"Aku Teringin Nak Pakai Baju Canti Raya Ni, Suami Beri RM100 Tapi Baju Yang Aku Nak Beli RM170" Suami tranfer lagi tapi apa yg dia cakap lepas tu sungguh mengecewakan


 

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran sari kisha ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Min Tolong hidekan profile saya ye. Saya ni bagaikan jatuh ditimpa tangga menjelang raya tahun ini. Dah lah saya tak dapat balik kampung halaman lagi, baju raya pun dah tak der mood nak beli disebabkan perangai suami saya.

Baru2 ni laki bagi rm100 suruh beli baju Raya jadi saya pergi la Wangsa walk, semua baju 170 ke atas bila saya bagitau la semua baju harga 170 ke atas tak cukup duit dia transfer 100 lagi.

Then dia cakap tak cukup bayar bil dan lain lain. Sangat mngecewakan. Padahal duit i sinar baru masuk 1900. Tak kan 100 je bajet untuk saya.

Sumpah saya tak pernah pun ada baju baru setiap bulan. Pakaian dalam dah koyak longgar pun saya masih pakai. C0li pun sama. Selagi boleh pakai saya pakai.

Cuma time Raya nak jugak merasa pakai 1 set baru semua. Tapi tak de mood dah bila hsband cakap macam2 lepas trnsfer.

Padahal setiap bulan gaji dia msuk ada je lebih sebab dia mampu pergi game sana sini. Bola la badminton lah. semua tu main berbayar. Kalau btul2 tak mmpu tak kan dia pergi sukan berbayar.

Salah saya ke min? Saya tak pernah ada barang kemas selain cincin tunang, gelang batal air sembahyang dan 1 bentuk cincin masa nikah.

Saya bukan jenis meminta itu ini. Cuma raya saya nak merasa pakai baru amik gambar cntik2 untuk dijadikan kenang kenangan.

Saya ni zalim pada suami ke ? saya keterlaluan ke? Terima kasih sudi share. Saya nk tau juga pendapat isteri2 diluar sana. Terima kasih min. Saya nak juga reward diri stahun skali. Saya stiap hari masa sediakan bekal dia.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, menyakitkan hati pembaca. Baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum, terima kasih admin jika up cerita aku, aku seorang isteri yang bekerjaya, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat manakala suami aku merupakan seorang pengurus syarikat.

Apa yang aku nak confess di sini ialah kadang-kadang aku tengok gaya suami aku, dia agak lokek dengan aku, mungkin sebab aku bekerja.

Tapi sedar kah anda wahai lelaki duit bekerja wanita tersebut adalah hak wanita tersebut dan suami tiada hak untuk mencampuri urusan kewangan si isteri.

Kereta aku suami bayar, rumah half2 bayar, barang dapur, makanan dan etc berkongsi duit kami berdua. Keinginan?

Aku penuhi sendiri, pernah sekali aku malas nak withdraw duit dekat ATM, dan pinjam duit suami untuk beli pakaian, kemudian dia cakap tu hutang nanti bayar balik. Hahahaha aku pun ok je lah.

Aku tak kisah sangat kalau kedekut tu, tapi kadang-kadang sembang kencang nak kahwin 2,3,4 (poligami), kadang-kadang aku wonder suami tak pikir ke keperluan isteri pun tunggang langgang, ada hati nak pasang 2,3,4.

Heh, Aku seriously tak menentang pun isu poligami, kalau berkemampuan, kahwin je lah, kalau asyik mention hari-hari, naik menyampah pulak aku dengar.

Seluar dalam bini pun, bini sendiri yang beli, suruh beli baju niightware sksi2 yang harga 300++, duit tak hulur, mungkin dia ingat beli pakai air liur mungkin.

Si isteri sebenarnya tak maarah nak kahwin banyak ke apa, tapi kami ni tengok lah dari segi si suami tu, dekat si isteri pertama pun layan macam apa lagi, angan mat jenin je lah nak bagi kahwin lain.

Si isteri bertungkus lumus galas tanggungjawab suami mencari nafkah, balik rumah kena kemas rumah pulak yang semak macam tongkang pecah, kena jaga anak, kena beranak,

malam-malam kami yang celik mata menyusu, esok kena bangun bekerja pulak, tak mintak banyak pun sebenarnya, mintak suami hargai penat lelah kami ja, jaga hati dan setia, tak susah pun kan??

Perlu ka nak meniipu message perempuan-perempuan yang bukan halal di sisi tu? Ada orang yang halal untuk di tatap di campur, sibuk cari makan luar, tak faham sangat macam mana pemikiran seorang lelaki ni.

Kalau berkenan cakap, usaha untuk cari nafkah yang ke 2, ni nafkah yang pertama pun dah sesak sesak nafas. Hutang kahwin pun keliling pinggang lagi, ada hati nak kahwin lain. Cermin lah diri tu dulu.

Malas nak berleter banyak, sesiapa yang nak kahwin tu fikir lah empat lima kali, bukan mengenai cinta semata, melibatkan tangunggjawab dan lain-lain aspek lagi. Cinta sahaja tak bagi makan anak orang ye.

Kisah ketiga lagi sedih

Assalamualaikum. Aku menulis sekadar ingin meluahkan rasa. Nak baca, nak komen silakan. Elok berikan pandangan dan elakkan komen berbaur kecaman, hahaha. Aku dah berumah tangga 6-7 tahun. Dikurniakan anak sepasang. Yang sulung sudah 2 tahun 8 bulan. Yang adik baru berumur dua bulan. Keduanya kulahirkan secara czer. Masalah aku ialah suamiku.

