"Adakah Saya Seorang Isteri Yang Baik?" Pernahkah sy melukakan hati suami atau baut sesuatu yang tidak disenangi suami?


Foto sekadar hiasan

Salam. Sy nak share ttg kisah sy dgn org di luar sana sekurang-kurangnya mgkn dpt meredakan sedikit kekusutan di hati sy dan menjadi pengajaran pd para isteri di luar sana..harap admin dapat menyembunyikan identiti sy kerana sy tidak mahu sesiapa tahu tentang sy..

Utk memudahkan pemahaman pembaca sekalian.. Sy cerita serba sedikit ttg diri sy dan suami.. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka.. Dia beza 6 tahun lebih tua dari sy.. Suami bekerja sbgai jurutera..Dan sy hanyalah seorang guru biasa di sebuah sekolah. Kes terjadi semasa sy baru mempunyai seorang anak iaitu pd tahun 2016..

Kisah bermula pd tahun lepas (2016) dimana suami tersilap menghantar satu msg ke whatsapp sy.. Cara msg dihntr mg bukan untuk sy kerana cara pertanyaan dan gaya bhs yg digunakan tidak pernah dilakukan oleh suami utk sy.. Jadi sy rasa sememangnya msg itu bkn dihantar utk sy.. Sy bertanya kepada suami, adakah dia tersilap hntr.. Suami memohon maaf dan mengatakan dia ingin menghantar msg kpd shbt lama (ex-officemate) yang merupakan seorg perempuan.. Dan ex-officemate dia itu sy kenal.. Slps itu sy tidak bertanya kan apa2 kpd suami walaupun hati sy merasakan dia cuba menipu sy..

Sy seorang isteri yg sangat percayakan suami dan tidak pernah mencampuri urusan peribadi mahupun urusan kerja suami..bagi sy jika sy da beri 100% kepercayaan, sy hrp suami menghargai dan tidak akan melakukan perkara yg bkn2.. Namun sangkaan sy meleset.. Disebabkan sikap sy yg tidak mahu mencampuri urusan suami takut dikatakan “penyibuk atau queen control” menyebabkan pintu2 kecurangan terbuka sedikit demi sedikit..

Sy sambung kisah td yg suami tersilap hntar msg.. Slps suami mengatakan itu adalah rakan lama dia, sy tidak byk bertanya walaupun sy masih ragu-ragu.. Sy hanya tawakal kpd Allah dimana setiap kali selepas solat sy sentiasa berdoa agar Allah tunjukkan kebenaran pada sy jika suami cuba menipu sy.. Ternyata Allah itu Maha Besar dan mendengar setiap doa dari hambaNya.. 3 minggu selepas kejadian hari itu, terbuka satu lg kisah..

Ceritanya bermula sewaktu suami dtg mengambil sy dan anak dari rumah mertua.. Semasa perjalanan pulang ke rumah, telefon suami berdering.. Kerana telefon suami disambungkan terus ke kereta melalui “bluetooth”, jadi nama pemanggil keluar di skrin kereta.. Nama seorang perempuan diikuti nama syarikat suami.. Maksudnya mungkin officemate suami yg telefon..namun suami nampak seperti gelisah dan tidak mahu mengangkat telefon dia pd mulanya.. Namun setelah diminta oleh sy utk menjawab, suami menjawab panggilan tersebut.. Namun suami seperti menjawab dlm keadaan tergesa-gesa dan tidak mahu memanjangkan perbualan dan asyik mengulangi ayat yg dia sedang bersama isteri.. Sy menjadi sedikit hairan kerana suami selalunya akan menjwab panggilan mengenai hal kerja tanpa ada sebarang masalah sekalipun jika sedang meluangkan masa bersama keluarga.. Sy mula merasa curiga tentang panggilan tersebut.. Nama pemanggil itu masih terpahat di ingatan sy..sy masih berkelakuan seperti biasa dan tidak bertanyakan perihal itu lg kepada suami.. Namun terdetik di hati sy untuk mencari gerangan pemanggil tersebut..

