"'Sindrom Sleeping Beauty' Tidur Sehingga Berbulan-bulan" Gadis 17 tahun hidap 'Sindrom Sleeping Beauty'


Siti Raisa Miranda berusia 17 tahun mengalami sindrom 'Sleeping Beauty' atau istilah perubatan disebut 'Klein Levin  Syndrome'. Siti Raisa  atau lebih dikenali Echa tidur seperti biasa kemudian bangun setelah berminggu- minggu atau berbulan-bulan lamanya. Kejadian tidur yang panjang ini berlaku beberapa kali setahun. 

Ketika pertama kali berlaku, Echa tidur selama 10 hari. Dia tetap tidur walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengejutkannya  termasuklah membasuh muka, diberi bauan minyak angin, diberi makan dan minuman serta digoyangkan badan. 

Setelah beberapa kali kejadian tidur yang panjang, Echa telah dibawa ke hospital namun keputusan scan pada otak beliau menunjukkan keputusan normal. Tetapi menurut ayahnya, kejadian pelik ini  berlaku selepas Echa dilanggar motorsikal. Beliau mengalami cedera di bahagian kepala. Setelah Echa tidur pada waktu yang lama, dia akan bangun seperti biasa dalam keadaan normal. Wartawan bertanya jika Echa mengalami mimpi, dia berkata " dia hanya sekali mengalami mimpi, tetapi  tidak mengingatnya". 

Nama Echa kian popular dan mendapat liputan akhbar di negara seberang. Malahan dia dikenali sebagai Sleeping Beauty Indonesia.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: kisahjalanan

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post