"Betapa Gembiranya Aku Dapat Kahwin Dua" Rupanya isteri pertama dah rancang sesuatu buat aku terkejut


Assalam semua pembaca. Kisah ini aku lalui sendiri. Ya, aku sblm ini ada dua isteri. Isteri pertama berpelajaran tinggi dan berjawatan besar, dan isteri kedua lepasan SPM sahaja serta anak yatim sejak usia 16 tahun. Memang aku nikah kedua tanpa izin isteri pertama Tapi aku nikah kali kedua dengan terhormat, bukan kahwin seberang atau tanpa persetujuan keluarga isteri kedua.

Malah, waktu aku bersanding, isteri pertama hadir dan tengok mata sendiri untuk puaskan hatinya. Alhamdulillah isteri-isteri memberi zuriat, dua lelaki dan dua perempuan.

Hubungan memang tidak baik antara mereka, aku akur dan hormat kekerasan hati isteri pertama. Masa berlalu, dan ujian Allah terbukti apabila bisnes perniagaan mulai merosot dan dibeban hutang.

Kesilapan sendiri dengan alpha lalai kemewahan dan lupa Allah. Sehingga tahap aku tak mampu membayar ansuran rumah atau bermewah seperti biasa.

Anak2 masih menjadi keutamaan dan apa yang termampu aku sediakan, aku sediakn utk kedua-dua isteri dan anak aku.

Sampai satu tahap, dah tak mampu dan perniagaan tutup. Aku tidak bekerja dan sekadar niaga cukup makan. Lepas untuk belanja dapur dan bayar rumah sewa.

Memang susah, sehingga keluarga malu sebab penuntut hutang datang ke rumah mencari aku. Malah, ke tahap mengganggu isteri dan anak2. Maka, disini la aku lihat ujian Allah yg Maha Besar.

Seorg isteri diuji apabila lelaki tidak punyai apa. Isteri mula layan acuh tak acuh. Hubunggn sekadar ada duit baru boleh, tak de duit tak boleh. dan aku mula tawar hati.

Maka, isteri pertama menuntut ceraai dalam aku tertekan mencari dahan utk berpaut naik ke atas semula. Apakan daya, malah ibu sendiri menyokong perkara yg diminta oleh isteri pertama.

Paling jengkel, isteri pertama melarang abang bermain dgn kakak, dihina kakak sbb anak permpas.

Hiina yg dilempar mcm hiina aku, mmg aku pd masa tue btul2 rasa hina tapi aku pujuk diri, Allah Maha Besar dan Pengampun. Aku percaya suatu hari Allah akan beri jalan terbaik.

Lagi hina bila dimahkamah, aku lgsg tidak dipandang apa pun kebaikan dan aku senyum tanda kecewa dgn apa yg berlaku. Maka berceraailah aku dgn isteri pertama.

Aku keluar rumah sehelai sepinggang tanpa apa-apa aku bawa selain kain baju demi keselesaan anak-anak kelak. Aku redha dan bergantung pd isteri kedua slps itu.

Isteri kedua, Alhamdulillah walau dihina oleh ibu ku sendiri dan bekas isteri sbg perampas dan tidak berpelajaran, dia lah yg susah pyh berhujan panas dgn aku mencari rezeki.

sama2 susah, sehingga tidur di RNR setiap mlm sbb tiada tmpt tinggal. Mandi dan solat di RNR. Kami susah tidak meminta-minta dan tidak siapa yg tahu. Isteri kedua dgn senyap jual cincin, gelang dan rantai utk aku dan anak2 duduk rumah sewa.

Malah, sebhgn wang isteri kedua suruh beri kpd anak-anak dgn isteri pertama lpskan byr yuran sekolah dan keperluan anak masuk sekolah dulu.

Dia tahu bekas isteri melalak minta duit, dia seakan fhm dan rela hati membantu aku. sbb anak bersama isteri kedua masih belum sekolah dan sekadar tabika shj.

Masa itu, hanya Allah yg tahu betapa mulia isteri kedua yg masyarakat hina sbg perampas pemusnah rumahtangga. Sanggup abaikan anak sendiri, Kakak x masuk tabika demi abg-abg dia.