Malam itu selepas suami tidur, sy cuba membuka telefon bimbit dia dan ternyata pencaturan Allah itu hebat dimana sy berjaya meneka password telefon suami.. Sy mulakan pencarian di dlm senarai perbualan whatsapp suami.. Tidak ada yg meragukan.. Tidak ada whatsapp bersama perempuan yg menelefon dia siang tadi.. Sy sedikit lega.. Namun sy masih cuba mencari di maklumat di bahagian lain pula.. Sy buka gallery album telefon suami.. Penuh gambar anak shj.. Tidak ada yg meragukan..Namun Allah sekali lg membantu sy sebagai seorang isteri yg teraniaya.. 

Sy membuka album “recently deleted”.. Terdapat satu gmbr screenschot whatsapp yg telah dipadam.. Sy buka gambar itu.. Ternyata kebimbangan sy selama ini benar-benar tepat.. Allah menjawab doa-doa sy selama ini.. Screenshot tentang perbualan suami dgn perempuan itu dimana suami memberitahu yg dia tidak dapat bercakap semasa perempuan itu telefon kerana sy berada disebelahnya.. Dan perempuan itu juga meminta suami menukar nama nya di dlm contact list suami agar sy tidak dapat mengesan perempuan itu.. ya Allah luluh hati sy saat terbaca perbualan itu.. Sy masih cuba bersabar.. Tidak smpai hati mengejut suami yg sedang lena diulit mimpi.. 

Sy teruskan pencarian di mana sy cuba membuka google album.. Terlalu byk gmbr di dalam album tersebut dan sekali lagi sy terjumpa screenshot seterusnya.. Perempuan itu mengajak suami lunch bersama dan menggunakan panggilan “syg”.. Allahu, Allah maha besar.. Ampunkan dosa suami ku jika benar dia mempunyai hubungan dgn perempuan itu secara diam2.. Dan seterusnya sy ada terjumpa 2-3 screenshots lagi perbualan mereka dan sy rasa tidak perlulah sy kongsi lagi tentang isi kandungan perbualan mereka.. Ternyata benar telahan sy mengenai suami.. Dia ada berhubung dgn perempuan lain yg juga rakan sekerja nya..

Pagi itu selepas solat subuh, suami memberitahu utk tidur semula kerana hari itu merupakan hari minggu.. Namun sy bertekad utk bertanyakan tentang hal ini kpd suami..sy meminta dia utk tidak tidur kerana ada hal yang ingin dibincangkan.. Suami sedikit tersentak.. Dia bertanyakn tentang apa.. Sebagai seorang yg masih rasional, sy tidak melulu memarahi suami atau menangis.. Sy bertanyakan dgn lembut kpd suami.. “Adakah sy seorang isteri yg baik? Pernah tak sy melukakan hati suami atau melakukan sesuatu yg tidak disenangi suami?”.. Suami terkejut dgn pertanyaan sy.. Suami menggeleng dan menyatakan tidak ada sebarang masalah selama hmpir 3tahun berumahtangga dgn sy.. Sy teruskan pertanyaan.. “Adakah sy tidak sempurna di mata suami?”.. 

Suami mengeleng..dia menyatakan sy ok sbg seorang isteri dan dia mendesak sy mengapa sy bertanya soalan-soalan begini kpd dia.. Sy pd mulanya tidak dpt meneruskan bicara.. Sy terdiam sebentar.. Sy menarik nafas dalam-dalam..sukar utk sy meneruskan kata-kata kerana sy seorang yang tidak suka berterus terang tentang apa2..sy suka memendam.. Tetapi kerana sy sayangkan rumahtangga dan anak sy.. Sy teruskan juga.. “Maafkan sy jika sy bkn seorang isteri yg baik..tapi bila sy bertanya, abg memberitahu sy ok dan tidak ada masalah.. Jdi kenapa abg berhubungan dgn perempuan lain?”.. Suami terkejut.. Dia cuba bercakap namun pntas dipotong oleh sy…”jangan cuba utk menafikan..sbb sy dah jmpa sgalanya..” Suami tertunduk dan mula memegang tgn sy namun ditarik balik kerana emosi sy agak sedih ketika itu (maafkan sy wahai suami jika perlakuan kasar itu menyakitkan hatimu).. Sy mula menangis.. 

