"Bila Kami Nak Bercerai Semua Orang Terkejut, Aku Tuntut RM84k Dari Suami" Tiba2 suami nak bersama semula


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Saya cuba ringkaskan confession saya seringkas mungkin.

Saya perlukan nasihat dan pandangan orang lain kerana saya tak sanggup berhadapan dengan keluarga dan rakan rakan yang mungkin menyebelahi saya kerana kasihan.

Saya perlukan pandangan walaupun negatif untuk saya baiki diri saya.

Sebagai intro, saya merupakan seorang penjawat awam bergaji 3x ganda dari suami. Kami dikurniakan empat orang cahaya mata soleh dan solehah. Tempoh perkahwinan kami dah 8 tahun.

Sekarang, kami dalam proses bercerrai atas persetujuan bersama. Proses turun naik mahkamah banyak tertunda dek PKP. Sebab kami bercerrai ialah kerana tiada kesefahaman.

Kami juga sudah reflek diri kami masing masing. Kami tidak membenci antara satu sama lain. Keputusan ini bukan semudah yang saya tulis.

Saya sibuk dengan kerjaya dan anak anak hinggakan jarang memasak, rumah tidak sentiasa kemas, diri tidak terlalu rapi dan banyak lagi keburukan saya.

Tapi semua dimaafkan suami kerana kebanyakan belanja isi rumah saya yang menanggung.

Sisi buruk suami tidak perlu saya ceritakan. Suami saya sangat baik cuma kurang prihatin.

Suami saya tidak lepas tangan soal nafkah. Tiap bulan mesti diberikan RM300 untuk saya walaupun saya akan guna untuk anak anak juga.

Suami saya bukan malaikat tapi banyak sisi baik yang dikenang keluarga saya.

Ternyata keputusan ini memeranjatkan semua orang.

Betapa kami merahsiakan ketidakbahagiaan kami sehingga tidak dihidu sesiapa. Sesiapa yang melihat kami akan memandang seperti kami sweet family. Hakikatnya tidak.

Berbalik kepada masalah saya. Saya telah mendapatkan nasihat peguam. Saya menuntut kesemua hak saya dari sudut wang ringgit dari suami.

Untuk pengetahuan pembaca, kami masih suami isteri kerana proses mahkamah masih belum selesai. Cuma kami sudah tidak serumah.

Selama 8 tahun berumah tangga, mengambil kira semua yang telah saya korbankan untuk suami, semuanya berjumlah kira kira RM84,000.

Ini selepas pelbagai diskaun terutamanya melibatkan anak anak yang saya kira, takpe lah, anak saya juga.

Saya tidak terlalu kejam dan tidak berdendam dengan suami. Saya bagi tempoh 5 tahun untuk dilunaskan selepas tarikh kami bercerrai nanti.

Suami saya orang yang tidak senang mana. Begitu juga keluarganya.

Persoalannya sekarang, suami meminta kami bersama semula demi anak anak. Saya tidak pasti adakah demi anak anak atau demi RM84,000 tersebut.

Lalu saya tetapkan syarat, proceed dengan proses cerrai dahulu, selesaikan RM84,000 dan saya akan fikir semula keputusan untuk nikah semula atau tidak.

Betul ke tindakan saya? Saya tidak akan merisikokan diri saya dan diperlakukan sama seperti dulu.

Tapi dalam masa yang sama, saya kenang segala kebaikan beliau. Perasaan sayang? Jujurnya hanya 1%.

Dan saya boleh hidup berdikari. Perkahwinan tidak semudah menyebut kahwin, cerrai dan rujuk.

Dan saya juga belum pasti untuk berkahwin semula dengan suami jika syarat saya dipenuhi. Saya hanya sebut akan fikirkan semula.

Tolong saya. Sila kecam, tidak mengapa. Saya perlukan kejujuran.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Isteri Tak Sempurna (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post