"Yatim Piatu Sejak Umur 10 Tahun" kanak-kanak ini terpaksa sara diri sendiri


 

Zaman kanak-kanak sepatutnya merupakan waktu untuk bersuka ria, bukannya masa untuk bersusah-payah fikir tentang kehidupan

Namun begitu, itulah realiti yang perlu dihadapi oleh Dang Van Khuyen yang berusia 10 tahun dan berasal dari Vietnam apabila dia harus menyara dirinya selepas tinggal sebatang kara.

Kisah tragis kanak-kanak ini dikongsi oleh Mothership yang menceritakan bagaimana dia memilih untuk menyara dirinya sendiri dan menolak untuk menjadi anak angkat.

Ibunya meningg4l dunia semasa dia masih kecil menyebabkan dia tinggal bersama neneknya di kampung

Ayahnya pula pergi bekerja di bandar dan akan mengirim wang setiap bulan. Dia juga turut bersekolah di kampungnya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu ditimpa malang apabila ayahnya meningg4l dunia akibat kema1ang4n di tempat kerja

Lebih menyedihkan apabila mereka juga tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa pulang jenaz4h ayahnya untuk disemadikan di kampung. Mujurlah ramai yang membantu termasuklah kerajaan negara itu menghulurkan bantuan dan akhirnya ayahnya dapat dibawa pulang.

Selepas ayahnya, neneknya pula meningg4l dunia kerana sakit tua

Terdapat dua versi mengenai kisah nenek kanak-kanak tersebut, ada yang melaporkan bahawa neneknya meninggalkan Van Khuyen seorang diri kerana berkahwin lain dan duduk di kampung seberang.

Namun, kisah sebenar akhirnya terungkai apabila dikhabarkan bahawa neneknya meninggal dunia kerana sakit tua. Selain itu, dipercayai bahawa ahli keluarga lain kanak-kanak itu juga menolak untuk menjaganya membuatkan dia memilih untuk tinggal seorang diri.

Kanak-kanak itu kini hidup dengan berkebun dan ihsan jiran-jiran sekeliling. Dia dikatakan menanam ubi di kawasan rumahnya dan mencari pucuk buluh sebagai sumber makanan harian. Selain itu, jiran-jiran juga akan menghantar makanan kepada kanak-kanak tersebut.

Sebenarnya, ramai yang ingin menghulurkan kepadanya namun Van Khuyen memilih untuk menyara dirinya sendiri dan menolak untuk dijadikan anak angkat.

Selain itu, dia juga masih lagi meneruskan persekolahannya dan dikecualikan daripada membayar yuran.

Kecekalan kanak-kanak ini sememangnya sangatkan menginsafkan. Semoga dapat dijadikan pengajaran!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Says.com via majalah perdana via celevillage

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post