"Semua Yang Terjadi Adalah Kifarah Bagi aku" Kenap aku cakap mcm tu...sebabnya


 

KISAH PENGAJARAN! AMBIL IKTIBAR!

Salam admin yang baik hati lagi bijaksana. Aku ada cerita untuk dikongsikan. Boleh dijadikan pengajaran dan iktibar buat perempuan-perempuan dekat luar sana tu yang terfikir nak scandal dengan suami orang atau ada niat nak menyondol suami orang. Malah, juga buat para suami yang terfikir nak pasang spare tyre kat luar atau nak pasang stok geli-geli dekat luar. Hide FB ni.

Aku bukan nak bukak aib diri aku atau suami aku. Lagipun aku pakai fake facebook account. Bukan akaun aku yang betul. Aku perkenalkan diri aku dulu ye min. Aku dah nikah. Hampir 2 tahun dah. Umur aku awal 30-an. Aku isteri yang bekerjaya. Belum dikurniakan anak lagi. Suami aku umur awal 30-an jugak. Bekerja sendiri (bisnes). Dua bulan lepas suami aku kantoi ada perempuan lain. Dia gelar perempuan tu stok geli-geli dia je. Tak serius pun. Hampir 3 minggu jugak aku suruh dia tidur luar.

 Pakai makan dia aku tetap jaga seperti biasa. Dan itu bukan kali pertama dia kantoi. Kali ke-3 dah kot sepanjang 2 tahun nikah. Dan kali berapa entah sejak dari kitaorang bercinta. Sekarang ni kitaorang dalam proses kaunseling. Sebab aku bagitahu laki aku yang aku nak mohon fasakh. Dia menangis, melutut kata dia masih cinta dan sayangkan aku. Dia kata perempuan-perempuan yang dia pasang tu semua stok geli-geli dia je. Tempat dia bayar ‘bil air’ di kala aku tak dapat bagi dia (sebulan dalam 7-9 hari je pun sebab masalah perempuan). Dan perempuan terakhir jadi stok geli-geli dia jumpa aku merayu untuk tarik balik percubaan aku untuk dakwa dia sebagai orang ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga aku. Lagi satu, perempuan tu tak nak tunang dia tahu. Ikut kejam aku, aku nak teruskan je niat aku. Bila dia cakap ayah dia ada heart attack, aku tak jadi teruskan. Aku jadi kesian dengan ayah perempuan tu.

Bila fikir balik apa yang terjadi, aku anggap semua terjadi ni adalah kifarah untuk aku. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya aku juga pernah buat macam ni zaman-zaman muda aku. Aku pernah buat scandal dengan suami orang. Cuma aku jadi scandal sebagai escort girl je. Teman diaorang berhibur di karaoke, kelab malam, main golf dan kadang jumpa client. Menyamar jadi PA. Aku taklah sampai ke bilik hotel. Tapi aku tahu, apa aku buat tetap salah. Cuma aku dibagi kekuatan untuk tidak bagi segalanya pada diaorang. Aku akui, ada yang sanggup bayar berkali-kali ganda untuk layan diaorang dalam bilik tidur. Aku tolak. 

Masa tu aku asyik fikir HIV, mengandung dan penyakit kelamin. Sebab tu aku tak berani nak buat lebih-lebih. Aku berhenti buat semua tu sebelum aku kenal suami aku. Itupun disebabkan scandal aku yang terakhir adalah kawan ayah aku. Dia tak tahu yang aku adalah anak kawan dia pada mulanya. Dia tahu sebab dia nak tulis cek untuk bagi dekat aku. Dia tengok nama betul dan alamat aku dekat IC. Dia terus tanya siapa ayah aku. Sebab dia cam alamat rumah. Walaupun dia dah tahu aku anak kawan dia, dia masih nak teruskan hubungan kitaorang. Tapi, aku yang tak nak. Malu beb. Itulah scandal aku yang terakhir dan aku cuci tangan serta taubat. Malah dari free hair, aku bertudung.

Dan sekarang, aku sedar. Tuhan sedang membalas semua kejahatan yang aku pernah lakukan. Aku redha jika benda ni adalah kifarah di atas semua kesilapan-kesilapan aku yang lalu. Semalam, aku solat berimamkan suami aku. Dalam doa dia, dia doakan rumahtangga kami kekal hingga ke Jannah dan dia bersumpah tidak akan melakukan laki kecurangan-kecurangan tu. Ni kali pertama aku tengok suami aku menangis teresak-esak sampai nafas pun sangkut-sangkut. Aku sebak. Tipulah kata aku tak sebak. Masa taip confession ni, aku dekat pejabat.

