"Aku Seorang Nurse Dan Suami Anti Vaksin" Pelik sejak aku di vaksin suami tak sentuh selama 4 bulan


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya muallaf umur 25 tahun. Dah berkahwin dengan duda anak 1 (perempuan umur 9 tahun). Saya juga seorang frontliner under KKM kerja dalam ward c0vid. So memang diwajibkan untuk ambil v4ksin.

Pihak pengurusan siap bagi tarikh awal untuk family frontliner yang jaga c0vid ambil v4ksin awal tapi suami refuse. Dia bila dah berkawan dengan kumpulan anti-v4ksin ni terus jadi macam tak betul.

Hari hari update pasal teori k0nspirasi, fakta fakta konon yang semua ni tipu. Semua ni mainan dunia. Siap perli saya cakap saya ni ikut saja ape orang suruh.

Percaya sangat kawan kawan yang cuci otaknya kononnya v4ksin ni penipu ada cip kecil la ape la. Hari hari duk baca dan tengok video pasal v4ksin siap ada group lagi di whatsapp dan telegram.

Sekarang ni dah 4 bulan saya tak dapat nafkah batin. Tak tau la sebab saya dah v4ksin ke ape ke tapi suami tak nak sentuh pun. Bukan tak cantik ke ape sebab ramai kenalan suami semua kata ‘untunglah dapat bini cantik’, ‘bini orang Korea/ Jepun ke?’

Tapi tu la suami pula sampai 4 bulan tak sentuh. Dah pernah saya terus terang ‘nak’ pun masih tak dilayan. Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke ape ke tak tahu la.

Sekarang suami ada join business ni team punya la. So selalu meeting. Ada seorang team dia ni dah v4ksin 2 dos. So dia orang pergi meeting dekat rumah sorang antiv4x ni.

Pastu selang beberapa hari kononnya bini antiv4x tu ada alergic kulit katanya punca dari yang v4ksin tu datang rumah. Kononnya yang dah v4ksin ni jangkit virus dekat orang lain.

Laki ada suruh saya pergi tengok bini kawannya tu pergi lawat katanya, saya setepek cakap ‘tak payah la nanti ape ape jadi nanti saya disalahkan sebab saya dah v4ksin’. Lantak lahai.

Sekarang ni ada kawan kawan antivax dia bagi air ape benda konon kalau minum fungsinya macam det0x kuman semua. Disuruhnya saya minum sekali memang tak la. Air ape benda pun saya tak tau.

Sekarang ni memang 24 jam dia layan phone saja pasal v4ksin semua ni.

Saya bukan tak nak hormat suami tapi saya kerja hospital khas jaga pesakit c0vid. Saya tau la betapa bahaya v1rus ni. Saya medical staff kot. Takkan sewenang wenang nak saya percaya k0nspirasi semua tu.

Kadang terpikir juga kenapa suami macam hilang n4fsu dekat saya. Mungkin ke sebab saya dah v4ksin? Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke?

Bila tanya dia kata dia banyak berfikir bagi masa dekat dia sikit. Masalahnya dah 4 bulan kot.

Saya dah dapatkan tarikh v4ksin awal dah, sebab pengurusan uruskan untuk family frontliner. Tapi tak dihargai langsung. Siap ikut cakap bulat bulat kawan antiv4x dia.

Reaksi Warganet

Shezz Fawaz –

Lepas ni selain tak nak kaki politik, nak pilih pasangan kena tanya juga antiv4ksin ke tak, kaki teori k0nspirasi ke tak, geng bumi rata segala.

Kesian TT. Boleh bayangkan stress dan sedih, letih. Hari hari tengok mngsa c0vid di hospital. Balik rumah kena pulak hadap suami gini. Semoga Allah beri ganjaran besar di akhirat kepada TT, beri penyelesaian terbaik untuk kebahagiaan TT di dunia.

Madamme Que –

Buat aduan dekat pejabat kadi sis. Melampau betul taasub sampai mengabaikan hak isteri.

Sis, u cakap dekat dia, kalau dia abaikan hak u, sila terus terang dekat u sebab ramai beratur nakkan u, sementelah takde anak lagi. Jangan layan u macam sampah. Sila cari pasangan sama sama sehati sejiwa antiv4ks, senang.

Kalau suami u sorang sorang dia nak layan teori teori tu tapi tak mengabaikan wife, takpe lagi. Ni sampai buat wife camtu, dahla u mualaf. Betul betul contoh yang buruk. U bukan buat dosa besar pun nak dilayan macamtu.

Edit: ok insaf jap. Saya delete la perenggan last tadi.. Tak jadi la doakan u jumpa doktor hensem dan soleh. Takpe sis. U tunggu je.. Berapa lama dia nak layan u macamtu. Doakan Allah tunjukkan hidayah dekat suami u. Mana tau Allah takdirkan terjadi ssuatu pada dia untuk dia insaf, kan. Or.. Sampai masanya u dah tak mampu nak hadap, u minta bantuan dari pejabat agama. Islam tak kejam pada kita wanita.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Mrs. (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post