"Teringin Sangat Nak Cium Tangan Ibu Mertua" Masalahnya sekarang mertu tak terima saya, dia jadikan sy penyebab perceraian suami dgn isteri lamanya


Mohon Hide Akaun FB ini… saya nak tanya pendapat dan apa yang perlu saya buat. saya berkahwin dengan suami seorang duda anak 2, dan saya seorang janda . Nak dijadikan cerita pengenalan kami singkat kebetulan suami ketika itu baru 4 bulan bercerai.. dan jodoh kami, saya pon dan 2thn menjanda dengan umur ketika itu 29thn.

saya terima jodoh itu bulat-bulat. Alhamdulillah, bila suami mahu memperisterikan saya,kataya tak perlu nak mengenali lebih lama, lagipon sama-sama ada pengalaman. saya tiada anak dengan perkahwinan lama. 

Masalah saya sekarang, bila mertua saya tidak menerima saya, dan menjadikan saya adalah penyebab punca perkahwinan suami saya yang lama cerai.. dan bekas isteri suami, memang baik dengan mertua dan ipar duai sana.. saya ni mcm xde apa2, sehingga mertua sanggup buang suami saya anaknya sebab berkahwin dengan saya.

saya tidak pernah tahu masalah diowg sblum ni.. diowg bercerai sebab bekas isteri minta cerai. tapi bekas isterinya mgkin tak sangka yang suami saya akan berkawih dalam masa baru 4bln bercerai. jadinya dia telah pengaruh ibu mertua saya… saya sedih.. walhal saya tiada kena mengena dengan penceraian mereka dlu.. saya sedih bila suami pon sggup kena buang dengan family sendiri sebab stay dengan saya.

saya teringin nak cium tangan ibu mertua saya tapi saya lansung takde peluang tu dan bila suami pon tak terasa hati nak balik jumpa maknye.dia pon kecewa,, padanya dia xde buat salah besar. dia hanya berkahwin dengan saya. 

Mungkin pengaruh bekas isterinya terhadap ibu mertua saya tu. saya dah cuba pujuk untuk balik.. kami pernah balik jumpa, tapi sayang kami lansung tidak dipandang malah dikatakan akan menghuru harakan keadaan, sejak itu suami tidak mahu lagi balik kesana.. apa perlu saya buat..

Pahala syurga suami dengan maknyer.. bila saya bersuara berkenaan nk jumpa maknyer.. sy terus kena marah.. dia cakap.. Kita ada ALLAH, betul dosa suami dengan maknya.. tapi mak ada pikir tak dosa dengan anak.. 

Pada suami sy xde pon dia rasa buat silap . Hanya kerana dia berkahwin dengan saya dan mungkin bekas isterinya pengaruh ibu mertua saya mengatakan saya puncanya.. sedangkan saya mengenali suami 4 bulan selepas mereka bercerai.. ALLAH… mohon kawan-kawan bagi nasihat dan cadangan yang baik2 .

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : kisahrumahtangga

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post