"Angin Satu Badan Bila Mertua Marah Aku, Suami Tak Backup" Dah la kaki perempuan, kaki pukul akhirnya aku nekad


Salam kepada semua KRT. Cerita aku agak panjang tolong baca sampai habis kalau sudi, baca setengah jalan tidak seronoklah. Begini, ini adalah perkawinan aku yang kedua dan aku ada anak 2 orang dari perkahwinan pertama dan 2 orang anak dari suami kedua tapi itu tidak penting . 

Mula-mula aku baru kawin tidak sampai sebulan aku sudah dapat tangkap dia berhubung dengan perempuan lain, dia mengaku dan janji tidak akan ulang lagi. Senang kata aku memang tidak tahu dia ini kaki perempan lah. Pantang nampak perempuan. Untuk diri aku ini, bukan aku hendak puji. Aku memang pandai ber-mekeup, semua aku pandai.

Dari segi berpakaian semua memang okey tidak ada hal. Baik fast forward lah. So tiap2 tahun mesti aku tangkap dia contact perempuan lain sampai berkali kita hendak cerai sudah terus kita berbaik semula mungkin aku sangka dia betul2 berubah tapi sama juga lah. 

Aku pun balas balik contact laki lain tapi tidak ada yang lebih. So bila kita hendak berbaik semula semua aku buang dan bermula yang baru. Suami aku seorang yang panas baran dan kaki pukul. Sikit punya hal boleh jadi besar untuk dia dan aku jenis yang panas baran dan suka pukul balik. So badan aku sudah lali dan tidak kisah.

Pada mulanya, dia terjebak dengan dadah. Baru2 aku tengok dia baik sahaja lah. Tidak ada kecoh macam penagih tapi lama2 makin ketagih dan aku pun sudah takut sendiri. Selalu bertumbuk depan anak2 dan bergaduh hingga polis semua datang. Hari2 aku takut, takut dengan tuduhan dia dan kepala otak dia yang sudah tidak betul itu. 

Aku naik benci kadang2 dengan dia. Jadi bila aku mengandung anak ke 4. Ya allah, dia tidak percayakan ini adalah anak dia Tuhan sahaja yang tahu macam mana aku lalui tiap2 hari aku. Sehinggakan aku beranak pun perangai dia macam Iblis. Dia balik, tidak balik dan itu adalah tabiat dia yang aku sudah biasa. Dia memang sudah buang tabiat perempuan dan firasat aku menyatakan yang dia tiada perempuan.

Cuma dadah telah mengusai diri dia untuk membuat dia berfikiran paranoid. Macam2 dia tuduh aku, aku jual diri, aku bawa jantan balik rumah macam2 lah. Nanti tidak habis aku ceritakan nanti. Nanti malas pula hendak baca. Tiap kali dia balik, tiap kali itu lah aku kena tuduh dan kena pukul free2. 

Sehinggakan aku terpaksa tinggalkan rumah kerana sudah tidak ada cara lain lagi. Aku perlu fikir tentang diri aku dan anak2. Muka dan badan aku sentiasa berlebam dari pukulan yang tersimpati dia itu. Aku selalu minta cerai tapi dia tidak mahu melepaskan aku kerana dia cakap dia sayang aku. Aku cakap kalau dia sayang aku dia tidak akan buat aku mcm ini. Ini bukan sayang.

So bila aku tinggalkan rumah, dia memang mengamuk tapi lama kelamaan dia sedar. Dia sedar salah dan silap dia. zsia pujuk aku untuk balik ke rumah tapi aku tidak termakan pasal aku sudah serik sangat. zzzsudah bertahun aku kena hentam dengan dia. zserik aku ! 

Yang aku tahu aku hendak cerai walaupun anak aku sudah berderet tetapi aku boleh hidup. Hari2 dia akan video call sambil menangis cakap dia sudah berubah. Aku diam saja aku cakap janganlah menangis. Hati aku pun sudah keras sangat. Aku sudah tidak kuasa. Dia cakap dengan aku, dia kemas rumah kerja rumah semua dia buat. Benda yang dia tidak pernah buat sebagai suami dia buat. Aku 50/50 percaya.

Aku pun ada rindu rumah so at times aku balik umah dia pon ada. Memang betul dia jaga rumah dan benda2 macam ini memang dia tidak pernah buat. Dia baru sedar betapa penatnya buat kerja rumah. Lagi2 dia dari kerja balik dan buat semua ini. Aku rasa terharu jugk lah ada perubahan dan cara dia berbual dengan aku pun tidak macam dulu lain sangat.

 Aku perhatikan saja perubahan dia takut setakat hendak ambik hati aku balik dia berlakon tapi memang aku nampk dengan ikhlas, dia berubah dan tiada tanda2 seperti orang ambik dadah. Sebulan lebih aku tidak balik rumah dan bila aku balik rumah aku harap sangat keadaan aku tenang dan tiada pergaduhan.

Alhamdullilah sudah beberapa bulan berlalu. Suami aku yang dulu kaki perempuan dan kaki pukul dan kaki dadah sudah berubah. Aku rasa bahagia sekarang dan dia lebih bertanggungjawab terhadap kami semua. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ,tidak semua masalah harus pergi ke arah penceraian. 

Semua masalah boleh diselesaikan . Suami aku bersungguh2 hendak berubah dan berhenti dadah suatu perkara yang bukan senang untuk buang. Siapa pernah melalui mereka akan tahu. Memang aku hendak cerai dan putus harapan dekat dia tapi hati aku kata beri peluang untuk dia berubah mungkin kali ini betul2 dia akan insaf. Dan tidak akan seperti dahulu lagi.

Aku tidak ikutkan ego dan rasa pendam aku sangat. Kalau tidak memang sudah hancur rumah tangga aku sekarang ini. Kadang2 kita kena beri peluang dan buat sesuatu. Kalau duduk macam itu saja tidak akan jadi apa2 pun. Kadang2 lagi teruk jadi. 

Aku tidak minta negative komen lah. Aku pun sudah cukup dengan kata2 negative. Pasal aku banyak baca suami yang penagih sehingga rumah tangga cerai berai dan untuk pengetahuan awak semua. 

Aku bukanlah jenis perempuan yang masa silam baik. Tidak perlu aku bercerita tapi aku sudah banyak berubah demi keluarga dan sedar itu semua salah dan buang masa. Kalau yakin suami atau isteri boleh berubah dan cara2 dia ikhlas kita berilah dia peluang. Kalau tidak angkat kaki jalan sudah. Sekian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber – kisahrumahtangga

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post