"Gaji Suami Aku Cukup2 Makan Jer, Dia Nak Kahwin Lain Aku Benarkan Dan Tak Marah Pun" Tak lama kemudian madu tiba2 mesej aku


 

Gambar sekadar hiasan. 

Assalam semua pembaca. Soami saya kahwin lain, tetapi gajinya sikit dalam RM1,800. Okaylah, itu rezekinya. Selama saya berkahwin dengan dia, saya bekerja dan serba serbi menanggung keluarga.

Anyway, pendapatan saya tiga kali ganda dari gaji Soami. Kenapa tak marah Soami kahwin lain. Sebab saya sudah malas nak bergduh dengan dia. Saya biarkan saja dia berkahwin lagi sebab mereka pun sudah terlnjur sampai madu saya itu mengandung.

Madu saya itu tak berkerja.Okay, selepas itu saya tak ambil tahu lagi tentang mereka. Bila suami balik ke rumah, saya layan saja seperti biasa.

Tak lama kemudian, madu mesej saya cakap Soami tak berikan dia nafkah duit, susu anak dan dia menumpang di rumah kakaknya.

Dia juga menuduh saya yang menghabiskan duit Soami Infact, saya yang banyak bagi pinjam duit pada Soami , pada anak-anak pula.

Saya ada rumah, kereta sendiri dan anak-anak dimewahkan oleh saya, bawa melancong ke luar negara dan bagai.

Jadi saya balas,“Soami pun tak beri nafkah pada saya, saya redha sebab suami tak banyak duit pun. Kenapa perlu tuduh saya bukan-bukan.

Nikmat 10 minit je. Nah rasakan, tanggung lah dosa sebab tak bagi nafkah.“Dulu awak patut fikir, kalau nak ‘ambil’ suami orang, tengoklah kemampuannya.

Sekarang nak makan hati pula,” kata saya pada madu saya itu.Nasihat saya kepada adik-adik yang bercinta dengan suami orang, tengoklah kemampuan dia dahulu.

Suami saya sekarang tengah pening kepala, tetapi saya langsung tidak mahu membantunya.

Memang fitrah seseorang wanita inginkan dirinya disayangi secara istimewa dan tidak suka berkongsi apa lagi kalau dapat tahu suami kahwin dua.

Berkongsi ertinya tidak istimewa. Namun sekiranya berlaku, perlu ditangani secara bijak dengan hikmah supaya saling menguntungkan antara satu sama lain.

Andainya belum bermadu, kita boleh mencipta diri kita yang mampu memenuhi kebahagiaan suami kita dan ini mampu mengelakkan ruang hasrat suami untuk menambah isteri baru.

Kalau telah berlaku dan kita bermadu, jangan habiskan banyak masa untuk bergduh dan memburuk-burukkan madu kita agar suami kita membencinya dan menyayangi kita.

Memburukkan orang lain tidak akan menjadikan kita baik, tetapi kita perlu berubah melakukan kebaikan kepada orang lain.

Sebaiknya didik hati menerima fitrah ciptaan Allah SWT bahawa setiap kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ada kelebihan pada diri madu kita yang boleh membahagiakan suami kita, malah juga ada kelebihan yang boleh dipergunakan untuk kegembiraan kita.

Saling bahagiakan, insya-Allah bahagia yang dirasai mudah dikongsi untuk kita juga merasa bahagia.

Sesekali terasa hati, itu adalah perkara biasa tetapi cepat-cepat merawat hati dengan kefahaman kita tadi.

Namun dalam situasi berpoligami, suami perlu pegang beberapa perkara ini…

1. Pertamanya, betulkan di hati bahawa tanggungjawabnya berganda berbanding suami beristeri satu.

2. Perkara paling penting, pastikan berlaku adil terutamanya pada keperluan berbentuk fizikal dan material.

3. Masa lebih terhad berbanding beristeri satu. Uruskan masa sebaiknya untuk keluarga berganda dan makin kurang untuk bersama kawan-kawan mahu pun bersendirian.

4. Sedia berkorban dan kurangkan kepentingan diri kerana banyak hati yang perlu dijaga dan mudah terasa.

5. Elakkan sama sekali daripada membanding-bandingkan kelebihan mana-mana isteri atau pun menyebut kelemahan isteri tertentu. Hargai kelebihan masing-masing.

6. Perlulah semakin dekat dengan Allah untuk sokongan kekuatan menjaga dan mendidik dua orang isteri dan lebih ramai anak-anak.

Memang fitrah seseorang wanita inginkan dirinya disayangi secara istimewa dan tidak berkongsi. Berkongsi ertinya tidak istimewa.

Namun sekiranya berlaku, perlu ditangani secara bijak dengan hikmah supaya saling menguntungkan antara satu sama lain.

Haa…. harap encik suami boleh berlaku adil dan bertindak seperti nota di atas. Ingat ya, kalau tak adil… par4h jadinya Hil4ng terus rasa madunya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih

Sumber: IIUM via e-kesah

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post