"Dua Tahun Bertunang, Kami Jaga Batas. Lepas 6 Bulan Bernikah" Terjumpa sesuatu di komputer Amar buat aku meraung


Foto sekadar hiasan

Terima kasih kerana menyiarkan penulisan saya ini. Saya terpanggil untuk menulis atas tulisan cik Rohana dalam luahannya di IIUMC, (Patut Ke Dia Jadi Suami Aku?).

Saya pernah lalui macam yang cik lalui, cuma kisah saya sedikit berbeza dengan cik. Saya sama macam cik tak pernah bercinta. Minat dalam diam tu Pernah. Biasalahkan reaksi h0rmon, tapi untuk ada kekasih tu amatlah sukar buat saya kerana saya seorang yang sangat berpendirian.

Saya pegang selagi saya tak sedia tak habis belajar tak capai cita cita selagi itulah saya tidak akan serahkan cinta ini untuk sebarangan lelaki.

Dari kecil saya sangat menjaga hubungan dengan Allah, solat terjaga, akhlak terjaga dan Quran sentiasa baca atas harapan supaya jodoh saya juga akan menjadi orang yang soleh juga. Hari hari doa dan solat hajat supaya saya dihadiahkan dengan suami yang soleh, jaga solat, baik dan Allah redhai.

Sampai satu hari, semasa saya melanjutkan pengajian serjana ada seorang lelaki ni saya namakan Amar (bukan nama sebenar) merupakan kenalan semasa ijazah dulu tiba tiba tanya khabar saya, lalu dia bertanya adakah saya masih belum berpunya?

Bila saya mengatakan belum lalu dia melamar saya untuk menjadi isterinya.

Saya ingat ini adalah prank lalu tanpa fikir panjang saya hanya bagi tahu, kalau ayah setuju maka saya pun setuju dan beri nombor telifon ayah saya cuma anggap dia takkan berani mungkin Amar ni main main ja.

Tapi sangkaan saya meleset, dia betul jumpa ibu bapa saya minta izin untuk kenal dengan saya untuk tujuan berkahwin. Ibu bapa saya amat suka dengan Amar dan galakkan saya untuk berkawan dengan Amar ni..

Apalah istimewanya Amar ni sampai ibu bapa saya suka sangat dengan dia, biasanya mereka akan menolak mentah mentah lelaki yang cuba melamar saya.

Beberapa minggu berlalu. Kemudian dia kenalkan saya dengan keluarganya dengan ajak bertemu di sebuah restoran..

Dia dari keluarga yang baik baik, adik beradik nya hafiz hafizah. Dia pun sebenarnya hafal banyak ayat Alquran yang saya sendiri tidak hafal. Melihat keluarganya saya yakin yang doa saya untuk berkahwin dengan lelaki soleh di makbulkan..

Kami kemudiannya bertunang selama dua tahun. Pertunangan kami lama kerana ibu bapa saya kenakan syarat jika mahu kahwin habiskan dulu pelajaran. Sepanjang pertunangan boleh kira berapa kali kami bertemu, kalau jumpa pun memang ditemani ahli keluarga.

Kami sangat menjaga ikhtilat. Berhubung dalam phone pun strict hanya 10 minit sahaja. Itupun seminggu sekali untuk urusan perkahwinan. Walaupun begitu perasaan kami tidak pudar, akhirnya kami diijab kabulkan.

Enam bulan perkahwinan kami amat manis, dan indah. Amar sangat romantik, menjaga solat, baik, bertanggung jawab, kira perfect ten la. Sehinggalah saya guna komputernya. Tak tahu macam mana pada hari tersebut saya rajin nak explore folder folder dalam komputernya.

Sampailah terjumpa satu file ada gambar dia dengan perempuan lain, bermesra melampaui batas. Alangkah terkejutnya saya sebagai isteri tengok semua video tersebut, dia dan wanita yang sama.

Saya rasa langit nk runtuh, hidup saya gelap perasaan rasa nak lari je dari dia rasa macam nak terus hilang tanpa berita. Saya ambil masa bertenang dengan keluar rumah selama beberapa jam. Dan pulang ke rumah menangis lagi tanpa henti.

Sehingga Amar pulang dari tempat kerja. Bermula lah drama air mata kami, saya suruh dia terus terang berkaitan sisi gelapnya, Amar menangis mengaku itu salahnya dan merayu agar saya tidak tinggalkan dia.

Rupanya wanita itu merupakan perempuan simpanannya semasa bertunang dengan saya. Saya tanya, ada lagi ke dengan perempuan lain? Nasib hanya dia seorang. Tetapi mereka telah berziina berkali kali, bukan sekali ya..

Lepas tu saya tanya kenapa tak kahwin dengan dia kenapa kahwin dengan saya? Amar kata dia cinta saya, perempuan tu merasa ja. Lagilah saya rasa hancur hati saya. Dia rayu, peluk minta maaf supaya saya tidak tinggalkan dia. Saya hanya senyap sehingga tertidur.

Esoknya saya whatsapp ibu Amar beritahu saya ditipu keluarga mereka kata Amar baik tapi rupanya penziina, ibunya segera bertemu dengan saya untuk mendapatkan penjelasan. Lalu ibunya serang Amar, sejak dari itu Amar dibuang keluarga.

Saya hanya pendam perasaan sehingga sakit dan masuk hospital berkali kali kerana tekanan drah rendah melampau. Terlalu stress untuk bertindak.

Berita ini hanya berkisar antara saya dan ibunya sahaja. Keluarga saya tidak tahu. Saya rahsiakan kerana ayah saya ada sakit jantung khawatir dia meninggal dunia terkejut.

Setelah beberapa bulan, akhirnya saya kena ambil keputusan to stay or to leave. Lalu saya menimbang tara dan buat satu senarai baik buruk jika teruskan perkahwinan ini atau bercerrai.

Setelah di timbang kira, banyak buruk dari baik jika saya memilih pencerraian. Masa tu saya teringat satu ayat Quran ni, jika kamu selamatkan satu manusia seolah olah menyelamatkan seluruh manusia.

Jika saya memilih pencerraian maka Amar akan terus berziina, maka makin jauh rahmat Allah darinya. Saya memilih untuk memafkan tetapi tidak melupakan. Saya memilih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sungguh sungguh.

Setiap kali Amar keluar outstation pasti saya ikut untuk pastikan dia memang keluar bekerja bukan ada skandal baru.

Selepas peristiwa ini, hubungan kami makin akrab dan lebih transparent. Kami lebih kenal each other dan lebih sungguh sungguh baiki hubungan dengan Allah. Amar sangat romantis dan menjaga perasaan saya. Tidak pernah angkat tangan atau tinggi suara.

Kami lebih menghargai satu sama lain dan bantu untuk padam d0sa silam dengan amal jariah dan join banyak volunteerism dan lebih sungguh-sungguh dengan aktiviti jemaah di masjid. Harap hubungan mesra ini kekal sehingga hujung nyawa.

Jadi pengajaran dari pengalaman saya ini,

Pilihlah keputusan hidup “at the Greater good” Jangan kalah dengan perasaan. Bila marah ambil masa untuk tulis mana baik mana buruk asal tidak telepas cakap

Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..

Akhir Kata:

“Neraka itu penuh dengan pend0sa yang sombong, tetapi syurga itu penuh dengan pend0sa yang bertaubat”

Jangan nilai orang sebarangan kerana kita tak tahu siapa masuk syurga dulu.

Sekian…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mawar (Bukan nama sebenar) via IIUMC via news.allmhi

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post