"Bila Aku Termengandung, 3x Suami Suruh Aku Gugurkan" Si isteri menangis, si suami keras menunggu di dalam kereta


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan Hi semua.

Saya Dr Aurora, nak share tentang kisah benar yang boleh kita ambil iktibar.

Sorry lah, post saya kali ni maybe agak berbeza dengan post sebelum sebelum ni, sebab ada rasa sedih dan nak marah jugak bila dengar luahan pesakit saya ni.

Puan A, seorang ibu dalam lingkungan umur 50an. Dikurniakan anak 3 orang.

Puan A datang ke klinik, mengadu yang dia sudah lama alami masalah kencing tak lawas dan gagal untuk kawal kencing (urinary inc0ntinence). Kadang kadang terkencing tanpa sedar. Sampaikan terpaksa memakai lampin dewasa.

Dia belum men0pause. Tiada sejarah angkat berat, trauma atau accident yang melibatkan kecederaan saraf tulang belakang yang boleh saya kaitkan dengan masalah urinary inc0ntinence ni. Tiada penyakit kr0nik seperti kencing manis.

Dia juga tak mengambil sebarang ubat yang maybe menyebabkan kencing kerap dan tak lawas.

Bila saya check urine Puan A, tiada pun tanda infecti0n. Tiada ketulan atau ketumbuhan bila abd0men diperiksa. Agak rare untuk dapat kes urinary inc0ntinence pada usia semuda 50an. Anak pun baru 3 orang.

Selalunya kalau anak ramai dan banyak kali bersalin secara sp0ntaneous vaginal delivery, ada risik0 untuk dapat masalah ni.

Tiba tiba kedua dua mata Puan A berkaca kaca, seakan ada perkara sedih yang dia cuba ceritakan.

Dia terus tanya, “Dr, saya memang bersalin 3 orang, tapi sebenarnya saya ada 3 orang lagi anak tapi saya cuci (gugurkan secara paksa atau prosedur D&C), sebab saya tak bersedia dan suami paksa saya cuci.”

Terkejut saya dengar.. “Kenapa 3 kali Puan cuci?” saya bertanya lagi. Sebak dada bila dengar dia cerita.

“Saya takut nak makan ubat perancang sebab orang tua tua kata macam macam. Bila termengandung, suami bawa pi hospital untuk cuci dan buang janin tu.”

“Puan tahu tak gugurkan anak secara paksa tu berdosa? 3 kali tu, banyak sangat.”

Puan A menjawab, “Ya saya tahu. Suami pun tahu. Tapi suami still paksa saya. Saya takut nak ambil perancang, tapi saya tak pi jumpa Dr pun untuk tanya pasal merancang ni.

Saya rasa masalah kencing saya ni berpunca daripada dosa saya yang lalu. Saya insaf sangat sangat. Sekarang suami pun macam taknak layan saya sangat dah. Saya sedih sangat, Dr.”

Sedihnya hanya Allah yang tahu bila saya dengar.. Kenapa sampai 3 kali??

Kalau sekali pun, patutnya dia dah berusaha ambil perancang selepas prosedur tu, tapi seakan tak belajar dari kesilapan. Sedih sangat sangat.. Ambil perancang bukannya berdosa pun, malah diharuskan.

Ada juga segelintir suami yang tak benarkan si isteri ambil perancang sebab dia merasakan perbuatan tu berdosa tapi bila si isteri termengandung, boleh pulak suruh si isteri gugurkan.

Menangis nangis si isteri tu sebab takut nak tanggung dosa gugurkan janin. Dia masuk ke bilik consultation sorang sorang.

Bila saya minta dia panggil si suami sebab nak explain komplikasi dan hukum menggugurkan janin, si isteri beritahu yang suaminya just nak tunggu dekat dalam kereta dan strongly refuse nak masuk clinic.

Ya Allah, suami jenis apa ni. Suami dari neraka ke ni? Hurmm.. Ambil perancang tak haram pun. Mengugurkan anak secara paksa itu yang haram dan berdosa.

Kenapa nak dicabut nyawa anak anak yang tak berdosa tu sedangkan si ibu dan ayah yang bersalah sebab tak merancang sebaiknya?

Lain lah kalau kes rgol, ada undang undang yang membenarkan untuk pengguguran selepas diperiksa oleh Dr pakar.

Ini kes pertama saya dapat patient yang gugurkan anak secara sengaja sebanyak 3 kali. Sebelum ni pernah jumpa yang gugurkan sebanyak 2 kali.

Dah gugurkan kali kedua, dia datang ke klinik saya untuk rescan sebab pendrahan non-stop selepas seminggu. Hopefully patient tu insaf bila dia dapat komplikasi.

Lain kesnya kalau prosedur D&C bagi patient yang mengalami missed miscariage (kandungan/ janin berhenti membesar dan tak bernyawa tapi tiada tanda tanda akan gugur secara semulajadi).

Kalau ada pembaca yang sudah berkahwin dan belum bersedia untuk mengandung, jumpa lah Dr, bincang cara yang terbaik untuk merancang.

Terlalu banyak sangat kes patient yang termengandung dan datang ke klinik saya untuk request ubat untuk gugurkan. Bila ditanya, takda usaha pun untuk guna kaedah merancang.

Ada yang guna kaedah untuk buang air man1 di luar, dan ada juga guna kaedah kalendar. Actually method ni sangat tak effective.

Ada jugak yang ambil ubat/ cucuk perancang, tapi pada masa yang sama makan jamu dan makjun, dan termengandung disebabkan tindakbalas chemical antara jamu dan ubat perancang.

Bila ada yang request ubat untuk gugurkan janin, maaf lah, saya bukan pembnuh.

Saya tak jual pun ubat tu sebab menyalahi etika perubatan dan saya personally pun tak sanggup nak tanggung dosa sebab benarkan keguguran berlaku secara sengaja tanpa sebab masalah kesihatan.

Hopefully para isteri lebih bijak untuk jaga kesihatan diri selepas ni.

Buat keputusan untuk diri sendiri, jangan terlalu bergantung kepada suami untuk buat keputusan, terutama yang melibatkan kesihatan kita sendiri. Kita yang akan menanggung komplikasi yang akan timbul

Moga kita ambil iktibar daripada kisah ni. Bertaubat lah jika ada yang pernah lakukan dosa-dosa ini sebelum ni.

Ada penyakit yang Allah berikan kepada kita sebagai ujian untuk menaikkan martabat kita sebagai hambaNya, ada juga dijadikan ujian untuk kita bermuhasabah dan insaf dengan dosa dosa kita yang lalu. Wallahualam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Dr Aurora (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post