"Alhamdulillah Allah Tunjuk Belang Isteri Saya, Curang Dgn Rakan Sekerja" Bukan itu saja malah dia suami orang yg mempunyai anak



Assalamualaikum warga KRT.Masalah saya, isteri berlaku curang dengan rakan sekerja.Saya berumur 26 tahun, isteri 25 tahun, mempunyai seorang anak perempuan. Alhamdulillah, Allah telah menunjukkan bukti kepada saya tentang kecurangan isteri saya dengan rakan sekerja dia yang juga suami orang dan mempunyai anak. 

Allah telah memberikan banyak nikmat kepada saya dan isteri. Tapi isteri saya tidak bersyukur atas segala kesenangan dan nikmat yang Allah berikan. Saya menjalankan tanggungjawab dari segi zahir dan batin yang cukup kepada isteri dan anak.

Isteri saya mula berlaku curang dengan suami orang ketika kami baru sahaja berjauhan selama 2 bulan ketika saya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sudah buat laporan polis dan juga aduan kepada kementerian tempat isteri saya bekerja (penjawat awam). 

Untuk pengetahuan semua, isteri saya sangat susah untuk ditegur atau dididik kerana terlalu dimanjakan oleh bapa mertua saya. Sejak dari kecil, isteri saya diberikan segala kemewahan dan kesenangan oleh bapa mertua. Isteri saya merupakan anak perempuan bongsu. Sebelum berkahwin, saya tidak tahu yang isteri saya susah untuk ditegur. Setiap kali saya bagi nasihat agama, dia akan cakap tak perlu bagitau dia, sebab dia dah tahu semua.

Saya sudahpun menceraikan isteri saya. Masalah sekarang ialah hak penjagaan anak perempuan kami. Anak perempuan lebih rapat dengan saya. Sekarang anak perempuan hilang selera makan kerana rindukan saya. Berat badan anak perempuan saya dah turun. Isteri saya juga kurang pandai dalam menjaga anak. 

Kalau anak meragam, terus bagi ipad, pasang TV, bukan bagi perhatian dan kasih sayang kepada anak. Peguam saya cakap, biasanya hak penjagaan anak perempuan dibawah 6 tahun akan diberikan kepada ibu.

Macam mana untuk saya dapatkan hak penjagaan anak?

Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih

Sumber – edisimedia

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post