"Aku Bukan Lah Nak Berkira Sangat, Kerap Sangat Kena Keluar Duit Kat Belah Sana" Suami pun satu klau cerita mcm orang kaya


Assalamualaikum min..Mintak hide la ye profile aku ni..Aku pun tak sangka end up boleh luah kat sini, just tak tahu nak cakap dengan sape perasaan geram tu. Kot la ada kata positif yang boleh legakan hati aku kat sini.

Aku ada rasa yang tak puas hati sikit dengan keluarga mertua aku. Hubungan aku okay, aku hormat dan sayang diorang macam family sendiri. Diorang pun okay dengan aku. Cuma diorang suka kacau soal kewangan laki aku. Laki aku ni keje biasa je,keje kerajaan lulusan spm je. Aku pulak tak keje, anak ada 3 orang . Aku berniaga online, untung tu boleh tahan jela biase2.

Aku bukan jenis berkira sangat, aku tak penah kisah pun dulu laki aku berbelanja untuk family dia. Sedangkan aku sendiri pun kalau memang ada rezeki lebih akan belanja mil n adik2 ipar aku, ada yang masih sekolah. Fil aku keje unit bahagian beruniform yang sekarang gaji boleh tahan sebab keje dari zaman muda lagi. Tapi dia ada masalah kesihatan yang perlu belanja besar setiap bulan, dan sebahagian besar dah ditanggung zakat.

Dulu okay lagi, sekarang aku tengok makin menjadi pulak. Hampir setiap minggu laki aku kene belanja family makan kat luar,bukan sikit. Bukan sorang dua,fil,mil,adik2 ipar ada 4, yang 2 dah keje, 2 lagi masih sekolah. Kadang aku tengok seminggu ada sampai 2 kali. Selalu keluar mesti laki aku la yang kene keluar duit. Penah sekali adik ipar aku yang lelaki dia nak pegi bayar,mil aku boleh suruh laki aku jugak pegi tolong bayar sekali, mil aku cakap kesian adik tu bukan ada duit sangat.

Adik ipar tu serius takde tanggungan ape sangat pun,rumah pun duduk dengan parents lagi. Tapi kenapa dengan laki aku diorang tak penah kesian?aku ni yang kesian kat laki aku, sebab aku taw kewangan keluarga kitorang. Kalau bukan time gaji,dan bukan memang laki aku yang ajak keluar, selalu aku la yang pegi keluar duit. Anak2 nak membesar, asyik nak makan je. 3 4 hari sekali mesti aku kene keluar sendiri carik keperluan dapur n anak2.

Kalau memang laki aku takde niat nak ajak beli barang, aku cakap barang kt rumah habis pun dia buat tak dengar je. Duit aku berniaga bukan dapat menyimpan or beli barang yang aku nak. Memang habis dok belanja utk rumah dan anak je. Aku ada buat pinjaman dengan laki aku untuk modal berniaga dulu, tu pun dia yang beriya suruh, bukan aku nak sangat, dia yang buat loan kat bank. Tiap2 bulan aku kena bayar kat laki aku siap interest untuk dia lagi.

Family dia ingat aku ni tak keje, so anak dia ke yang tanggung semuenye, ape ingat menantu diorang ni senang sangat la dok rumah je. Memang la tak nampak aku ni carik duit, aku berniaga online. Penat jugak kadang tak cukup tdow menghadap hp je. 

Bukan setakat belanja makan,kadang nak mintak duit ke, suruh laki aku bayarkan ape2 ke,memang laki aku la target diorang. Kadang kalau laki aku nak belikan aku hadiah ke,mesti mil aku nak mintak jugak. Last aku yang mengalah,aku cakap tak ape la belikan untuk mil aku je. Sebab aku memang kesian, banyak lagi kewangan laki aku nak pikir. Bayar rumah,kereta,motor,anak sekolah,pening laki aku nak pikir.

Aku yang duduk serumah dengan dia aku taw la. Laki aku pun kadang ego,depan orang lain senang cakap macam banyak duit. Dengan aku pun sama, mentang2 memang nampak nyata dia je yang keluar keje, dia ingat aku tak pening carik duit. Dia ingat memang dia support full la rumah,anak,aku sekali . Dia selalu busy,so kalau ape habis memang aku keluar beli belanja sendiri. Kadang dapat claim,tu pun kena cakap. Kalau aku senyap dia pun senyap la, tak tanye pun berapa aku keluar duit belanja. Kadang aku tak berkira,bagi aku tu cara ringankan beban dia sikit la.

Tapi family dia macam tak ambik kisah, macam kitorang ni orang kaya. Aku ni kadang laki aku ajak makan kat luar pun aku tak nak,makan kat rumah simple pun tak apela, janji berjimat. Aku tak benci dengan keluarga mertua aku,aku syok je kalau jumpa diorang, cuma dalam masa setahun ni dah aku penat kalau setiap kali jumpa akan ada soal duit yang keluar. 

Penat nak tengok tak habis2 laki aku yang kene keluar duit,even kat rumah mertua tu ada 3 orang lagi yang bekerja. Kalau laki aku memang gaji besar aku tak kisah, tapi hidup kitorang pun cukup2 je sekarang ni. Duit belanja dapur rumah mertua pun laki aku ada bagi jugak. Kadang fil aku pun bising2 mintak laki aku belanja soal kereta dia la,dia kene saman pun mintak laki aku jugak nak settle. Padahal laki aku saman dia sendiri pun tak berbayar ..

Serius aku kesian dengan laki aku,sebab dengan aku boleh dia luahkan dia pening perangai mak ayah dia yang tak faham gaji dia bukan besar. Tapi family dia memang nampak anak dia tu kaya kot. Entahla, aku just berharap makin terbukak luas la rezeki suami aku sebab selalu belanja parents dan adik2 dia. Dan berharap hilang rasa sakit hati aku terhadap keluarga mertua aku, aku sayang diorang. Semoga Allah mudahkan urusan keluarga kami.

Dah Baca, Jangan Lupa komen Dan Sharev Ya. Terima Kasih

Sumber: kisahrumahtangga

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post