"Isteri Penjawat Awam Dan Seorang Yang Bertanggungjawab Sebagai Isteri" Satu hari bila aku nampak buku bank isteri aku terus naik marah


Utk admin, tolong hide profile. aku guna FB adik aku. Nama aku A, bekerja dlm bidang O&G sebagai seorang Jurutera. berkahwin 2012, lebih kurang 5tahun lalu. Aku takde masalah rumahtangga yg serius. tapi aku cuma nak minta pendapat korang macam mana cara nak selesaikan masalah isteri aku yang taknak guna duit nafkah yang aku bagi kat dia.

Isteri aku seorang Penjawat awam. kami belum ada rezeki untuk menimang cahayamata. isteri aku boleh dikategorikan sebagai yang sempurna bagi aku, dia jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, anak, hamba Allah yang sangat baik. 

Alkisahnya macam ni, pada waktu cuti hari tu, lepas aku hantar isteri aku pergi pejabat dia. Aku terjumpa satu buku akaun bank atas nama isteri aku yang mempunyai jumlah yg agak lumayan. tapi yang aku peliknya, jumlah tu adalah sama jumlah nafkah utk kperluan dia yang aku serahkan kepada isteri aku pada setiap bulan.

ntah tiba2 kenapa aku rasa marah bila aku tau isteri aku tak guna duit nafkah yang aku beri tu. aku rasa tercabar. petang tu, masa aku jemput dia aku cuma blagak cool. tapi sebenarnya aku marah. isteri aku mungkin perasan yang aku tgh marah. isteri aku ni suka bceloteh. tapi ptg tu, setiap pertanya yang diajukan, aku tak jawab langsung sehingga sampai rumah. sampai rumah, dia trs sediakn air minum ptg utk aku sementara aku naik ke bilik mendapatkn buku bank tadi.

aku trn ke bawah, dada aku dh berombak mnahan marah. aku panggil isteri aku. muka dia agak letih. bnyk keja agaknnya. tapi aku harus tau kebenaran. aku tunjuk buku bank kepada isteri. isteri aku tergamam. aku tnya dia simpan duit apa. dia jawab yg semua simpanan tu adalah duit nafkah yang aku bagi setiap bulan termasuk duit bonus yg aku serahkn utk dia. 

Aku tnya, kenapa dia tak guna semua duit tu. sedangkan duit tu hak dia. yang buat aku marah. dia blh kata, duit gaji dia pon cukup utk belanja rumah. aku tak sengaja tengking dia. aku kata, duit nafkah tu utk beli keperluan dia. pakaian dia, segalanya utk dia. sedangkan aku dah peruntukan sekian jumlah untuk keperluan brg asas kat rmh tu. 

Tapi boleh dia tak guna. aku rasa dia ego. dia tak nak guna duit aku. dia ckp, keperluan dia dh semua cukup guna duit gaji dia, even rumah yg kami tinggal ni pon aku sediakn sebelum kahwin ngan dia. aku nak tuka keta dia yang buruk tu pun dia tak nak. keta aku boleh smpi flat batteri bila aku trn laut. dia langsung tak guna keta aku. tak pasal2 aku kena buka bateri bila trn keja.

aku btl2 panas. malam tu, aku tido bilik sebelah konon nak protes isteri aku. aku ada jugak dengar isteri aku ketuk. tapi aku biarkan. bagi aku isteri aku salah. so, blh tak bagi cara macam mana nak buat isteri aku tu guna duit nafkah yg aku bagi tu. aku dah tanya kenapa. jawapan dia tetap sama. patut ke aku suruh isteri aku berhenti keja. sebab aku memang mampu nak sara dia. korang nak kecam, korang kecam la. thanks Admin.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber –kisahrumahtangga

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post