 Aku fikir balik segala-gala apa yang terjadi. Aku fikir balik kesilapan-kesilapan yang aku lakukan dulu. Inilah balasannya. Dan aku? Memaafkan suami aku untuk kali ke berapa entah. Dan aku cuba untuk menerima apa yang terjadi ni adalah balasan dari Tuhan untuk aku. Tadi suami aku call. Dia cakap balik nanti dia nak sumpah junjung Al-Quran. Dia akan sumpah junjung Al-Quran takkan ulangi lagi kesilapan dia dan takkan pasang scandal, spare tyre atau stok geli-geli lagi. Aku tahu, setiap perbuatan kita, ada balasan yang akan diterima. Cuma cepat dan lambat je. Sekarang ni akhir zaman, balasan dibayar “tunai” terus.

Kepada perempuan-perempuan bujang diluar sana, ada niat nak sondol suami orang? Ada niat nak scandal ngan suami orang? Ada niat nak jadi stok geli-geli suami orang? Fikirlah balik. Sekarang ni awak seronok buat camtu. Esok lusa, bila awak dah nikah. Suami awak buat benda yang sama, baru awak sedar. Apa itu sakit, apa itu kecewa, apa itu sedih, apa itu marah. Sebelum awak nak marah suami awak, fikirkan balik apa yang telah awak buat di masa silam. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Suami orang ni memang romantic, sweet, pandai berjanji, pandai berkata-kata. Tapi percayalah, awak hanya stok geli-geli dia je. Tempat dia lepaskan “hajat”. Dia burukkan isteri dia dekat awak. Tak mustahil kalau dia nikah dengan awak, dia ulang balik perbuatan yang sama. Dengan perempuan lain, dia burukkan awak pulak.

Kepada lelaki (para suami). Sekarang ni awak seronok buat macam ni. Pasang sana, pasang sini. Di kemudian hari, orang buat benda sama pada anak atau adik perempuan awak. Tak pun ayah awak buat benda yang sama sehingga mengecewakan mak awak. Baru awak tahu apa yang isteri awak rasa. Kalau awak (suami) ada niat nak pasang spare sana, spare sini. Ceraikan isteri tu dulu. Jangan bawak penyakit balik rumah. Jangan menyunting anak perempuan orang kalau awak belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Jangan sunting anak perempuan orang kalau awak tak puas berseronok. Dan satu lagi, kepada para suami yang isterinya ada pasang scandal lain di luar. Tinggalkanlah perempuan tu. Cuba dapatkan hak penjagaan anak. Jadikan alasan sikap dan perangai si ibu alasan untuk dapatkan anak. Biar dia tahu apa makna penyesalan.

Kepada para isteri. Kalian adalah wanita hebat. Kepada yang masih lagi boleh menerima buruk sang suami (kaki perempuan), kalian memang kuat dan tabah! Kalian memang wonderwomen. Tahniah untuk kalian. Kepada para isteri, jangan mengharapkan semua dari suami. Berdikari. Buat persediaan dari segi mental, fizikal, emosi dan kewangan untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang mendatang. Kalau suami bagi duit belanja. Simpan sikit-sikit. Ni pun pelaburan di masa akan datang.

 At least, kalian ada sumber kewangan jika ada sesuatu yang berlaku. Itu sangat-sangat penting. Dan lagi satu, kepada para isteri yang perangai tak semenggah (ada suami tapi ada hati nak pasang scandal/memang dah ada scandal), korang memang perempuan sundal. Dah ada suami yang baik (kalau suami baik), pun masih lagi nak berpasang-pasang lain dekat luar. Kang kena tinggal dengan laki, meroyan tak tentu pasal.

Setakat ni jelah yang aku nak kongsikan pada pembaca-pembaca semua. Maaf panjang berjela. Aku dah sedia untuk dikecam. Aku dah sedia untuk dimaki. Thanks sangat-sangat admin kalau kau post confession aku ni. 

#AkuInsanYangPenuhDosa

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan share Ya. Terima Kasih

Sumber – kisahrumahtangga

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post