"Dah 4 Tahun Kami Berkahwin, Tapi Suami Tak Pernah Sentuh Aku" bila di tanya dia ckp blm sedia nk anak


Foto sekadar hiasan. salam admin dan semua warga krt , min tolong hidekn profile saya min .masalah saya sekarang,saya ingin bercer4i dengan suami sbb rasa bersalah kepada madu saya yg tak pernah hil4ng dari 4 tahun lepas . ceritanya begini ,pada awalnya suami saya dah bertunang terlebih dahulu dengan tunangnya selama beberapa tahun,mereka bercinta sejak zaman sekolah lagi , suami saya dulu merupakan abang angkat saya sebab maknya bela saya.

tapi pada tahun tu ibu dan ayah kandung saya kem4langan dan saya telah menjadi yatim piatu , disebabkan mak angkat saya iaitu ibu suami saya pada waktu itu kesiankan saya ,

dia suruh anaknya berkahwin dengan saya atas asbab ibu suami mahu tinggal di luar negara uruskan bisnes selama beberapa bulan dan tidak dpt membawa saya

pada mulanya saya menolak, tetapi selepas saya fikir suami saya pada wktu itu merupakan seorang yg baik dan saya mula suka dan ambil kesempatan ke atas suami ,

saya mula cemburu lihat suami amat bahagia dengan tunangnya pada waktu itu..saya tahu suami saya sgt sygkan tunangnya tu.

tak lama kemudian, lg 3 minggu diorang nak kawen,saya mintak ibu suami kawenkan saya terus dengan suami,

kerana saya tak sabar mahu luahkan rasa sayang saya pada suami,saya fikir suami mungkin akan ada perasaan yg sama mcm saya kerana suami begitu baik dengan saya .

pada mulanya suami menolak,tetapi kerana sygkan ibunya dia menurut juga kemahuan ibunya.

bukan ibunya tak sygkan tunangnya pada waktu tu tapi rasa belas kasihan kpd saya kerana saya yatim piatu dan tiada saudara mara yg lain

hari akad nikah,tunangnya ada..hanya airmata yg saya nampak pada tunangnya , dia hanya memandang saya dengan pandangan kosong dan dip3luk oleh ibu suami saya .

 selepas kawen , suami layan saya baik tetapi suami tetap jumpa tunangnya mcm biasa yelah tak lama lagi mereka juga akan berkahwin dan kami akan bermadu,

saya rasa skit hati dengan suami. tetapi saya lupa bahawa mereka bercinta bertahun2, dalam perjalanan menuju ke mahligai cinta mereka, saya pula yg menjadi pengganggu .

tak lama kemudian mereka juga bernikah sekarang usia perkahwinan kami sama2 menjangkau usia 4 tahun ,

suami baik dan adil tetapi suami tidak pernahdia dan madu saya juga tidak ada anak . sekarang rasa rasa berdosa dengan madu saya,

dulu saya boleh pilih untuk menolak berkahwin dengan suami tetapi saya ada niat untuk merampasnya dari tunangnya pada waktu itu .

suami saya bekerja di luar negara, madunya juga bekerja, mereka sama2 ada master dan bekerjaya dan kedua duanya bergaji besar.

saya hanya seorang suri rumah tidak bekerja kerana suami sering beri duit kepasa saya tanpa kurang walau satu sen malah lebih dr apa yg cukup.

saya juga mendapat giliran bermalam yang banyak berbanding madu saya walaupun pada ketika madu saya susah,

saya mahu suami saya ada disisi saya saja jika dia pulang ke malaysia , saya dah banyak ambil hak madu saya 

banyangkanlah mereka bercinta dahulu, bertunang bertahun lama tetapi saya yg kawen dulu dengan suami saya.

mereka saling mencintai dan kerana itu madu saya masih terima suami . Sekarang saya rasa bersalah,saya ingin berpisah dengan suami tetapi saya tidak kuat kerana saya juga mencintai suami saya,

hanya saya yg suka berebut . saya dan madu tidak begitu baik tetapi madu saya tidak ambil tahu hal saya sgt ,dia hanya uruskan hidup dia.

sepanjang 4 tahun kawen waktu raya saya dan suami beraya di rumah tetapi madu saya pulang ke kampung sendiri yg jauh hanya dengan memandu kereta dan keseorangan, saya rasa puas hati begitu

saya rasa bersalah , saya mahu pergi dari hidup mereka , walaupun suami selalu lebihkan saya , saya tahu cinta mereka telah menang .

kerana cinta mereka begitu suci, suami begitu memahami dan tidak kedekut, madu saya juga seorang yg taat dan baik. tidak seperti saya.

hubungan madu dengan mertua saya iaitu ibu suami juga amat baik. itu saja luahan saya ,jika ada salah dan silap saya.

saya mintak maaf ya warga krt sekalian. saya mahu keluar dari hidup mereka tetapi saya tidak mempunyai kekuatan,

berilah kata2 semangat buat saya . saya mahu suami dan madu saya hidup bahagia. kerana saya bukan seorang yang baik . terima kasih

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber:  KRT via e-kesah

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post