"Ibu Tak Henti2 Nangis Disebabkan Mulut J, Jika Kami Mati j Tak Dibenarkan Ziarah" Saudara mara terpedaya, kami dipulaukan


 

Foto sekadar hiasan

Tidak pernah terbayang bahawa kami akan difitnah dan dikhianati oleh drah daging sendiri.

Kisahnya ibu yang kami sayang difitnah oleh anak buah sendiri, aku gelar J (bukan nama sebenar).

Sejak kecil J tinggal bersama nenek dan rumah nenek bersebelahan rumah ibu. Oleh itu, ibulah yang banyak menguruskan dan membantu menjaga J sejak kecil.

Aku tidak pasti atas alasan apa J kurang mendapat kasih sayang dan perhatian mama dan bapanya kandungnya.

J sudah berkahwin selama 9 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin kerana masalah cyst J dahulu.

Sejak Januari 2020 dia kerap datang ke rumah hampir setiap hari kerana jarak rumahnya dekat dengan rumah ibu.

J mengalami penyakit misteri sejak September 2020. Pelbagai cerita merepek yang J sebarkan pada ahli keluarga yang lain antaranya:

1) Ibu ada pelihara saka dan saka itu nak berpindah ke J. Sebab tu J sakit.

2) J cakap dia mula sakit sejak makan nasi lemak hangus yang ibu masak. Walhal tidak pernah ibu masak nasi lemak hangus. Nasi lemak itulah yang kami sekeluarga makan, tidak pernah kami asingkan makanan J.

3) Ada seorang ‘haji’ yang kononnya bermimpi ibu yang bela saka setelah melakukan istikharah 3 kali. Haji munafik tu banyak kes (penunggang agama, gunakan agama sebagai sumber kekayaan).

HAJI MUNAFIK cakap kalau dia ubatkan J, ibu boleh mti. Adakah kuasa penyembuhan dan kematian di tangan HAJI MUNAFIK?

Kami belum berpeluang jumpa HAJI MUNAFIK atas beliau selalu mengelak tapi jika diberi peluang aku akan minta dia bersumpah serta menyembuhkan J walaupun kononnya ibu akan terkorban. Buktikanlah.

4) J cakap ibu dengki dengan kemewahan dia padahal ayah dan ibu pesara guru besar. J pula seorang jurujual.

(Maaf kalau aku agak kasar atau membanding bandingkan tapi ini fakta kes aku bahawa ibu langsung tidak dengki dengan kemajuan hidup J).

5) J menyebarkan fitnah bahawa ibu menghantar saka padanya kerana ibu mahu J mti lalu menjodohkan suami J dengan kakak aku.

Kakak aku tidak bdoh mahu seorang lelaki yang gatal dan mempunyai masalah disiplin kerana sering mengganggu perempuan di tempat kerja.

J pun malu mengaku S adalah suaminya kerana ramai orang mengadu pada J bahawa ada seorang lelaki gatal yang sering mengganggunya.

Suami J juga pernah ‘mengganggu’ seorang sepupu aku dan suaminya juga bukanlah seorang rupawan mahupun hartawan. Suami J juga seorang jurujual.

Kakak aku seorang guru dan mempunyai teman lelaki.

Bagi aku S terlalu gatal untuk dijadikan seorang suami, terlalu banyak perempuan yang dia cuba goda. Aku tidak habis fikir kenapa J sering mempertahankan suaminya yang miang itu.

6) J makin kurus dan dituduhnya roh aruwah anak ibu (I) masuk dalam badannya. Hanya kerana aruwah kakak aku kurus dituduhnya ibu yang hantar saka tu.

Benda yang paling menyedihkan adalah perkara ni kami tahu dari orang lain. Hampir seluruh ahli keluarga kami sudah memulaukan dan blok kami tanpa sebarang penjelasan.

Sebelum ibu tahu yang ibu difitnah dan dipulaukan ibu kerap menelefon dan bertanya khabar J.

Kami dihalang untuk menziarahi J kerana J kononnya menghidap c0vid-19. Atas kuasa Allah, sedikit demi sedikit fitnahnya kami tahu. Demi Allah! Perkara itu semua fitnah.

Wallahi, kalau betul ibu ada salah dan ada bela saka seperti dakwaan mereka, datanglah kepada kami beritahu atau bertanyalah kesahihannya kepada kami. Ini fitnah besar, fitnah seperti kami mensyirikkan Allah.

Kami pernah berhasrat untuk buat saman fitnah, tapi dihalang oleh seorang ahli keluarga yang merupakan seorang kenamaan atas alasan untuk menjaga nama baik keluarga.

Aku juga mahu haji munafik dan J membuat sumpah atas nama Allah dan agama dengan segala fitnah yang mereka lontarkan.

Wahai J, aku boleh siarkan benda ini di facebook personal aku tapi aku masih menjaga aib kau dan orang yang bersekongkol dengan kau.

Tidak seperti kau yang telah menyebarkan aib ke seluruh ahli keluarga sehingga kami dipulaukan, dibenci dan membuatkan ibuku tidak berhenti menangis.

J, setiap kali lepas solat ibu sentiasa berdoa mohon tunjuk dan jika kami sekeluarga mti, kau dan sekongkol kau tidak diizinkan untuk datang ziarah. Kau cari kami di Mahsyar ya.

Wahai J, ibu dan ayah aku sedang menderita sakit tua, begini cara kau dan kakak kau balas budi mereka? Lupakah kau siapa yang menghadiri majlis konvo kau ketika mama kau tidak mempedulikanmu?

Mungkin kau lupa bahawa kami sering membawamu bercuti kesana kesini tanpa sesen pun kau keluarkan untuk makan, hotel mahupun minyak?

Kau lupa siapa yang membantumu saat semua ahli keluarga membencimu kerana mulutmu sendiri? Itulah kesilapan terbesar kami dulu, iaitu memaafkanmu saat semua orang masih tidak mempercayaimu.

Jika sesiapa tahu solusi terbaik mohon bantu kami. Kami juga telah berubat dengan ustaz ustaz yang diyakini dan tiada tanda yang ibu ada bela saka. Ibu tidak berhenti berdoa terutama lepas solat dan waktu mustajab.

Jika ada solusi terbaik mohon kemukakan. Jika tiada mohon doanya.

Sekian..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : FN (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post