"Aku Bersyukur Sgt Bila Bekas Suami Nikah Baru" Bila anak bermalam disana mesti ada kesan pada badannya


 

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum.. Terima kasih Allah swt kerana sudah temukan jodoh untuk bekas Suamiku. Inilah kebebasan jiwa untuk diri ini dan anak.

Syukur penantian bertahun lamanya untuk mendapatkan hak jagaan sepenuhnya dapat dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah swt hanya kerana status bekas suami sudah Berkahwin.

Tak perlu lagi saya bertengkar dengan bekas suami tentang anak. Paling penting tiada lagi kebimbangan dihati saya tentang anak (Beberapa kali pulang dari bermalam dengan papanya, ada kesan luka di badan katanya jatuh.

Kalau lebih dari sekali ada rasa bimbang dihati seorang ibu. Kami pula berpisah kerana keluarga bekas suami. Papanya selalu bawa anak saya ke rumah ibu bapa dia.

Sebelum itu saya bersetuju dengan pihak mahkmah untuk bergilir gilir dengan papanya dalam soal menjaga anak. Saya ketepikan ego saya. Saya tak mahu bersoal jawab dengan Allah kelak.

Saya cuba positifkan fikiran saya, Tapi saya tidak sedar saya sedang mempertaruhkan keselematan anak saya kerana disana dia dikelilingi oleh orang orang yang tidak sukakan saya).

Syukur kini anak berada didepan mata saya. Membesar bersama saya. Saya tidak mahu terus menerus mempertaruhkan keselematan anak saya. Tambahan pula isteri bekas suami tidak menyukai saya. Banyak kemungkinan yang akan berlaku nanti.

Jadi, saya membuat rayuan demi rayuan (Sudah Tak kenal erti letih Masa itu) dengan pihak mahkmah sehingga anak saya berumur 21 tahun untuk tidak mendapat akses bermalam bersama papanya. Hanya mendapat akses lawatan, itupun dikawasan rumah saya, dan akhirnya diluluskan.

Saya bersetuju tentang akses hak lawatan kerana saya masih memahami agama. Dia tidak mahu melawat anak atau tidak, terpulang. Saya berjuang habis habisan demi anak saya.

Apa yang keluarga bekas suami dan bekas suami sendiri lakukan pada saya dahulu sehingga saya dicerraikan, saya serahkan kepada Allah swt untuk membalas. Tidak akan sempurna balasan dari manusia kepada manusia. Tetapi pembalasan dari Allah tidak ada cacat celanya.

Segala tuduhan keluarga dia dan dia sendiri keatas saya yang mengatakan saya ini isteri yang nusyuz, isteri yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu,

Yang setiap hari memaki hamun suami, isteri yang mengalami penyakit Gila, isteri yang jahat, isteri yang menggunakan bomoh untuk mendapatkan kasih sayang seorang suami dan pelbagai tuduhan lagi.

Dia sendiri mengetahui sejauh mana kebenaran dari setiap tuduhan dia ke atas saya. Maka, berurusanlah dia dengan Maha Pencipta.

Saya percaya segala pengorbanan yang Saya lakukan untuk dia sehingga dia boleh berada ditempat sekarang Allah pasti akan membalas dengan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat,

Dan Saya tidak pernah menyesali menjadi isteri yang sanggup bersusah payah dengan suaminya walau ketika senang dia ditendang oleh suami dan keluarga mertua.

Dan isteri baru yang sentiasa rasa tidak selamat dengan saya, mungkin dia perlu tahu, saya tidak berminat dengan suami anda. Jika satu hari saya ditakdirkan berkahwin, pasti bukanlah dengan bekas suami.

Sungguh tidak terlintas untuk kembali. Hinaan mereka kepada Saya, Saya benamkan dalam dalam dalam hati dan fikiran saya. Sekarang tumpuan Saya hanya pada anak dan ibu bapa Saya. Mereka adalah gudang pahala saya.

Benar ada kata kata yang mengatakan, bagi seorang ibu anak adalah segalanya.

Ketika hak penjagaan diberikan kepada seorang ibu, dia merasakan seluruh dunia adalah miliknya meskipun ketika itu dia tidak punya wang walau sesen. Dia tidak kisah kudratnya di curahlan sepenuhnya untuk mencari rezeki yang halal buat anakknya.

Benar, bila berlaku pencerraian, seorang bapa akan sibuk mencari pengganti tetapi seorang ibu akan sibuk untuk membanting tulang.

Hakikatnya, kami seorang ibu yang ditakdirkan bercerrai dengan cara apa sekalipun, sama sekali tidak pernah kisah jika bekas suami berkahwin lagi walaupun mereka mengatakan telah mendapat pengganti yang jauh lebih baik dan lebih hebat.

Kami anggap segala kata kata itu hanya atas niat untuk menyakiti.

Maka, tidak perlu kami peduli. Bagi kami, anak anak adalah permata yang berharga. Kami boleh hidup tanpa suami, Tapi kami tidak boleh hidup tanpa anak disisi.

Jika kami dibuang kerana tidak berharga dan sebagainya, ketahuilah bahawa harga diri kami terlalu tinggi saat kami sedang berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak anak.

Salam sayang,

Single mother of one, Nur Ain

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Nur Ain (Bukan nama sebenar) via IIUMC via edisimedia

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post