"Diganggu Di Dusun, Baru Nak Tido Tiba2 Dinding Pondok Dibaling" Jelas kedengaran orang berjalan disekeliling pondok


 

Foto sekadar hiasan

Aku pun nak cerita juga la kisah aku ni. Asyik dok komen cerita orang saja kan. Tapi bukan diganggu Jin ifrit laa. Aku Jin lekeh saja tapi jin lekeh pun buleh la tahan juga.

Aku ada beli Tanah Dusun dekat bukit air Perlis nuu. Kawasan tu banyak resort resort yang sudah ditinggalkan. Kosong tak berpenghuni.

Dah macam resort hantu, dah naik hutan belukar disekelilingnya. Ada juga dengar cerita, ada orang yang nak memburu hantu pergi ke sana..

Bangunan bangunan terbiar begitu saja. Sebab apa pun tak pasti sangat. Ada macam macam cerita yang aku dengar. Ada yang cakap resort resort situ berpuaka. Tapi aku tak ambil kisah sangat dengan cerita cerita tu.

Aku bila time cuti, aku selalu pergi tidor pondok Dusun itu dengan isteri aku. Kadang kadang anak akan ikut sekali. Pondok aku pun tak jauh dengan salah satu resort tinggal tu.

Kalau aku pergi, aku mesti tidor di sana. Jadi aku beli la makanan siap siap untuk makan malam sekali. Aku dah banyak kali dah tidor sana, dan tak pernah pula jadi apa apa.

Di Dusun aku tu ada 2 ekor anjing liar yang tugasnya dok jaga dusun aku. Kalau ada babi datang, memang menyalak sakan la dia.

Dalam 4 bulan lepas. Aku pi tidor sana dengan bini aku. Siang mesin rumput, malam aku susun bata untuk buat lantai (seperti dalam gambar)

Dekat magrib aku masuk mandi dalam bilik air. Masa tengah mandi aku terdengar suara perempuan mengilai tak jauh dari pondok aku. Mmang jelas aku dengar mendayu dayu.

Lepas mandi aku tanya isteri ada dengar apa apa ka?. Dia cakap ada dengar pempuan mengilai. Kami buat tak kisah ja. Aku terus masuk sembahyang maghrib..

Lepas makan malam aku sambung kerja aku level tanah dan susun bata. Pukul 12 malam aku, berhenti buat kerja. Lepas mandi aku rilek sejam lebih dekat balkoni sambil kena kopi..

Bila dah rasa mengantuk aku pun masuk tidor. Aku tengok isteri aku dah dibuai mimpi.

Aku pun baring la didalam kelambu cekup yang aku beli dekat padang besar tu. Nak elak nyamuk.

Malam tuu bulan terang. Sunyi, anjing pun tak menyalak macam selalu. Entah pergi mana tak tau…

Tiba tiba tengah baring baru nak lelap mata, Dummmmm!!! ..

Bunyi orang baling benda betul betul tempat tidor aku. Baling tu datang dari resort tinggal sebelah tu. Jarak dinding resort tu dengan pondok aku lebih kurang dalam 30 kaki.

Kemudian.. Dummmm..!!!!

Sekali lagi dia baling. Isteri aku tak sedar dan aku pun malas nak kejut dia nanti dia takut.

Yang peliknya dia baling tepat dengan tempat tidor aku. Macam dia tau saja aku tidor tempat mana..

Kemudian aku dengar orang berjalan keliling pondok…. Drap.. Drap.. Drap.. Drap..

Keliling pondok aku penuh dengan daun kayu yang gugur. Apa lagi sekali dia pijak berderap kuat bunyinya..

“Drap..drap…drap..drap…”

Kalau manusia tak bunyi kuat macam tu. Langkah dia selamba saja tak ada jalan berhenti kemudian berhenti. Dia maintain jalan keliling pondok aku. Tapi bunyi tapak kaki dia tu macam kaki kingkong, derap kaki cukup kuat.

Aku pelan pelan ambil parang panjang yang memang sentiasa aku simpan ditempat tidur aku. Aku berjalan sesenyap yang boleh sambil memasang head lamp (lampu kepala tu) tapi sengaja aku tak on lampu tu keluar nanti baru aku on.

Dengan perlahan perlahan aku buka pintu.

Dekat luar pondok bunyi tapak kaki masih dapat aku dengar dengan jelas. Berderap derap mengelilingi pondok aku. Bila pintu dibuka aku terus menerpa keluar pondok.

Aku suluh tak nampak apa pulak. Pada waktu yang sama bunyi makhluk yang berjalan keliling Pondok aku diam senyap. Suasana kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi deruan angin hutan meniup cuping telinga aku bersama embun pagi yang dingin.

Memang tak lojik pulak. Ada king kong pulak ke dalam dusun aku. Aku terus suluh dengan torchlight keliling dan bawah pondok. Tak kelihatan pulak tanda tanda ada orang atau makhluk lain.

Tak jauh dari tempat aku berdiri dalam kegelapan malam tersergam bangunan resort tinggal yang tingkap tingkapnya ada yang terbuka.

Adakah disebalik tingkap tingkap tu ada susuk tubuh wanita berambut panjang atau pun lembaga hitam sedang melihat tingkah laku aku? wallahualam..

Aku berdiri dihalaman bersama kedinginan angin hutan dan bunyi daun gugur berselang seling bunyi cengkerik malam. Tak lama selepas itu aku pun kembali naik atas pondok aku. Malam itu aku hanya tidur tidur ayam. Mana la tau makhluk tu datang lagi..

Keesokan hari aku periksa kembali dinding pondok aku yang kena baling semalam. Memang takda jumpa kayu atau batu dan dinding pondok pun tak ada pula tanda tanda rosak kena baling.

Walaupun aku diuji macam tu aku masih lagi tidur di Dusun aku untuk berberapa malam lagi sebab nk habiskan kerja aku secepat mungkin. Shukur Alhamdulillah selepas itu aku tak pernah diusik lagi..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :  Asrie Laut via KCHM via edisimedia

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post