"Saya Ambil Upah Rm250 Untuk Buat Benda Ni" Sekali dia rodok pakai mop jer, aku dan suami jadi terkedu


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum pembaca semua. Sebenarnya dah dekat seminggu aku masih tak dapat lupa peristiwa ditipu seorang plumber ni.

Anyway aku Maria, surirumah sepenuh masa, dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang puteri.

Buat masa sekarang, kami duduk rumah sewa sementara nak tunggu rumah sendiri siap. Kami mula menyewa awal tahun ni.

Waktu mula mula masuk, aku tengok sinki rumah sewa ni penapis sinki pun tak ada.

So aku usahakan beli penapis jenis mesh yang memang sesuai untuk trap sampah dekat sinki. Sebab aku tau kalau sinki sumbat, memang payah nak setel. Jadi aku ambil langkah berjaga jaga.

Sebulan sekali aku tuang soda dalam lubang sinki tu untuk make sure pengalirannya lancar.

Tapi nak dijadikan cerita, pertengahan bulan lepas aku perasan tiap kali basuh kain lubang saliran yang menghubungkan tempat buang air basuh kain + sinki (gully trap nama dia) tu macam slow aliran airnya.

Ini menyebabkan air dari gully trap tu akan keluar dengan bau yang kurang enak.

Aku cuba korek lubang tu, dan benda pertama yang aku jumpa adalah patung mainan Ultraman. Anak anak aku semua perempuan.

Jadi aku tahulah yang tuan rumah tak pernah servis lagi lubang tu. Aku inform tuan rumah berkenaan lubang yang tersumbat, dan dia suruh contact plumber.

Jadi sebab aku dah tak tahan tiap kali basuh baju, air dari gully trap tu keluar dengan bauan yang tak enak, aku panggil lah plumber datang tolong tengok.

Susah juga nak cari plumber musim PKP ni. Last aku dapat satu contact no dari FB.

So Sabtu lepas, plumber ni datang tengok. Lepas tu dia cakap kat suami aku,

“Saya ambil upah RM250 untuk buat ni bang”

Bincang punya bincang dengan suami, kitorang pun oklah. Sebab dah tak larat nak hadap bau busuk tu.

Lagipun aku fikir, kos tu boleh share dengan tuan rumah memandangkan obviously saluran tu tak pernah diselenggara pun sebelum ni.

Bila husband dah setuju, brader tu pun start buat. Tau tak, dia cuma guna mop saja untuk lancarkan saluran tu. Aku dengan husband macam speechless. Macam ni RM250?

Tapi tak boleh nak argue sebab awal awal tadi dah setuju. Then bila dah setel semua, aku try lah contact tuan rumah dan ceritakan semuanya.

Punya panjang aku taip, tuan rumah cuma balas dengan keratan perjanjian sewa rumah yang tunjukkan segala kos baiki saluran tersumbat tu atas kami. Serius aku terus down gila waktu tu.

RM250 tu sangat besar nilainya dalam waktu PKP ni, lebih lebih lagi dengan keadaan aku yang full time housewife.

Dan benda tu telah triggered anxiety aku sampai anak anak jadi mngsa. Aku betul betul kecewa.

Dan keesokan harinya, aku join satu group di FB ni berkenaan hal hal pertukangan.

Bila aku skrol post dalam tu, banyak otai yang bagi tahu method-method yang berkesan u tuk kes gully trap tersumbat. Aduhh kenapalah aku tak join group tu awal awal.

Aku masih dibayangi kekecewaan tu sebenarnya. Sakit hati dengan plumber yang menipu, sakit hati jugak dengan tuan rumah yang ambil sikap lepas tangan.

Dan benda ni mengganggu fikiran aku sampai waktu aku tengah menaip ni (pukul 2.35am).

Nak sedapkan hati, aku cuma mampu pujuk diri untuk ikhlaskan dan redha dengan apa yang dah jadi. Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Aku mengharapkan kata kata positif dari kalian. Mohon tidak dikecam sebab aku masih sangat fragile dan tak dapat lupa kejadian tersebut.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Maria (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post