Sy berterus terang dr mula perkara ini terjadi (kes suami tersilap msg kpd sy 3minggu lps) sehingga pembongkaran msg2 yg yg jmpa di dlm telefon bimbit beliau malam semalam.. Suami terus terdiam dan menangis.. Memegang kaki sy dan berkali-kali memohon maaf.. Dia menyatakan perempuan itu yg mula msg kpdnya bermula atas urusan kerja sehingga melibatkan perkara peribadi.. Dia meminta maaf dan dia mengaku bersalah tetapi dia beritahu yg perempuan itu yg memulakan segalanya.. Apa yg lebih mengejutkan sy adalah perempuan itu juga merupakan seorang isteri dan mempunyai anak.. Tergamak nya dia sebagai seorang wanita menghancurkan hari seorang wanita lain.. 

Sy berbincang dgn suami mengenai hal ini..suami berjanji tidak akan berhubung dgn perempuan itu jika bukan atas urusan kerja.. Sebagai isteri dan masih sygkan rumahtangga, sy memaafkan suami walaupun di dlm hati masih terkesan dgn perbuatan suami.. Sy berharap agar suami mengotakan janjinya pd sy dan tidak lgi berhubung dgn perempuan itu.. Kerana sikap sy yg tidak gemar bertanyakan ttg urusan suami, jd slps kejadian itu sy tidak pernah lg menyuarakan apa2 ttg hal ini kpd suami dan menganggap kes ini selesai.. (Walaupun bermula pd saat itu, kepercayaan sy tidak lg 100% terhadap suami)..

Kehidupan kami berjalan seperti biasa namun pernah sekali sy terlihat nama perempun itu didalam list search di facebook suami.. Namun sy diamkan dan cuba menganggap tidak ada apa2 berlaku antara suami dan perempuan itu..

Baru-baru ini sy telah melahirkan seorang lagi bayi dan menjdikan keluarga kami lebih berseri dgn kehadiran dua org anak.. Namun sekali lg harapan sy musnah apabila sy terlihat sekali lg whatsapp perbualan suami dgn perempuan itu.. Suami pernah berjanji utk tidak lg berhubung dgn perempuan dan akan block no.telefon perempuan itu apabila selesai waktu pejabat.. 

Namun yg menghampakan sy adalah perbualan whatsapp mereka sekitar jam 9.30 malam.. Bermakna suami sekali lagi telah berbohong pd sy tentang janji-janji nya.. (Sy dpt membuka telefon suami kerana anak sulung sedang bermain youtube di telefon suami kerana selepas kes 2016 dlu,suami telah menukar password telefon nya dan sy tidak lagi boleh membuka telefon suami)..

Utk pengehuan pembaca sekalian semasa sy mengetahui ttg hal ini, sy masih di dalam pantang anak ke-2.. Sy cuba menahan diri agar tidak tertekan atau bersedih kerana risau terjadinya meroyan..sy cuba bersabar dan byk beristighfar kerana dlm keadaan nifas sy tidak boleh bersolat..

Sy amat terkesan dgn perbuatan suami kerana semasa melahirkan anak ke-2 baru-baru ini, sy mengalami tumpah darah dan terpaksa melakukan “blood transfucion” kerana kehilangan begitu banyak darah..sy merasakan suami tidak pernah menghargai pengorbanan sy berjuang melahirkan anak-anak dia..

Sy masih mampu untuk bertahan kerana sy mempunyai ibu ayah dan keluarga yg sgt sgt menbantu semasa tempoh berpantang dan rakan baik yg sangat memahami dan sentisa bersama sy saat sy memerlukan mereka.. (Kes suami ini hanya sy kongsi dgn rakan baik dan keluarga tidak tahu mengenainya kerana sy cuba menjaga aib suami)..

Untuk suami sy, sy memaafkan segala apa yg abg buat pd sy.. Sekiranya benar abg masih berhubung dgn perempuan itu, sy harap abg bertaubat dan ingatlah dosa..dia merupakan isteri dan ibu.. Abg juga merupakan suami dan ayah pd anak-anak kita.. Jika abg terbaca ttg ini dimana2, sy harap abg tersedar dengan apa yg abg telah lakukan selama ini..

-Salam-

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: KRT

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post