"Isteri Bersalin Anak Pertama Tanpa Suami" Aku kagum dgn isteri aku, malam tu aku lepak lambat balik


 

Assalammualaikum admin..tlg hide profile saya ye..terima kasih…Tujuan sy menulis nukilan ini bukanlah untuk meraih simpati apatah lagi meminta pertolongan kepada anda semua…Namun luahan ini terpaksa sy luahkan kerana sudah tiada lagi ego pada insan bergelar lelaki@suami ini…

Hayatilah kisah pahit sy skrg ini…yang baik jadikanlah teladan…yang jahat mintaklah dijauhkan..moga allah ampunkan semua dosa dosa sy yg lepas….nukilan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa apetah lagi untuk menegakkan benang yang basah…cuma luahan hati dikala semua insan bersama keluarga tercinta tetapi sy tersisih semua itu diatas kesilapan dan keegooan sendiri… Sy seorang suami berumur 32 tahun juga bapa kepada dua orang puteri yang sangat cantik.usia perkahwinan kami sudah 4 tahun. Sy tidak berkerja tetap…hanya freelance dan juga makan profit dari hasil hasil kerja kerja kontraktor.

SEpanjang 4 tahun ini sy tinggal bersama ibu dan bapa mertua serta adik adik ipar sy…xlah ramai tp agak selesa jugak la…sepanjang tempoh itu ada juga sy menyewa tapi sebab duit tak cukup..maka pindah balik ke rumah mertua.. Selama tempoh 4 tahun isteri sy sentiasa menutup aib sy pada semua ahli keluarga dia…mcm2 alasan dia berikan…semata mata mahu menjaga nama dan maruah sy… Ibu dan ayah mertua sy juga baik…xpernah berkata apa2…hanya diam dan melihat sahaja setiap perbuatan sy…selama 4 tahun….bukan sekejap…sudah lah sy tidak berkerja…makan minum sentiasa xputus…tp bukan lah sy mengambil kesempatan…dikala ada payment2 yg masuk. Sy keluarkan juga duit belanja..ajak berjalan…cuma nya saya malas mencari kerja tetap…

Segalanya bermula disini…pada tahun 2015 sy menjalankan satu bisnes sendiri yg memerlukan beberapa dana dari pelabur di dalam syarikat sy…pelabur tersebut terdiri daripada kawan2 saudara mara dan juga mereka yang mengenali sy….lebih kurang 70k juga jumlah keseluruhan yang terkumpul…tapi sayang……semua duit itu hangus dalam satu pelaburan yang sy ceburi…. Maka bermula lah satu episod hitam dalam hidup ini….

Dipendekkan cerita…sy berhutang keliling pinggang…isteri sy sudah bermacam2 loan yg dibuat untuk melangsaikan hutang sy….sehingga dia pown xmampu menolong sy…hutang loan dia juga sy xmampu bayar…dalam masa sama sy pula mengenali judi mesin…bukan untuk menang besar…bukan ketagih…tp untuk membayar hutang…tp allah masih syg sy….sy belum jauh terjebak….. Semua rahsia2 sy terbongkar…ada beberapa perkara yang sy sembunyi dari isteri sy berkaitan hutang juga terbongkar cuma alhamdullillah sy xde berhutang dgn along..

Maka sy dgn isteri bergaduh besar…sehinggalah semua ahli keluarga tahu cerita…. Selang selepas beberapa hari, sy bergaduh dgn isteri, isteri sy suruh sy keluar rumah…sy akur tp sy xmarahkan isteri sy…perempuan mana yg sanggup bela bangkai hidup mcm sy…siapa boleh tahan dengan apa yg sy dah buat….dalam masa sama sy ada berhutang dengan seorang yang tinggal berhampiran dengan rumah ibu mertua sy…die pangkat pakcik jugak. Sudah hampir 50an..die jugak bukan calang2 org…ada nama dan kebanyakkan org mengenali dia…habis malu keluarga isteri setelah tahu sy berhutang dgn pakcik tersebut….bertambah2 lah marah mereka pada sy bercampur meluat dan benci…tp sy xsalahkan mereka…sy mengaku sy salah…..