Ya Allah, aku btul rasa hiba dgn pengorbanan isteri aku. Dan kini, isteri kedua juga yg masak dan mkn bersama anak bekas isteri pertama serta mengajar mengaji dan solat bersama bila aku amik abg-abg bermlm dirumah kecilku.

Anak-anak bermain bersama dan seronok bebas main tanpa sekatan kerana hubungan drah mereka adalah adik beradik kandung sebapa.

Tak kisah la bekas isteri pertama kasi ke tidak, aku dah tak amik pusing apa dia nak cakap. Hati aku dah tak de rasa apa pada bekas isteri lg. sekadar tegur gitu jea bila amik anak, pastu bla jea.

Aku syukur kini dengan rezeki yg ada, aku mampu beli semula rantai emas utk isteriku sbg ulang tahun ke-8 perkahwinan kami, setelah 2 tahun dlm kesusahan pyh hidup membesarkan anak-anak.

Jadi, aku merayu k4um wanita, bkn semua isteri kedua perampas atau pemusnah kebahagian. Aku dah lalui dan aku amat sygkan isteriku walau org hina dia.

Dia tetap senyum dan berkata, “syurga mummy pd Abi dan keredhaan Abi utk mummy..mummy bkn org berpelajaran atau kaya, tapi mummy cuba terbaik utk Abi dan semua anak Abi & mummy..”

Semoga kisah saya menjadi panduan utk semua, bkn status siapa isteri pertama kedua ketiga keempat lebih utama…tapi siapa yg bertahan utk bersama susah senang.

Bkn hanya meminta tapi apa yg kita sanggup beri dgn hati ikhlas demi rumahtangga. Sekian, tq admin.

Aku ingat lagi, dulu abg kata abg takkan dua kan saya. Abg akan sygkan sy sampai bila bila. Tp lps saya ikat & tak dpt mengandung abg tak nak saya dah ke? Abg tahukan, saya perlukan suami disisi saya, saya tahu abg mungkin dah lupakan saya. Abg pun jarang balik & jenguk anak anak. Hmm

Harini anniversary kita, abg tak wish pun. Syg tgk kat fb abg, abg upload pergi makan dgn dia. Happy nya abg. Hmm takpe lah. Mungkin abg terlupa, mana tahu kejap lagi abg balik surprise kan syg kan? hihi tak sbr nya.

Abg.. Ingat lg tak dlu? kita naik motor sama sama sampai anak 2 org, berpanas berhujan. Kita redah je. Abg ingat tak yg dlu kita pergi zoo bwk anak anak, kita amek gambar sama sama. Abg ingat tak? Yg kita gelak kan iman sbb dia kena kejar monkey tu. Lawak kan abg? Mana abg dlu? Syg rindukan abg yg dlu. Kalau ada sesiapa jumpa suami sy, suruh lah dia balik. Sy rindu ni.

Ingat tak dlu, tiap kali abg demam, abg mintak nak bubur syg masak. Sedap kata abg. Kalau abg tak sihat, abg balik lah. Syg masakkan lg utk abg. Abg makan bnyk bnyk tau. Biar gemok hihi

Abg.. syg rindu ni.. raya pun abg raya dgn dia.. syg tak marah, syg cuma rindu… Syg tahu, abg slalu mrh kat syg sbb syg suka bebel.. syg slalu merajuk.. syg suka nangis.. syg janji tak buat dah..

abg balik lah.. syg kesian tgk anak anak.. syg sedih tgk anak anak tnye abg.. baju raya abg pun tak sempat abg pakai lagi.. masih tergantung dlm almari tu.. hmm kalau abg dah tak marah, abg balik tau.. Kalau intan ada baca ni, suruh lah abg balik intan… kakak rindu.. anak anak rindu… Kakak tak marah intan & abg..

Kalau ada yg jumpa suami aku, suruh dia balik.. kami tggu.. Istri mu yg merindui– Insan pilu. Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : IIUM via e-kesah

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post