"Apa Yang Isteri Buat Semua Salah Dimata Mak. Potong Sayur Tak Betul, Siang Ikan Salah" Benci betul mak pada isteri aku


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku ada nak cerita pasal mak mertua bini aku. Ya, mak aku sendiri.

Aku ni dah 10 tahun kahwin. Sepanjang 10 tahun ni ada saja benda yang mak aku tak suka dekat bini aku ni. Tak tau lah pasal apa.

Mak aku ni dah tua. Ibu tunggal sejak 15 tahun dulu. Bini aku ni memang bukan pilihan dia. Pilihan aku sendiri.

Aku kenal bini aku masa kat U dulu. Tapi tak kan sebab tu mak aku ni tak suka bini aku sampai la. Perempuan pilihan mak aku dulu tu pun dah lagi awal kawin dari aku.

Banyak perkara yang mak aku buat kat bini aku. Nak tulis pun tak larat. Tapi yang paling aku geram hat yang baru baru ni jadi dekat rumah aku.

Dia mai rumah aku sebelum PKP 2.0 sebab nak pergi rumah adik beradik dia yang lain. Saja mai jalan jalan la. Duk rumah aku seminggu.

Sepanjang seminggu ni habis dia complain itu ini. Kebanyakannya pasal masakan bini aku. Pasal penjagaan rumah.

Bini aku ni pembersih. Barang barang semua ada tempatnya. Ada label. Semua kat tempat bertutup supaya tak kena habuk. Tapi mak aku tak suka. Dia kata susah dia nak cari.

Aku cakap, “tak susah pun mak, semua ada label. Kalau mak tak jumpa jugak, mak tanya la Ayu (bini aku)”. Dia tak boleh terima. Masih nak cakap Ayu ni kedekut nak bagi dia guna barang barang.

Bila aku balik keja, ada saja benda tak kena. Ada saja dia nak complain dekat telinga aku ni. Kebanyakan masa aku terangkan balik apa yang dia tak puas hati sangat tu.

Bini aku ni keja 20km dari rumah. Jadi memang setiap hari dia balik lewat dari aku. Aku akan ambil anak anak, keluarkan makanan mentah dari freezer siap siap dan tolong masak nasi.

Ini pun mak aku tak suka. Dia kata Ayu buat anak dia macam orang gaji.

Aku cakap kat mak aku, patutnya mak bangga dengan anak mak ni. Anak lelaki yang ringan tulang tolong isteri dan rumahtangga, bukan tau jadi raja berhari hari.

Dulu aruwah abah pun rajin tolong mak kat dapur. Bukan duk saja tengok tv. Lagipun Ayu keja. Bukan duk rumah. Kalau pun Ayu duk rumah, tak kan la aku tak tolong dia langsung.

Bila aku jawab macam tu, mak aku kata aku ni manjakan sangat bini. Last last aku jawab tak pa lah manjakan bini sendiri, dapat pahala.

Malas aku nak lawan cakap lagi banyak pasal ni. Sebab dah banyak kali cakap. Nanti bila bini aku dah balik, dia masuk dapur masak, lagi satu dia complain.

Dia kata goreng ikan tak cukup garing la, masak sayur sekejap sangat la, potong sawi tak betoi la, siang ikan tak betoi la, masak sup tak letak kentang la. Semua serba tak kena. Semua yang salah.

Dia tak complain direct kat bini aku. Dia p jugak kat telinga aku ni complain.

Aku ni simple. Orang dah masak, kita makan, ucap terima kasih. Tak perlu komen panjang panjang. Lagipun pada aku tak ada yang tak kena dengan masakan Ayu. Semua serba lengkap, sedap.

Yang paling penting aku bersyukur, walaupun Ayu sama sama keja, dia masih tekad nak memasak untuk family. Tapi mak aku tak fikir macam aku. Pada dia, kalau tak sama dengan cara dia, maksudnya salah.

Kalau kami balik kampung, lagi banyak yang tak kena kat mata mak aku ni. Umpama setiap perlakuan Ayu tu salah semuanya.

Ya Allah. Kadang kadang aku tak sanggup nak bawa Ayu balik kampung disebabkan perangai mak aku tu. Aku kesian dekat Ayu. Aku suami. Aku patut lindungi dia.

Aku dah banyak kali tegur mak aku. Dah dah la nak cari salah Ayu. Ayu tu terima aku yang muka pecah rumah ni pun dah baik sangat dah.

Ayu selalu mengalah dan diam sahaja kalau dia terdengar apa yang mak aku complain. Aku selalu minta maaf dekat Ayu sebab perangai mak aku macam tu.

Tapi Ayu selalu cakap tak pa. Aku tau Ayu kecil hati dengan mak aku selama ni tapi dia tak pernah cakap dekat aku.

Aku pernah tanya mak aku. Apa yang tak suka sangat dengan Ayu tu? Atau mak ada tak puas hati apa kat Man sampai cari salah Ayu sentiasa. Dia jawab tak ada apa.

Aku ni tiap tiap bulan bagi duit belanja kat mak. Bukan setakat cukup buat belanja dapur, cukup jugak untuk mak aku p jalan jalan.

Aku upahkan orang bersihkan rumah mak aku luar dalam setiap hujung minggu. Barang barang masak aku belikan tiap tiap bulan.

Sungguh aku buntu. Tak faham. Sebolehnya aku nak bahagiakan mak dan isteri aku.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Man (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post