"Tak Sangka Dia Melayan Dan Akhirnya Dia Terus Terang" Yang selama ini memang dia sudah lama tak dapat layanan


Foto sekadar hiasan

Salam KRT… Aku tengah dilema sekarang samada nak percaya ke atau tak pada suami aku. Cerita dia macam ni. Kawan MIL aku ni selalu datang ke rumah, boleh dikatakan tiap² hari mesti dia akan datang.

Lama kelamaan MIL aku ni macam syak sesuatu sebab tiap kali dia datang, dia mesti akan tanya pasal FIL aku pada MIL aku. Kadang² siap offer nak beli kan barang keperluan FIL aku.

Boleh dikatakan ambil berat pasal FIL aku. MIL aku terus sound dia, MIL aku ckp ina(bukan nama sebenar) ni ada hati ke dgn abang man(bukan nama sebenar) sebab akk tengok ina asyik tanya pasal abang man je tiap kali datang sini.

Dia jawab eh takde la ina anggap abang man macam abang ina sendiri. Tapi MIL aku ni tak puas hati, dia nak tengok betul ke ina ni bukan jenis gatal atau tak.

Dia suruh suami aku kacau ina ni, suami aku ni ikut je sebab niat dia nak tolong mak dia je. Selama suami aku berhubung dengan ina ni, dia dan mak dia rahsiakan dari aku. Sebab taknak aku salah sangka.

Dalam masa suami aku nak kena kan ina ni, suami aku ajak dia buat sek*. Bagi gambar luc*h yang suami aku ambil dari google.

Tak sangka dia melayan dan akhirnya dia terus terang yang selama ni memang dia dah lama tak dapat layanan dari suami dia. Memang dia dahagakan dari seorang lelaki. Baru 3 hari lepas suami aku terus terang dengan aku sebab da sampai masa dia cakap dia perlu bgtau aku tentang hal ni.

Tapi masalahnya aku macam tak boleh terima. Yela, pada suami aku tu sume hanya rancangan nak kena kan ina tu. Tapi pada ina tu, aku da tewas dan tak pandai layan suami sampaikan suami aku boleh cari dia untuk lakukan benda tu.

Aku pun tak tau macamana nak bersemuka dengan ina ni sebab dia memang kerap datang ke rumah MIL aku. Patut la tiap kali dia datang ke rumah MIL aku, dia macam pandang paisey kat aku.

Pernah jugak dia cakap yang aku ni belum betul² kenal perangai suami aku. Aku tertanya-tanya jugak dulu sebab apa dia cakap macam tu. Rupanya sebab hal ini. Tp suami bersumpah memang tak pernah buat bukan² dengan ina tu.

Berjumpa pun tak pernah. Dia hanya berhubung dalam whatsapp. Untuk pengetahuan semua, ina tu sebaya dengan MIL aku. Umur lingkungan 45 tahun. Suami 23 tahun dan aku 21 tahun.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT via news.allmhi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post