"Abang Pada Janda Tu Siap Datang Rumah Cari Ayah" Ayah terpaksa mengaku dah kawin senyap2 rupanya


Foto Sekadar Hiasan

Hai nama aku Iera. Umur 29 tahun. Seorang isteri dan juga seorang ibu.

Saja aku nak kongsikan kisah family aku. Tak semua orang ada pengalaman ada mak tiri kan. Dan aku sendiri pun tak pernah membayangkan aku akan ada mak tiri.

Kisah nie terjadi masa aku 17 tahun. Malam tahun baru, ayah aku tak balik rumah sampai pukul 5 pagi. Jadi mak aku risau sebab ayah aku tak pernah tak balik rumah selewat tu.

Rupanya malam tu ayah aku kena tangkap khalwat. Aku tak pasti dekat mana tapi mengikut cakap pakngah aku diaorang kena tangkap basah dalam kereta dekat tempat parking. Nak tunggu tengok bunga api lah kot agaknya kan. Tak tahu lah aku.

Jadi ayah aku call pakngah aku untuk pergi jamin dia dekat balai polis. Dari pakngah aku lah kami tahu kes tangkap basah nie. Dan lepas pakngah aku pergi jamin ayah aku, diorang balik rumah aku sekali dengan perempuan tu ye.

Mak aku sejenis yang sangat penyabar tapi aku tahu jauh dalam sudut hati, dia mesti sedih dan terkilan. Perempuan tu cakap depan mak aku dia nak kahwin dengan ayah aku tapi mak aku cakap langkah mayat dia dulu. Kesian mak aku.

Hari demi hari berlalu dan aku tak pasti kenapa ayah aku terlalu kejarkan perempuan tu. Untuk pengetahuan korang, perempuan tu janda dan ada anak sorang yang tua sikit dari aku dan kalau tak silap aku, dia dah kahwin 3 kali tapi jodoh tak panjang.

Kalau ayah aku tak nampak muka dia sehari, ayah aku jadi macam orang bodoh, duduk luar rumah hisap rkok berkotak kotak, kerja tak nak, termenung panjang sorang sorang.

Dua tahun lepas tu, ayah aku kahwin dekat Thailand. Tak da sorang pun family aku yang tahu sebab ayah aku tak pernah berkelakuan pelik. Tak pernah tak balik rumah. Semua macam biasa.

Sampai la 4 tahun kemudian, abang si perempuan nie datang rumah aku cari ayah aku. Tapi masa tu ayah aku takda, cuma ada mak aku.

Mak aku tanya kenapa cari ayah aku. Then dia cakap dia abang kepada isteri kedua ayah aku. Korang boleh imagine tak perasaan mak aku time tu.

Aku sangat kesian kan mak aku. Tak tahu apa kurang mak aku di mata ayah aku. Tapi aku sangats sangat respect mak aku. Dia seorang yang sangat ssangat penyabar. Memang la gaduh jugak la masa tu dengan ayah aku.

Dan ayah aku mengaku sebenarnya dia dah 4 tahun kahwin dengan perempuan tu senyap senyap. Luluh hati mak aku.

Mak aku cuba terima kenyataaan tapi entah la.. Hari demi hari berlalu, ayah dan mak aku kejap gaduh kejap baik. Ayah aku tak pernah pergi tidur rumah mak tiri aku. Mungkin sebab nak jaga hati mak aku atau taknak gaduh dengan mak aku.

Adik beradik aku semua tak boleh terima kehadiran dia dalam keluarga kami. Masa kenduri kahwin aku dengan kakak aku, ayah aku bawak dia datang dan dia duduk dekat khemah sambut tetamu tu sekali dengan mak aku gais.

Korang boleh bayangkan tak perasaan mak aku, malu dekat orang orang kampung semua tapi mak aku tetap tunjuk happy yelah sebab majlis kahwin anak anak kan, takkan nak moody.

Tapi adik beradik aku abang, kakak, adik aku semua tak layan dia. Yela kami sangat tak mengalu alukan kehadiran dia dekat majlis tu.

Lepas pada majlis kenduri tu, keesokkan hari kami semua keluar, tinggal mak ayah dengan adik lelaki aku je kat rumah.

Masa kami balik, mak aku menangis teresak esak dia cakap ayah aku nak tinggalkan dia. Memang terkejut lah kami waktu tu. Ayah aku diam. Aku tanya mak aku, ayah aku cerraikan dia ke. Dia tak jawab, cuma menangis teruk sangat sangat..

Lepas tu ayah aku keluar rumah, aku tanya suami aku. Tapi suami aku cakap ayah aku cakap dekat dia, dia tak cerraikan pun mak aku.

Cuma dia terkilan sebab masa bini kedua dia datang majlis kahwin kami, tak da sorang pun anak dia yang layan bini kedua dia tu sebab tu dia mengamuk dekat mak aku.

Dia expect kitaorang nak layan dia ke dalam majlis yang sepatutnya jadi kenangan indah dalam keluarga kami?

Kami sendiri pun tak jemput dia datang. Tak mengalu alukan pun kedatangan dia jadi memang wajar kami tak layan dia. Dan lagi satu, kami sendiri perlu jaga hati mak kandung kami.

Apa perasaan mak aku kalau kami semua layan dia, bermesra dengan dia? Sedangkan mak aku sendiri pun tak mampu 100% terima kehadiran dia sebagai madu. Cuma mak aku hormatkan ayah aku.

Sejak kantoi ayah aku kahwin baru tu, mak aku macam hilang kepercayaan dekat ayah aku. Setiap kali ayah aku keluar dalam waktu yang lama la contoh 4 5 jam, mesti mak aku macam merungut, tu pergi rumah sana la tu. Dan setiap kali tu jugak dia akan badmood.

Entah la aku sendiri tak tahu sampai bila family aku nak macam nie. Korang doakan yang terbaik untuk mak ayah aku.

Aku sayang diaorang dunia akhirat dan aku tak pernah berhenti berdoa semoga Allah hadirkan kebahagiaan untuk mak ayah aku sampai hujung nyawa.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: ekisah.com

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post