"Lepas 10 Tahun Kahwin Tiba Tiba Satu Pagi Tu Suami Minta Sesuatu Kat Isteri" Aku jadi terkedu apa yang diminta oleh suami


Tapi apa yang aku fikir tu salah! Malam tu dia text aku dia cakap dia minta maaf. Selama ni, ibu dia dah menyusahkan hidup aku dan ibu aku. Dalam hati aku cakap, MEMANG PUN! Pastu dia text lagi dia cakap. “Sorry sebab dah rmpas ayah awak dari hidup awak

dan perasaan saya kat awak tak pernah berubah. Saya masih sayangkan awak. Awak please jangan tinggalkan saya. Saya demi Allah sayangkan awak! Saya tak kisah awak tu adik tiri ke apa tapi kita mesti kahwin”. Aku menangis. Speechless.

Aku menangis sangat sampai pagi esok. Nampak betapa sayang nya dia kat aku. Dia betul betul nak kat aku. Aku ingat lepas dia tahu semua tu, dia mesti benci kat aku. Tapi tak. Maafkan saya Fad. Saya dah bersangka buruk dengan awak.

Keesokannya, aku dapat text lagi dari Fad. Fad cakap ayah setuju bagi kitorang kahwin. Sebabkan aku ingat text semalam yang Fad hantar, aku terus pegi pelok ibu aku sambil nangis gembira. Walaupun aku tahu bila dah kahwin, sekali sekala mesti kena menghadap ibu tiri aku tu tapi sebab Fad, mungkin aku boleh hadap semua tu.

Alhamdulillah, Aku dah Fad bertunang pada Februari 2017 dan kami berkahwin pada bulan Disember tahun yang sama. Ingatkan Ayah aku ni dah tak benncikan aku. Yelah sebab dia bagi aku kahwin dengan ‘anak sulung’ dia kot. Tapi tak.

Ayah aku ni baik bila depan orang ramai or depan Fad je. Bila kitorang berdua je, Ha mulalah tu. Macam macam warning dan saman dia bagi. Sama jugalah dengan ibu tiri aku tu. Pantang sikit ter’eyecontact’, mesti nak jeling jeling bagai. Fikir mata kau lawa lah?!

Sebenarnya, Ibu aku pergi beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan aku. Jadi aku ada Fad je sekarang untuk tempat meluah. Awal tahun 2018, aku dikabarkan berita bahawa aku mengandung beberapa minggu selepas pergi memeriksa di klinik berdekatan. Aku terus bagitahu Fad bila dia balik kerja.

Dia terus pelok aku dan ciom dahi aku banyak kali. Tak terlupa pula dengan ucapan terima kasih sambil berlinangan air mata dia. Gembira betul Fad. Aku betul betul ingat tau peristiwa ni dan aku rindu sangat sangat.

Bila sampai je berita ni kat ibu tiri aku. Habis kecoh dia. Dia cakap aku kandung anak orang lain lah. Aku ada laki lain lah. Apa lah. Anak bongsu dia pun sama je ikut perangai mak dia (Adik Fad). Sedap mulut je dia pergi bercerita kat sepupu aku.

Tapi, Fad tidak percaya dengan mudah. Dia lagi percaya dengan aku. Ibu tiri aku tu takde bukti pun nak tuduh aku macam tu. Sampai satu hari, Hari yang menghncurkan hidup aku, dan selepas hari itu, aku rasa lebih baik aku pergi. Aku terdengar perbualan ayah aku dan Fad. Ayah aku cakap buat apa nak simpan aku lama lama. Dia kan mengandung anak orang lain. Fad cuma diam je.

Aku apa lagi, berlari masuk bilik. Pintu aku tutup kuat kuat. Lepas tu, boleh pulak adik bongsu Fad dari luar menjerit “KAU SIAPA NAK ROSAKKAN PINTU RUMAH ORANG?”. Lepas dengar je, aku duduk kat atas katil sambil tutup muka aku. Air mata turun perlahan lahan.

Bila aku dah reda sikit, Fad pulak masuk bilik. Aku menangis balik. Kali ni, air mata turun betul betul deras. Fad terkejut dan terus pergi duduk sebelah aku. “Yang, kenapa ni?” Sambil tepuk tepuk belakang aku. “Kalau abang nak lepaskan saya, takpe, lepaskan jelah. Tu yang ibu suka. Syurrga dibawah tapak kaki ibu Fad. Saya ni bukan siapa siapa.”

Aku boleh bayang riak muka Fad macam mana. “Tunggu apa lagi, lepaskan saya!” Sambi tutup muka tu, aku boleh dengar suara Fad tersedu sedu. Aku yakin dia tengah menangis. And Yes! Dia betul betul lepaskan aku. Aku membeku. Walaupun aku yang suruh dia lepaskan aku tapi aku sendiri yang terkejut. Aku betul betul blank time tu. Aku takde siapa siapa kecuali Fad. Aku tak berkerja. Apa dah jadi ni? Ke mimpi je?

Malam tu juga aku kemas kemas barang aku nak balik rumah ibu aku. Fad tengok je perlakuan aku dan tak cakap apa. Aku balik naik uber. Aku rasa malam tu akan menjadi malam kemenangan bagi siapa yang benci aku dalam rumah tu. Takpe, aku redha.

Aku naik turun makhamah dengan perut yang sedang membesar. Kalau kat makhamah, aku try mengelak daripada berselisih dengan Fad. Alhamdulillah. Urusan perpisahan semua berjalan dengan lancar dan beberapa bulan lepas tu aku bersalin ditemani ibu saudara belah ibu.

Tahun 2020. Anakku sudah mencecah 2 tahun. Membesar dengan riangnya. Aku masih janda sampai sekarang. Khabar Fad pun sudah lama tidak dengar. Berkat pertolongan ibu saudaraku, aku sudah mendapatkan pekerjaan. Ketika aku sedang bekerja, Ibu saudaraku yang menolong aku menjagakan anakku.

Mesti pembaca tertanya tanya, dimanakah alasan yang jelas untuk Fad lepaskan aku? Jawapannya, Fad bukan anak drhaka. Syurrga Fad dibawah kaki ibu. Selagi ibunya masih hidup, dia kena hargai.Sekian dan Assalamualaikum.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : KRT via e-kesah

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post