"Masa Aku Balik Rumah Semua Tak Ada, Boleh Plak Dorang Fly Pergi Bercuti" Aku tak tahu apa pun masa tu


Foto Sekadar Hiasan

Aku tak tahu nak luah pada siapa, mungkin dekat sini dapat membantu aku untuk sedut sedikit semangat.

Aku anak ketiga dalam empat beradik. Kami dilahirkan sepasang – sepasang. Maksudnya, kakak dan abang aku jarak jauh 10 tahun dari aku dan adik lelaki aku.

Aku membesar dengan kebanyakan hari istimewa aku tak ada orang tersayang. Aku masuk asrama tingkatan empat, hanya dihantar oleh ayah sampai anak tangga asrama. Mak aku? Tak ada.

Adik aku dapat keputusan PMR cermerlang, ditawarkan masuk MRSM. Dari baju, seluar, beg semua mak aku siapkan. Hari dia masuk asrama, mak aku ada.

Tapi.. Aku pun anak dia juga kan?

Habis SPM, aku fly pergi Sabah sebab dapat masuk PLKN. Mak aku hantar aku dengan muka kelat. Aku pun tak tau apa salah aku kena fly pi Sabah. Yang menangis mak mengasuh aku. Eh terbalik pulak.

Aku naik kapal terbang menangis sendiri. Macam biasa, baju seluar beg semua aku siapkan sendiri. Mak tak ada masuk bilik tanya aku perlukan apa apa.

Tahun berikutnya adik aku pulak dapat PLKN. Pun kena fly pergi Sabah. Dari awal semua mak aku pack kan. Aku tengok saja dari balik pintu.

Tapi.. Aku pun anak dia juga kan?

Oh lupa nak story. Masa aku balik dari Sabah, tak ada orang dekat rumah. Mak ayah adik aku semua fly holiday dekat Indonesia. Aku tak tau apa apa pun. Abang aku ambil aku dekat Stadium Bukit Jalil.

Waktu tu dah gelap malam. Aku diam dalam kereta. Aku minta hantar aku sampai rumah. Malam tu aku tidur sendiri. Hari esok, waktu ambil result SPM, aku jalan kaki ke sekolah. Tiada siapa yang menemani.

Tak sama macam adik aku, mak ayah drive jauh nun ke utara negara. Seronok nak ambil result sebab yelah. Adik aku kan MRSM. Sekolah aku jarak tak jauh pun dari rumah. Jalan kaki 10 minit pun dah sampai.

Tapi.. Aku pun anak dia juga kan?

Hari Konvo aku paling sedih kot. Mak naik umrah. Tak apalah. Aku pun dapat tau tarikh konvo lambat. Aku naik tempat belajar dengan drive sendiri. Aku maklumkan pada keluarga dalam group wasap.

Kakak aku awal awal cakap tak nak datang sebab malas ambil cuti. Abang aku diam saja. Adik aku masih belajar. Tinggal lah ayah seorang.

Aku teruja pegang tiket tempat masuk untuk bagi pada ayah. Aku dah bersiap dari awal pagi. Aku wasap tanya dekat mana, ayah aku kata baru gerak. Beberapa jam lepas tu, dah tiba masa aku pula naik pentas untuk ambil segulung diploma.

Aku text ayah tapi ayah cakap dia berhenti rehat dekat R&R. Tau lah aku.. Aku naik pentas tanpa sesiapa menyaksikan kejayaan aku..

Aku tengok lepas habis istiadat, kawan kawan keluar dewan disambut dengan senyuman dari keluarga. Aku pulak terkuat kulat tak tau nak buat apa. Nak senyum dan nak nangis.

Adik aku tak. Diploma ke ijazah ke, mak ayah aku ada. Aku siap drive bawak anak kecik (masa tu dah ada anak satu) ke sana. Siap ambil gambar sama sama. Ramai ramai.

Tapi.. Aku pun anak dia juga kan?

Ni masing masing dah kahwin.

Bulan puasa lepas aku dapat jemputan jadi penulis dibawah penaung bekas menteri. Hari aku share gambar selfie dengan bekas menteri tu, anak adik aku masuk jatuh masuk ICU.

Aku faham baby masuk ICU, aku pun sedih. Siapa tak sedih tengok baby kan. Semua orang dah sampai hospital tengok baby tapi untuk part aku, tak ada satu pun ucapan tahniah dari mak ayah aku.

Sampai ke sudah pun tak ada…

Tapi… Aku pun anak dia juga kan?

Ada satu hari ni aku balik rumah mak. Sambil lepak lepak dekat ruang tamu, aku swipe telefon mak, buka wasap. Tu perangai aku sejak sekolah lagi. Tapi hari tu aku terkejut bila baca mesej adik ipar aku sound mak aku.

Aku sebagai seorang anak pun tak berani buat gitu dan aku rasa agak tak baik sound mak aku macam tu.

Aku wasap adik aku, bagitau apa aku nampak. Aku tulis ayat baik baik, minta adik aku tegur isteri dia. Aku ada rasa juga aku macam kakak ipar penyibuk tapi kalau aku diamkan, aku sedih mak aku kena macam tu. Baik buruk mak, tetap orang tua kita.

Seminggu dua kemudian, aku datang lagi rumah mak. Macam biasa, aku suka main henpon mak tapi terkejut aku, sebab dah ada password.

Selama 30 tahun aku hidup, tak pernah ada password dekat henpon mak. Ni tiba tiba ada. Entahlah.. Mungkin sebab aku kot..

Baru baru ni kami pindah rumah. Sebelum tu, adik aku pun pindah. Mak ayah aku siap bermalam tolong pek kan barang. Katanya sebab adik aku laki bini tak pandai mengemas.

Waktu kami mengemas, tak ada orang datang tolong. Tak apalah, aku pun dah biasa. Penat sikit sebab ada anak anak nak kena urus. Semua kecik kecik lagi.

Tapi… Aku pun anak dia juga kan?

Ni aku baru keluar hospital. Kebetulan adik ipar aku pun masuk hospital hari yang sama aku warded. Mak aku tepon tapi dia cuma cakap perihal keluarga adik aku saja. Katanya risau anak dia minum susu lagi, macam mana nak bantu, apa nak buat.

Sakit aku, aku simpan sendiri pun tak apa kot.

Tapi… Aku pun anak dia juga kan?

Aku dah besar dan dewasa. Aku boleh hadam dan faham sepatutnya.

Tapi aku sedar aku macam anak kecil yang inginkan perhatian dan pujian.

Benda yang patut aku lepaskan tapi hanya mereka yang macam aku je yang faham kenapa aku menulis sebab...aku pun budak-budak kan?

Saya diam, perempuan... saya diam...

Lepas baca, jangan lupa komen dan share. Terima kasih.

Sumber: ecerita.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post