Walaupun mmg dia masalah aku. Tapi biaselah aku nak hidup dengan tenang, jadi aku terima sahajalah buruk baiknya. Cumaaa aku rasa aku tak deep in love dengan dià.

Pelikkan dah pun beranak dua, tapi tak semarak cinta gitew. Walaupun sebenarnya dia adalah pilihan aku sendiri. Even dulu² mak aku dah pesan sebelum kahwin. Tak kan lah die.

Aku senaraikan faktor yang buat aku tak de feel deep in love tu. Yang kadang² buat aku sedeh, ksal.

1. Mulanya isu duit nafkah aku. Awal² kahwin ada dia bagi tapi digunakan untuk beli barang dapur. Sudahnya jika tak cukup aku minta lah lagi.

Tapi, lama kelamaan tak bagi lagi duit dia untuk aku. Katanya kalau bagi pun, masih lagi nak minta² duit dia. Haruuuuuu rasanya.

Aku adalah minta cakap baik² dengan dia. Bagilah RM10 setiap hari untuk aku. Buat duit jajan aku lah. Katanya aku kan kerjaaa..

Adoihh pedehhhnyaa hati. Aku cuma ingatkan saja akan duit nafkah aku agar tidaklah berlaku tuntutan diakhirat nanti tapi dia tak tahu ke ekkk.

Dan semestinya aku pun rase nak disayangi dari seorang suami.

Sekarang lagi lah anak yang sulung tu, kuteringin gembirakan si kecil itu setiap kali ku pulang kerja dan ambil dari taska nak belikan die makanan. Tapi tiada duit yang dikirim untuk anak² kepadaku.

Jadi aku pakailah duit ku sendiri. Berat perasaan ni, aku niatkan sedekah untuk anak² tapi sebelah lagi kecewa dengan suamiku. Yang aku harapkan nah ni duit belanje anak² ambillah.

2. Kos pembed3han czer ditanggung aku sendiri. Sesudah merayu dan meminta izin untuk melahirkan di hspital swasta, akhirnya dia bersetuju untuk sumbang RM2000. Total semuanya RM8500.

Aku bukanlah kaya raya yang ada bisnes juta². Kalini aku gadaikan semua barang kemas aku. Ngam RM7000 tambah duit sumbangan dia 2000. Jadi cukuplah bayar kos pembed4han itu.

Tapi aku sedeh pedihhhh setelah sebulan melahirkan, dia beli handphone yang harganya RM2000 something untuk dia. Jadi dia pun tidak lah in love dengan diriku jugà bukan.

Ada duit tapi terimakasih yang loving² pun tidak ada. Cukuplah bouquet bunga pun tak ada. Haaa sedehh. Dia kata belanja makan lagi kenyang. Pada aku makan tu dah mmg dia kena bagi makan kan..

Suamiku ini seorang yang punya hobi, biase lelaki mesti ada duit kalau punya hobi. Pernah dulu dia kata, tak kanlah semua duit dia untkku sahaja. Tapi masalahnya tak ada pun duitnya aku minta². Saakit lagi hati ku.

3. Soal rumah, kami tinggal di rumah sewa, kereta atas namaku, dia tiada kereta, hanya motor sahaja. Tiada hutang. Mmg dia tak suka menambah harta kerana mind set yang bagusnya itu, tidak mahu berhutang.

Dia sudah ada rumah pertama atas namanya, tapi keluarga dia yang duduk dan bayar. Bila aku hendak beli rumah sendiri, permohonan aku tidak lepas kerana hubungan aku dengan suami. Hm bukan aku yang duduk pun.

Katanya masa bujang tak pernah terfikir nak beli rumah bersama isteri.

Oh hoi. Ksiannya jadi isteri dia. Kerana tidak jelas status rumahnya itu, aku fikirkan nanti kahwin bolehlah beli rumah sesama aceeegitew. Yeahhhh sungguh yakinnya aku masa itu.

Last, aku pernah rasa ingin betul berpisah dengannya semasa anak pertama. Rasa tak suka dengannya makin membuak² masa tu. Stress bila permintaan aku selalu diketepikan.

Aku bukan kaki bebel. Bila bincang cakap baik² dengan dia.. Aku selalu terdiam dengan kata² dia.. Stuck..

Pernah dia ajak bincang, kerana perubahan perangai aku. Tapi aku stuck bila dia kata kenapa ko macam ni, ko nak cari lelaki lain ke.

Hati ni tak lah tergamak sangat nak berlaki lain. Laki lain belum tahu perangai lagu mana.

Tapi, sekarang dia menang sebab sudah ada anak, pandai dia layan anak, mandikan, bersihkan berak anak dn bermain bersama anak.

Kali ni aku cuba mengawal perasaan ingin berpisah tu sebab dia bukan kaki pkul, kaki baran. Dan sudah pun ada anak kedua.

Dia bayar pampers, susu, rumah, kereta aku (kereta aku minta dia yang bayar dengan sebab nak bawa anak pergi hspital, nak happy kan aku dan anak² kemana² guna kereta jugà)

Masa tak ada anak, even aku merangkak tidak berduit, aku yang bayar. Dan kereta tu tak lama lagi habis bayar dengan bank. Aku sudah minta, tetap maintain bayar online kepadaku cuma tulis lah duit nafkah isteri.

Jawapannya itulah, nanti dah bagi duit pun.. Minta² duit dia jugà. Apakah dia tak faham duit dapur, duit nafkah dua kategori duit yang tak sama.

Aku, pun ingin bahagia dan dimanjakan sebagai isteri.

Suami kedekut, aku minta RM10 duit jajan dia xnk bg ckp aku dh krja. Aku geram, duit mkn aku pn nfkah dia.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : KRT via e-kesah

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post