"Si Isteri Ditidurkan Lepas Czer, Disebelahnya Ada Jenazah Yang Telah Dibungkus" Dah sedar, bila dapat tahu yang jenazah berbungkus disebelahnya adalah si suami. Terus meraung si isteri


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih andainya coretanku ini disiarkan.

Serba sikit pasal aku. Aku doktor dekat klinik kesihatan. Husband pula doktor dekat hospital kerajaan. Dua dua kerja dekat area lembah Klang. Ye, sarang C19 terbesar di bumi Malaysia ni.

Kadang kadang kitaorang bertukar tukar cerita pasal pesakit yang kitorang encounter di tempat kerja masing masing.

Tapi selalunya, kisah kisah dari husband aku selalu buat aku rasa murung. Itu baru aku, yang setakat tukang dengar. Husband aku yang dok hadap pesakit tu semua, taktau la macam mana.

At one time, waktu dia balik kerja, aku tengok dia banyak termenung. Setelah aku korek korek, dia pon bukak cerita.

“Tadi saya dapat tau, ada sorang patient yang saya pernah ambil drah 2 hari lepas, dah meninggal. Tapi saya rasa terkesan dengan patient ni..

Actually bukan saya yang incharge patient ni, saya tolong kawan ambikkan ABG dengan bl00d c&s.

Time saya datang dekat dia, saya tengok tangan dia dah menggeletar. Dia kata dia takut jarum. Saya pon cakapla dekat dia, “jomla sembang sembang”.

Boleh distract rasa anxi0us dia.

Patient ni laki, muda lagi dalam 30 an, badan agak berisi.

Patient tanya dekat saya, “doktor, doktor rasa saya ni macam mana? Ada harapan tak?”

Saya pon tengok bacaan machine yang monitor bacaan 0ksigen dan tekanan drah. Bacaan 0ksigen 88% sahaja, walaupun dah kene support dengan machine supply 0ksigen yang tinggi.

Saya terdiam. Saya tau outcome patient macam ni selalunya tak bagus.

Saya tanya patient, “awak rasa macam mana?”

Patient jawab: “Saya rasa masa saya pon dah tak lama. Rasa lemas. Macam paru paru kene rendam dalam air.

Doktor hari tu ada cakap saya dalam waiting list untuk dapat ventilator. Tapi tulah, tak tau sempat dapat ke tak.

Wife saya pregnant, dia pon kene C19. Semalam kene operate nak lahirkan baby. Dia ada kat ICU, dah ditidurkan semalam. Doktor cakap paru paru dia teruk.

Redup mata pesakit tu. Percakapannya tercungap, dada sedikit berombak.

Saya cakap kat patient tu, “jangan berhenti berdoa ya, dan jangan putus harap”. Lepastu saya pun pergi.

Pagi ni saya dapat tau, patient tu dah dapat ventilator dekat ICU. Dapat katil bersebelahan dengan wife dia. Tapi organ dia semua dah rosak, last last patient tu meninggal dunia.

Wife patient tu pulak keadaan dia improve, doktor dah cabut tiub pernafasan, and dia dah bangun.. Dan sebelah katil dia, ada mayat yang dah dibungkus dengan kain putih.

The sad part is, wife tu taktau pon mayat sebelah katil tu sebenarnya aruwah husband dia… sampailah doktor break the bad news.. wife patient tu meraung..”

Air mata aku da bergenang. Allah sedihnya rasa. Berat ujian wife patient tu.

“Saya tak taulah wak. Saya tak boleh emotionally attach sangat dengan patient. Kalau saya buat macam tu hari hari, saya rasa boleh jadi giila.”

Betul, aku faham sangat. Sebab setiap kali pesakit mati depan kita, secebis dari hati ni turut sama melayang pergi.

“Dah wak, jom la tidur”.

Esok masih ada lagi peperangan yang perlu ditempuhi..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Noradrenaline (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post