"Sekali Merasa Dah Jadi Ketagih, Tunangku Ketagih Dengan Awek Tukang Urut" Aku Rahsiakan


Foto sekadar hiasan

Aku tidak tahu harus bermula dari mana.

Aku berkenalan dengan si dia yang beruniform melalui social media.

Diawal perkenalan semuanya indah belaka, dia banyak sangat menasihati aku, banyak bantu aku.

Tetapi perlahan lahan semuanya terbongkar setelah kami bertunang.

Aku difahamkan yang mereka yang sarungkan uniform ni dinormalisasikan dengan melanggan pelcur, pergi ke kelab malam, minum air kencing syaiitan dan sebagainya.

Untuk mereka yang kuat, selamat. Tapi untuk mereka yang lemah pasti tewas dan hanyut.

Aku tahu tak semua terlibat, dan tak di semua tempat kena macam ni.

Tapi boleh kata kan 50% atau lebih yang aku kenal mesti pernah terlibat secara langsung atau tidak dengan perbuatan terkutuk ni.

Aku cukup tak mengerti kenapa ada paksaaan sebegini.

Baru posting perlu belanja ke kelab malam. Kena paksa minum. Kena ada dinner bersama perempuan perempuan atau lebih dikenali sebagai awek yeye. Kena pergi rumah urut dan sebagai nya.

Semua perkara terkutuk ni pada awalnya atas dasar paksaaan (kalau tak buat, nama susah naik untuk apa apa kelebihan ????) atau boleh dipulaukan.

Jadi mereka banyak yang pada awalnya terpaksa buat supaya tidak ditaji, dipulaukan, disukarkan segala urusan.

Jangan percaya kalau mereka ada aplikasi michat, wechat segala ni. Tu semua tempat mereka “memancing” awek yeye untuk di bawa ke “majlis makan malam” mereka.

Aku pernah baca, buat dosa ni memang sedap. Sekali dah merasa jadi ketagih. Begitu juga dengan tunangku. Ketagihan rumah urut. Ketagihan awek yeye.

Aku banyak merahsiakan semuanya. Orang sekeliling selalu puji dia baik, selalu puji dia kuat pegangan.

Banyak sahabat sahabat yang lalui perkara sama dengan aku datang meluah padaku tentang hal yang sama sambil memuji aku untung kerana tunangku tidak seperti pasangan mereka.

Hati yang remuk ini hanya mampu tersenyum.

Terbongkar semua nya duit habis ke mana. Kadang kadang tugas malam boleh jadi tugas di “rumah urut”

Aku banyak usaha, aku banyak guide dia. Tapi kadang kadang perkara tersebut menjadi sia sia kerana di paksa pegawai atasan. Perlu bawa orang atasan.

Tak perlu aku sebutkan uniform yang mana satu kerana yang tahu pasti tahu. Semoga semua perkara terkutuk ni mampu dihentikan.

Semoga tunang saya dapat berubah.

Doakan kami…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Sabriah (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post