"Bila Tahu Dapat Straight A, Ibu Ambil Ira Dari Mama" Hanya 5 bulan jer, lepas tu ibu terpaksa lepaskan


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum warga pembaca sekalian. Sejak akhir ini kita semua agak terkesan dengan cerita duka yang menimpa adik Amir yang meninggal kemungkinan didera.

Cerita adik Amir mengingatkan saya tentang kisah keluarga kami kerana terjadi hampir serupa. Cuma bezanya tiada pend3raan terjadi dan ibu saya adalah ibu tunggal dan tidak berkahwin lain sampai sekarang.

Adik saya (saya namakan sebagai Ira) diberi kepada keluarga angkat ketika berumur 9 atau 10 bulan kalau tak silap.

Alasan diberi kerana ibu baru bercerrai dan tidak mampu menjaga Ira kerana jarak Ira dan saya ketika itu cuma setahun. Ibu cuma seorang kerani dan bekerja jauh dari keluarga.

Atok dan nenek dah meninggal. Pakcik dan makcik pulak semua tinggal jauh. Ayah?? Hmm ayah lagilah tak mampu dengan tidak bekerja dan ketika itu terlibat dengan najis ddah. Memang tak lah.

Allhamdulillah Ira diberi jaga kepada sebuah keluarga bahagia dan sempurna bagi saya. Juga kenalan lama ibu. Latar belakang keluarga baik baik dan senang.

Ira mempunyai mama, papa, kakak dan abang kiranya complete dah. Papa bekerja sebagai kontraktor, mama pulak dulu seorang nurse tapi berhenti kerana nak tumpukan kepada keluarga dan manjaga anak sendiri.

Mama sukakan budak dan menginginkan anak ramai malangnya kerana mama bersalin czer, mama hanya mampu mempunyai 3 anak.

Seperti keluarga Amir kehadiran Ira disambut gembira oleh mereka. Kakak dan abang happy ada adik baru. Tapi saya tak pasti tentang perjanjian ibu dan mama ketika memberi Ira untuk dijaga ketika itu. Yang pasti juga tiada hitam putih.

Setiap hujung minggu kami akan melawat Ira dirumah mama. Kiranya moment perkembangan Ira kami dapat lihat. Dari merangkak berjalan dan bercakap.

Ira pulak ketika itu sangat comel dan tak banyak kerenah. Ketika umur saya 6 tahun. Ibu ditukarkan ke utara.

Ibu ada terfikir untuk membawa Ira bersama kerana nanti kami akan berpisah jauh sebab Ira di selatan. Tapi setelah dipujuk rayu oleh mama, Ira tak dibawa bersama.

Maka berpisah lah kami, huhu. Kadang kadang 5 bulan sekali baru berjumpa. Kadang kadang setahun. Pejam celik pejam celik Ira akhirnya berumur 8 tahun.

Turning point untuk mengambil Ira adalah selepas keputusan UPSR. Ira mendapat straight A. Baru ibu tahu Ira rupanya seorang sangat cemerlang disekolahnya. Budak bijak orang kata. Saya pulak beshe beshe jee. Hehe.

Kemudian ibu memberitahu hasrat untuk mengambil Ira. Alasan ibu sebab kesiankan saya takde kawan kata ibu.

Dengan linangan air mata, mama serahkan Ira. Begitu juga kakak dan abang Ira. Moment tu sebijik macam dalam video adik Amir tu. Saya tengok pon sedih.

Maka tinggallah Ira dengan kami. Saya gembira kot sebab dah ada kawan sebilik tetapi tidak Ira. Dia tak gembira. Huhu. Dia hanya banyak termenung dari melayan saya.

Ibu dah buat macam macam. Belikan buku, mainan, bawak jalan jalan. Ibu layan Ira macam princess untuk buat Ira tersenyum.

Tapi memang betul kebahagiaan tu terlalu subjektif dan tidak dapat dibeli. Tidak dapat dipupuk sehari dua ok. Ira rindukan keluarga dia disana.

Jarak memisahkan, hanya dapat dengar suara. Tiap malam saya dengar Ira menangis ketika tidur. Saya akan cerita pada ibu. Pelajaran dia sedikit merosot begitu jugak dengan berat badan.

Ira selalu beritahu saya mama masak sedap, ibu masak tak sedap. Tapi bagi saya sedap je. Yelah dia dah biasa dengan masakan mama kan.

Lebih kurang 5 bulan Ira tinggal dengan kami. Ibu bercakap dengan Ira dari hati ke hati. Sebelum ini Ira tak pernah meluahkan isi hati. Dia tak pernah mmberontak dan komplen pada ibu. Memang bagus didikan mama.

Ira cuma banyak termenung dan sedih. Ibu tanya Ira, “Ira nak balik duduk dengan mama ke”. Ira diam cuma dia menangis.

Ibu tanya lagi kemudian. Ira cakap dia rindu mama, papa, kakak, abang, sekolah, makanan, bilik dia, suasana dan segalanya yang dia ada disana. Saya nampak air mata ibu masa tu. Tapi ibu tak salahkan Ira.

Akhirnya ibu terpaksa pulangkan Ira demi kebaikan Ira. Kami sayangkan Ira tapi kami terpaksa terima tempat Ira disana bersama keluarga angkatnya. Bukan bersama kami.

Sekarang Ira berumur 20 tahun sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPT di ibu negara. Saya juga, cuma berlainan IPT. Alhamdulillah hubungan kami ok. Sesekali kami akan berjumpa dan lepak bersama.

Saya juga rapat dengan keluarga angkat Ira. Kalau mereka datang melawat Ira mereka pon akan datang melawat saya juga. Hikmah disini keluarga saya bertambah besar. Hehe.

Jadi kesimpulannya kepada parents diluar sana, utamakan lah emosi anak anak lebih dari segalanya.

Seriously saya pernah bertanya ibu kenapa ibu tiba tiba nak ambik Ira. Ibu beritahu masa tu ibu fikir Ira bijak dan mungkin akan jadi aset jangka panjang ibu. Nnti Ira dah kerja dia akan bagi duit pada mama bukan pada ibu.

Tapi nasib baik ibu cepat sedar yang emosi Ira adalah paling penting masa tu.

Seriously saya pernah bertanya ibu kenapa ibu tiba tiba nak ambik Ira. Ibu beritahu masa tu ibu fikir Ira bijak dan mungkin akan jadi aset jangka panjang ibu. Nnti Ira dah kerja dia akan bagi duit pada mama bukan pada ibu.

Tapi nasib baik ibu cepat sedar yang emosi Ira adalah paling penting masa tu.

Seriously guys. So please jagalah anak kita dengan ikhlas untuk medapat keredhaan Allah sebab anak tu amanah bukan bola untuk ditendang kesana kemari.

Kepada adikku Ira, if u read this kak long tetap kakak Ira walaupon kita tak dibesarkan bersama tapi drah yang mengalir adalah sama. Ira adalah adik Kak Long sampai bila bila..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Kak long (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post