"Bakal Suami Aku Seorang Ustaz, Tiba2 Tanya Badan Aku Ada Parut Ke Tak" Sangkaan aku meleset, ingatkan dia lemah dgn wanita


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini pengalaman aku berdepan dengan lelaki yang kononnya so-called ustaz tapi haprak.

Aku seorang gadis single yang ingin mencari bakal suami. Sudah tentu aku mencari lelaki yang tampak soleh, berperwatakan menarik, nampak ada ilmu agamanya.

Lalu aku bertaaruf dengan seorang jejaka dari serambi mekah. Seorang yang digelar ustaz, pemuda baju hijau yang kopiah sentiasa di kepala.

Jika dilihat luarannya, sudah tentu akan berfikir baik akhlaknya, budi bahasanya, menghormati wanita, terjaga imannya. Sosok tubuhnya sangat dihormati dan digeruni masyarakat setempat. Aku sebagai calon isterinya sangat senang bakal bersuamikan beliau.

Ramai memuji mengatakan aku beruntung. Beruntung kerana bakal bersuamikan seorang lelaki yang soleh. Ya aku rasa amat bertuah. Apalah amalan baikku sehingga dikurniakan bakal suami baik sebegini. Lelaki dambaan para wanita.

Tetapi, benarlah kata orang. Don’t judge a book by it’s cover. Semakin hampir kami ke alam pernikahan, semakin terserlah sisi ‘kenakalan’ pemuda ini.

Jika kebiasaannya chat di whatsapp itu hanya untuk perkara penting sahaja, lama kelamaan ianya sudah seperti diiringi rentak syaiitan. Syaiitan semakin kuat menghasut dirinya untuk menaip yang bukan bukan.

Ku kira dia lemah dengan wanita. Dia semakin berani untuk mula bercakap perkara perkara locah. Dia sudah berani bertanyakan tentang tubuh badanku.

Pada awalnya text nye berbunyi “Maaf tanya.. badan anti tiada parut kan? Sekadar nak kepastian”. Pada awalnya aku bersangka baik. Mungkinkah dia inginkan isteri sempurna yang tiada cacat cela?

Namun, semakin lama soalannya semakin liar dan liar sehingga aku tergamam. Dia sudah berani bertanya tentang warna dan bentuk tubuh badanku di bahagian private part dan seumpamanya.

Ditanya juga soalan soalan yang sangat tidak sesuai untuk kami yang belum berkahwin. Sehingga aku tergamam dan stop membaca whatsappnya.

Namun, apabila lama aku mendiamkan diri, dia memohon maaf kerana terlajak bicara. Dia berkata, soalannya itu adalah tidak disengajakan kerana mesej itu berlaku pada waktu yang dia cenderung untuk berfikir yang bukan bukan.

Jadi aku konklusikan, selepas ini aku tidak akan whatsapp dengannya sehingga larut malam, demi menjaga imannya.

Namun ternyata waktu malam tidak salah. Kerana waktu siang juga kenakalannya terserlah. Suatu hari dia berkata dia mahukan anak yang sangat ramai, cukup untuk pasukan bola sepak.

Aku menjawab, mudahnya kamu minta anak. Sedangkan nak melahirkan seorang khalifah pun sangat perit rasanya. Biarlah kualiti yang menjadi keutamaan.

Tapi dia memarahi aku lalu menjawab, apabila dia sudah bernikah denganku, aku wajib menuruti segala kehendaknya kerana katanya, isteri perlu taat suami selagi mana arahan suami tidak menyalahi agama.

Katanya lagi, Jika suami mahu ‘bersama’ isteri setiap pagi, petang dan malam, maka isteri wajib memenuhi keinginan suaminya walaupun isteri keletihan.

Aku rasa takut melihat permintaan dan hujahnya. Memanglah benar katanya, tapi aku semakin seram pulak apabila sisi selfishnya semakin terserlah.

Memanglah suami boleh mendatangi isteri sesuka hatinya, tetapi perikemanusiaan dan timbang rasa juga perlu ada. Wanita bukanlah alat s3ks untuk didatangi sesuka hati tanpa ambil kira perasaan dan kondisi kami.

Namun topik itu tidak terhenti di situ. Katanya, jika isteri tidak memenuhi keinginan suami, suami berhak mencari isteri lain untuk memenuhi keinginannya. Aku tersentak. Oh begini ya fikiranmu.

Aku bukanlah benci p0ligami, tapi jika belum bernikah sudah ada keinginan untuk berp0ligami, aku khuatir untuk meneruskan hubungan kami.

Lagipun dia juga ada berkata, isu p0ligami juga bergantung kepada suami. Isteri tiada hak menghalang suami berp0ligami selagi mana suami mampu.

Lama aku berfikir. Berhari hari aku minta pada Allah, tunjukkan aku jalan. Selama ini, setiap kali rakan rakanku mengutuk agamawan yang katanya alim haprak, aku selalu back up golongan agamawan.

Aku bidas kenyataan mereka. itu semua fitnah untuk orang agama. Mereka terlalu mudah judge sesuatu perkara tanpa ketahui hal sebenar. Tapi kini hal begini benar benar berlaku kepada diriku. Seorang yang so-called ustaz yang dihormati ini rupanya kolot pemikirannya.

Pernah juga dia berkata, jika dia mahu aku berhenti kerja selepas bernikah, aku wajib menuruti kehendaknya.

Tapi buat masa sekarang dia masih benarkan aku bekerja. Tapi melihatkan dirinya yang pendapatan pun cukup makan, aku khuatir jika dia bekerja seorang. Adakah cukup makan pakai kami?

Jika diamati perwatakannya, semakin lama aku boleh simpulkan bahawa dia adalah lelaki si penunggang agama yang mementingkan kemahuan diri semata. Kerana orang sepertinyalah agama difitnah dan agamawan lain turut dicerca.

Kasihan agamawan lain yang baik dan benar benar berakhlak mulia. Si dia ini tidak ubah seperti parasit dalam agama. Hidup bertopengkan agama tapi kelak mungkin dialah yang akan turut sama menconteng arang untuk agama.

Aku memutuskan hubungan kami. Ibu bapaku menentang, tapi aku diam tidak menjawab mengapa aku bertindak sedemikian. Setelah dipaksa akhirnya aku beritahu, dia bukanlah lelaki baik yang kita sangkakan.

Tapi setakat itu sahaja yang boleh aku sampaikan. Aku juga tidak sampai hati untuk dedahkan segala perbualan kami selama ini demi menjaga aibnya. Dia masih lagi seorang ustaz yang dihormati di kampung kami.

Namun, si dia masih mengangguku walaupun sudah terputus hubungan. Dia seperti tidak move on, masih cuba berhubung dengan ku. Akhirnya aku block sahaja nombor dia.

Jika aku ingin mencari lelaki untuk dijadikan suami, aku mahu melihat akhlak, tutur katanya dan tahap pemikirannya dahulu.

Jika dia tahu menghormati aku sebagai wanita, mendahului aku dalam segenap hal, tinggi toleransinya dan penuh kasih sayang terhadap wanita, barulah aku akan terbuka untuk fikir soal kahwin semula.

Bukanlah lelaki yang tampak alim semata tapi haprak. Oh ya, jangan judge semua lelaki berkopiah seperti dia. Masih ramai lelaki baik di luar sana. Cuma kebetulan aku berjumpa satu dalam seribu lelaki alim haprak.

Aku doakan kalian yang membaca ini tidak pernah bertemu dengan lelaki alim haprak ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Jenab (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post