"Selepas Berkahwin Semua Saya Ada, Suami Pula Perfect" Tiba2 kekasih yg pernah aku sayang datang dalam hidup aku


Assalamualaikum semua. Saya cuma nak mintak pendapat, dan motivasi dari KRT.

Saya sudah berkahwin, 3 tahun. Suami saya sangat sempurna, memang saya ni nak dikatakan lawa taklah, tapi saya banyak kawan lelaki. Sebelom kahwin, memang lebih dari 7 kali kantoi saya curang dengan suami. Sebab saya fikir saya muda dan tak expect nak serious dalam hubungan.. 

Tapi suami tetap memaafkan, kumpul duit jual moto semua sebab nak kahwin dengan saya, nak grab saya supaya tiada siapa boleh ganggu saya. Die terlalu sayang kan saya…… Skrg lepas berkahwin alhamdulilah suami mula senang, Macam macam yang saya nak mesti suami turutkan. 

Mungkin ini rezeki anak atau pengorbanan sebelom ni dia laku kan? Kami ada anak 1. Yg berusia 1tahun, dia la yang membuat susu disaat saya sedang tidur. Melayan kerenah anak tengah malam walaupon dia esok pagi kerja. Masak, kemas rumah bila saya ckp saya tak larat. Ya…. Dia perfect!

Lately ni, ada bekas kekasih saya yang saya sayang. Sayang sangat! Datang balik cakap dia rindu and sampai sekarang tak boleh lupakan saya. Saya pon memang tak boleh lupa kan dia….. Dia ckp kalau saya single, dia rela tinggalkan isteri nya untuk saya sebab sayang dia dengan saya terlalu dalam. Dia pon sudah berkahwin dan anak dia ada 1 juga.

 Saya contact dengan dia, dia akan tunggu saya. Dan sekarang ni kasih sayang saya lebih dekat dia dari suami saya sendiri. Saya rasa berdosa sgt saya tahu apa saya buat ni salah saya nak jujur dengan husband, saya tahu husband boleh maafkan saya, sebab sebelom ni banyak kali dia menangis disbbkan kesalahan yg sama saya buat, tapi saya tak sanggup. 

Saya tak sanggup tengok dia menangis lagi. Sbb sebelom kahwin je saya buat perangai, lepas khawin saya taat sgt pada suami, sampai kan kawan rapat saya, saya buang. No more lepak, no more shopping dengan kawan kawan, ni semua sbb saya nak dgn suami setiap masa. Tapi setelah dia dtg balik…….

Saya lemah. Saya kesian dan sayang kan suami, tak ada lagi suami yang se perfect dia jika suatu hari nanti saya mintak untuk dia tinggalkan saya…… Yg buat saya berat nak lepas kan dia, dia anak yatim piatu, dia selalu malam malam sebelom nak tidur dia akan cium saya and cakap “daddy ada awak dengan anak je, korang semangat hidup daddy untuk terus kan hidup” subhanallah. 

Saya menangis memikir kan kenapa hati saya berbelah bahagi. Suami saya dugaan hidup atau jodoh? Ya allah, jika dia jodoh ku, pulihkan lah hati ku untuk menyayangi dia balik, seperti sedia kala. Jangan la kau berbelah bagi kan kasih syg ku ini. Berdosa nya aku ya allah… Saya perlukan nasihat untuk saya terus bersama suami dan anak, bukan kritikan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber –kisahrumahtangga

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post