saya terkejut sampai nak pitam. Saya tak pernah terlanjur dgn sapa sapa, bahkan saya takda teman lelaki pun. Saya sangat menjaga ikhtilat saya. Keluarga saya start marah dan benci dengan saya. Saya dianggap sebgai anak yang memalukan keluarga. Keluarga saya agak ternama, sebab ayah saya Businessman.

Demi menjaga nama baik keluarga, saya telah dipaksa berkahwin dengan sepupu saya. Sepupu saya setuju nak bantu keluarga kami. Kami nikah pada Januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan berpisah pada September 2017 bila saya dah bersalin dan habis pantang. Selepas berkahwin, saya ikut menetap dengan suami di KL. Suami saya seorang deliver Domino Pizza.

Pada awal perkahwinan saya amat tertekan. Sampai demam selama seminggu. Tapi suami saya sangat prihatin dengan saya. Dia menjaga saya dengan baik, even masa saya demam dia lah yang mandikan saya, lap badan saya, masakkan bubur untuk saya.

Namun saya bersyukur dia seorang yang sangat sangat menjaga solat. Tapi ada ketikanya saya malu juga bila sepupu yang agak rapat dari kecil, sekarang dia dah nampak semua aurat saya ketika dia mandikan saya. Dia kata kat saya, jangan fikir bukan bukan. Anggap jer macam seorang Abang jaga seorang Adik. Saya selalu menangis kat dia dan cakap kat dia yang saya tak mengandung pun. Saya tak pernah buat perkara keji tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yang dia percayakan kata kata saya. Dia selalu bagi saya kata kata semangat.

Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik asing asing. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala saya masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil saya, tapi kami tak pernah melakukan hubungan kelamin. Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap saya.

Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pasangan yang awkward. Yelah, Sepupu yang selalu mengusik saya masa zaman sekolah, kini dah jadi suami saya. Dulu dia seorang yang periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu jer. Time makan pun kami jarang bersembang. Saya tak bekerja, hanya suami jer bekerja.

Saya pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk dirumah sewa. Sebulan rm500, tapi yang buat saya terharu, suami saya tetap bagi saya RM500 untuk nafkah zahir setiap bulan, jadi dengan baki RM700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterusnya.

Keluarga belah saya langsung tak ambil peduli pasal saya, hanya kakak saya jer yang selalu melawat saya dekat rumah. Bulan April yang lalu, satu perkara telah berlaku. Saya tak tahu samaada saya nak gembira ataupun sedih.

Pada satu pagi perut saya sakit sangat. Cairan merah mengalir dari alat sulit saya dengan kuantiti yang banyak. Saya ingatkan peri0d. Masa tu sakit bercampur gembira, saya fikir saya tak pregnant, saya ajak suami pegi buat medical checkup sekali lagi, kali ni di Hospital Kerajaan.

Rupanya, ada ketumbuhan di rahim saya. Doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid saya terbantut pada hujung tahun lepas. Doktor suruh saya jalani 0peration untuk buang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju.

Segala kos 0peration, Suami saya tanggung dengan duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas 0peration, dia ambil cuti selama 2 minggu untuk jaga saya dalam pantang. Saya mula jatuh cinta dengan sikap prihatin dan penyayang dia terhadap saya.

Tapi saya tak bagitau. Saya malu kalau saya bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih dari 0peration, keluarga saya datang jumpa suami saya. Ayah saya mintak supaya kami berpisah lebih awal. Saya disuruh sambung sijil master. Saya geram dengan tindakan selfish ayah.

Tapi suami saya seakan menurut saja permintaan Pakcik dia. Bulan puasa yang lepas, dia naik Pejabat Agama untuk urusan dokumen perpisahan. Saya sedih. Saya dah terlanjur sayangkan suami saya. Raya baru ni saya ada bertanya pada dia.

“Abang betul ke nak berpisah dengan saya?” Dia hanya gelak. “Betul la, kan haritu perjanjiannya macam tu.” Walaupun dia ketawa, tapi saya tau yang dia jugak sedih nak berpisah dengan saya. Mungkin ego lelaki yang membuatkan dia susah nak cakap yang dia jugak sayangkan saya atau mungkin dia taknak bergaduh dengan ayah saya. Lepas dengar dia cakap macamtu, saya tak jadi nak luahkan perasaan saya pada dia.

Hujung bulan ni, kami akan naik ke Mahkamah untuk lafaz talak. Saya sedih sangat. Saya taknak berpisah dengan dia. Saya sayang suami saya sangat sangat. Saya rasa saya takkan jumpa dah lelaki yang baik macam Sepupu saya ni. Masa takda orang nak percaya dengan saya, dia jer lah yang selalu bimbing dan percaya dengan apa yang saya cakap dulu. Saya mohon sangat pendapat kakak kakak, apa yang saya perlu buat untuk selamatkan perkahwinan saya ni. Perlu ke saya bagitau cepat perasaan saya pada dia? Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya dan suami.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT via news.allmhi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post