"Kami Suami Isteri Hilang Pekerjaan, Rumah Disewakan" Akhirnya kami pula yang menumpang, aku malu dgn anak2


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengenalan. Aku Mia kategori M40. Sudah berkahwin dan ada anak sepasang. Suami kerja sebagai Manager di syarikat swasta dan aku kerja sebagai perunding professional.

Long story short, suami aku hilang kerja, aku pon hilang kerja.

Kami ada komitmen rumah, kereta, ASBF, takaful hibah, medical kad, PTPTN. Kesemuanya dalam RM2k lebih. Tak termasuk keperluan susu dan pampers anak.

Terus terang boleh giila untuk nak fikirkan semua tu. Masih cuba bertahan. Ya Tuhan, kuatkan kami.

Bukan tak cuba untuk cari kerja. Ya belum berhenti mencuba pon. Moga ada rezeki buat kami. Simpanan dah habis. Dah setahun cuba bertahan.

Suami sekarang kerja sebagai runner. Hanya lepas untuk keperluan anak saja. Tetap syukur, alhamdulillah.

Rumah dah disewakan, syukur juga dipermudahkAn urusan ni, alhamdulillah. Yang lain kami hanya mampu menutup mata. Medical kad lapse, takaful hibah and so all… Ya Allah moga ada sinar buat kami.

Sekarang menumpang rumah orang tua. Ini juga rahmat dan ujian buat kami. Bila jauh wangi, dekat dekat busuk. Begitulah ringkasnya. Kami tebalkan muka, tebalkan hati demi anak anak.

Bermula episod aku menjadi surirumah untuk seisi keluarga besar sambil dibebani hutang dan keserabutan kepala yang amat.

Anak dalam tempoh melasak menyepah. Ini rumah orang. Ya bukan rumah kami. Pasti ada yang tidak selesa. Rumah yang dulunya sentiasa kemas, sepah tak sampai seminit.

Aku yang dikategorikan sebagai suri rumah tentunya ‘expected’ untuk ambik alih kerja kerja dirumah. Mengemas, memasak, jaga anak. Sedangkan dalam kepala serabut.

Misal kata aku jadi suri rumah yang tidak perlu fikirkan bayaran bayaran bil tertunggak, panggilan bank tiap tiap bulan,

Pasti aku rasa adil dengan pandangan mereka yang menganggap aku sekarang suri rumah. Tidak bekerja.

Alangkah indahnye kalau aku boleh akhiri semua ni. Orang luar dibantu. Tak bolehkah sekurang kurangnya support mental aku yang sedang sakit ni. Tak bolehkah tolong jangan menambah sakit ni.

Aku ada terbaca kisah pasangan suami isteri dan anak yang tinggal dalam kereta selepas keluar dari rumah orang tua mereka. Sejujurnya aku pon terasa seperti tu.

Lebih baik menyelamatkan emosi dan mental aku daripada terus menjadi beban orang lain. Aku lose. Aku lah loser paling malu dihadapan anak anak. Ya Tuhan apa perlu aku buat.

Aku tak pernah meminta bantuan kewangan dari sesiapa. Selagi anak anak diberi makan. Aku boleh bertahan lapar.

Mak ayah aku banyak beri bantuan pada orang luar. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya mereka dah bantu anak sendiri untuk berteduh, tumpang makan. Biarlah aku hadap.

Aku tak perlukan kalian faham cerita aku. Biarlah hanya mencari coretan kekuatan untuk aku terus kuat. Doakanlah kami. Doakan kami diberi jalan keluar untuk semua ini.

Reaksi Warganet

Hafiz Aiman –

Samalah jiran taman saya laki bini kerja sebagai R&D Engineer dekat kilang. Tapi bermula PKP 1 lagi mereka mula dibuang kerja.

Dekat tempat saya selepas ketua taman, ketua kampung dan pihak masjid duduk berbincang. Mereka bersepakat jika mana mana pihak yang terlalu terdesak untuk dapatkan bantuan bolehlah sangkut beg plastik tesco untuk dijadikan isyarat SOS dekat pagar.

Kemudian masjid pula dijadikan sebagai hub transit untuk sumbangan bantuan dari masyarakat setempat.

Bila jiran taman saya ini sangkut beg plastic tesco. Kemudian jiran tepi rumahnya nampak. Jirannya itu telah panjangkan kepada group telegram jemaah masjid. Tidak lama kemudian imam dan ajk masjid pun datang dekat rumahnya untuk dapatkan maklumat.

Ketika pihak masjid dapatkan maklumat tentangnya. Jiran taman saya ini telah bekerjasama dengan pihak masjid untuk menjual barang barang bukan keperluan yang ada dalam rumahnya seperti robot vacuum, dishwasher, thermomix, smart tv dan playstation 4.

Alhamdulillah ada 2 orang jemaah masjid yang sudi membeli barangan barangan yang dijual. Dengan duit yang dia dapat dari menjual barangan dalam rumahnya itu. Dapatlah jiran saya buat modal untuk buka bisnes jual nasi berlauk dan murtabak frozen. Alhamdulillah hari ini perniagaan dia baik dan komitmen yang dia miliki juga terbela.

Ini kaedah golongan M40 ditempat saya bila hilang sumber pendapatan hidup. Apatah lagi disebabkan masjid ditempat saya bukan sahaja menjadi pusat ibadah.

Tapi ia juga menjadi pusat pendidikan, pusat ekonomi, pusat sosial dan pusat kesihatan untuk masyarakat setempat. Jadi ia memudahkan urusan masyarakat ketika hadapi kesusahan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mia (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post