"Aku Kadang2 Pelik Dan Tak Habis Pikir" Perempuan seteruk aku masih dikurniakan lelaki yg baik macam suami aku


Foto Sekadar Hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau lah masa lalu boleh di ubah. Banyak yang aku ingin ubah.

Nama aku Zana (Bukan nama sebenar). Aku berusia 30an. Sudah mempunyai suami dan anak.

Kisah yang aku ingin ceritakan sebenarnya kisah lalu aku. Okay, aku terus ke cerita ya.

Masa tu, aku berusia 8 tahun. Aku ingat lagi, aku dengan cousin main sorok sorok dengan gembira. Yelah, budak budak kan.

Tengah aku menyorok, tiba tiba datang seorang cousin lelaki aku yang berusia 12 tahun menyorok sekali dengan aku. Aku ok je lah, walaupun sebenarnya jarang cousin aku ni nak main sekali dengan kitaorang.

Masa tengah menyorok tu, tiba tiba dia kuncikan pintu bilik, baring dekat katil dan suruh aku pegang ‘bawah’ dia. Aku taknak, tapi dia paksa aku pegang. Lepas tu, aku terus berlari keluar.

Aku balik rumah, terus aku ceritakan pada mak aku. Tapi, mak aku tak percaya. Ye lah, cousin aku tu, budak pandai, result semua A. Memang hebat. Budak baik pada pandangan diaorang.

Serius, aku kecewa bila mengadu dekat mak, mak tak percaya langsung dekat aku. Aku ingatkan lepas haritu, cousin aku tak kacau dah aku lagi. Rupanya tak, dia kacau aku lagi masa kitorang main dekat padang di kampung. Sekali lagi, aku lari dan ya, aku trauma!

Bila masuk sekolah rendah, aku di kacau abang senior pulak. Dia ni kira macam budak budak nakal, jadi aku agak takut sikit dekat dia.

Suatu hari tu, dia masuk kelas aku, panggil aku ke depan dekat meja guru. Meja guru tu kan macam ada cover sikit bahagian depan, jadi tak nampak la kaki bila duduk kan?

Hmm, masa ni la budak ni seluk skirt aku, aku biar je sebab takut sangat. Dia pegang ‘bawah’ aku. Bila aku fikirkan balik, kenapa la aku tak tendang je budak lelaki tu, bodoh nya aku ni kan?

Bila aku masuk ke sekolah menengah, aku mula bercinta dengan senior pulak. Bukan lah aku nak membangga diri, tapi aku seorang yang ada rupa.

Jadi, bila aku masuk sekolah menengah, ramai meminati aku. Jadi, siapa yang aku rasa ada rupa, aku akan bersetuju jadi girlfriend dia.

Aku couple tak lama, 3 bulan putus. Gitu lah. Aku main main je, tapi dorang tu serious. Alah, cinta monyet kan.

Tapi, di sebabkan peristiwa hitam yang berlaku di sekolah rendah menyebabkan aku rasa bangga memiliki ramai teman lelaki.

Ya! Aku bercinta dengan ramai lelaki tapi aku tak pernah sentuh diorang sehinggalah seorang teman lelaki hanat aku ni, yang aku percaya.

Aku ceritakan pada dia ke semua peristiwa hitam yang berlaku masa aku kecil sebab aku percaya pada dia. Tapi, aku salah, dia ajak aku berziina! Dan, akhirnya kami terlanjur setelah pujuk rayu dari dia.

Pertama kali benda ni berlaku, masa tu, aku Form 3. Serius, aku menyesal giila. Aku mintak dengan mak bapak aku untuk pindah sekolah tapi di bantah!

Alasan aku sebab aku malas dah nak sekolah kat sana walhal sebenarnya aku nak lari dari teman lelaki hanat aku tu!

Dan bila tak di benarkan pindah, korang tahu la kan, akan ada terlanjur lagi, berdosanya aku. Sampai la aku Form 5, aku nekad, habis SPM, aku nak belajar jauh dari negeri aku, sebab aku tahu, bila aku belajar jauh, teman lelaki hanat aku takkan dapat jumpa aku dah.

Yes! Alhamdulillah, aku berjaya belajar nun jauh dari negeri aku. Tapi, sekali lagi, aku tersilap langkah. Aku gunakan rupa aku untuk menjerat lelaki, setiap semester aku akan bertukar tukar teman lelaki.

Dan hampir semua daripada teman lelaki aku, aku pernah terlanjur dan lepas tu, aku akan kecewakan mereka dengan curang! Aku happy tengok dorang menangis di sebabkan aku. Jahilkan? Ntah la, aku rasa puas tengok dorang kecewa.

Tapi, ntah. Ada seorang lelaki ni, langsung tak putus asa untuk pikat aku, langsung tak nak berpisah dengan aku. Walaupun macam macam yang aku lakukan untuk bagi dia putus ada tapi dia masih nakkan aku. Dan akhirnya, dia menjadi suami aku.

Sangat baik, sangat menyantuni aku sebagai isteri. Dia tahu kesemua cerita yang aku ceritakan pada korang ni tapi dia masih menerima aku seadanya.

Kadang aku terfikir, kenapa perempuan yang berdosa seperti aku masih diizinkan Allah untuk memiliki lelaki sebaik ini?

Kalau dapat diputarkan masa, banyak yang aku ingin betulkan. Aku rasa diri ni hina sangat. Jauh sangat beza taraf diri aku dengan suami aku..

Aku mohon kepada ibubapa diluar sana, selalulah bertanya kenapa pada anak apabila mereka nakkan sesuatu dan tolonglah percaya pada anak. Pada siapa lagi dia nak percaya? Allahu, aku sedih.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: ekisah.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post