Saat saya membawa diri keluar saya tak bawa satu baju dan duit pun kerana sangka saya isteri saya akan cool dalam satu dua hari, tp jangkaan sy meleset…kali nie isteri sy dah xboleh menahan sabar lagi…tp betul lah letak lah wanita mana pon xkan ada yg boleh tahan…silap2 awal lg dah minta cerai… saya kagum dengan ketabahan isteri saya, waktu mengandung anak 1st malam malam saya tiada diarumah melepak balik lambat biar dia sorg2 …mengandung anak kedua ada org cari2 sy mintak pulangkan duit…waktu dalam wad bersalin tunggu due…setelah 4 hari sy kat luar…allah jentik hati ini untuk sy kenali diri sy yg hina ini…jijik..dan menyusahkan org….. Sy bertaubat dengan apa yg sy telah lakukan..sy benar2 insaf dengan segala kesilapan sy…masuk hari ini khamis..sudah tiga minggu sy tidur merata2… Alhamdullillah isteri ada beri pakaian dan sikit duit makan dikirimkan kepada abg dia..abg dia hantarkan pada sy..

Berbalik pada pakcik sy berhutang tadi…sepatutnya sy membayar hutang pada 15/3/2017. Namun Allah maha mendengar…skrg satu sen aku tak ada…cukai jalan kereta mati..aku xboleh bergerak…kenapa xcari kerja biasa? Kerana setiap bulan komitmen aku agak tinggi…hampir 5k…alhamdullillah pakcik tersebut faham akan keadaan aku…die xkesah pasal hutang tersebut…kerana dia bersyukur bila dia tau aku dah bertaubat dah sembahyang dan aku cari jalan untuk selesaikan masalah aku dengan bermula bawa grab car….cuma ketika ini aku tgh usahakan mencari duit untuk hidupkan roadtax kereta aku…in sha allah minggu depan aku boleh mula berkerja…

Bagaimana dgn isteri aku…alhamdullillah berkat doa dan sembahyang yang aku mula lakukan allah lembutkan hati isteri aku untuk memaafkan aku dgn syarat aku mesti buktikan pada dia aku benar2 insaf dan ingin berubah….walaupon pada hakikatnya mungkin ada mereka yang berdekatan isteri aku…mengatakan isteri aku bodoh kerana masih terima aku……namun isteri aku lebih fikirkan nasib anak2 aku yg masih kecil…kalau ikutkan isteri aku sendiri dia pown xsanggup terima aku selepas apa yg aku dah buat….tp dia xnak fikir pasal diri dia…dia fikir pasal anak2…

Keluarga isteri aku.? Tiga minggu aku merempat diluar….makan nasi yang bangla masak…tidur tak tentu hala…mandi 2@3hari sekali….duit lgsg tak ada….betul aku bersalah..betul aku malukan korg semua…tp aku pon manusia biasa…punya hati dan perasaan…..aku xmintak duit korg dah kerana aku tau aku masih berhutang pada salah seorg adik beradik isteri aku….aku berjanji akan aku langsaikan…..betul semua sakit hati atas apa yg aku dah buat pada isteri dan keluarga korang…aku mohon maaf kepada semua…aku akan buktikan aku benar2 ingin berubah…

Cuma satu je aku mintak…hantarlah satu pesanan bertanyakan khabar aku….aku redha dgn keadaan yang aku lalui skrg…allah buka pintu hati aku yg dulu hina…..aku sedar kesilapan aku…..dan seburuk2 aku…xada lgsg kah kebaikan pada mata kalian? Itu je aku terkilan….

Tp alhamdullillah kdg2 isteri mintak tlg ambil@hantar die tmpt kerja…masa itu jugak lah aku berpeluang bermain bersama anak2 aku…dia jugak ada beri duit makan….. Kenapa xbalik rumah family aku.? Mak aku dah xsihat…dia ada lemah jantung….aku xnakla die jatuh sakit….dah banyak kali aku susahkan mak aku sepanjang aku hidup…alhamdullilah aku diberi peluang sujud pada kaki mak aku dan pohon maaf diatas segala yang terjadi…mak aku ampunkan semua dosa aku….terima kasih ya allah….kau sedarkan aku sebelum terlambat…terima kasih semua…maafkan aku diatas semua kesilapan aku selama bertahun2 nie….

Hala tuju aku skrg…….selepas masalah kereta aku dah selesai..dan mula berkerja aku akan sewa bilik….berdekatan dgn isteri….mungkin ada yg kurang senang dgn kehadiran aku nnt kalau aku balik ke rumah….isteri aku ingin beri duit untuk aku cari bilik sewa…..tp cukuplah setakat ini…..sudah tak tergamak melihat penderitaan isteri aku selama ini….dimana aku tidur bukan ukuran….asalkan dekat dgn isteri dan anak2 sekiranya ada kecemasan….

Kepada semua warga krt….aku tidak meminta wan ringgit….aku pohon doa kalian moga aku teros cekal mengharungi dugaan ini….moga aku tros berusaha untuk perbaiki segala kesilapan aku….baru aku rasa hidup ini bila tiada seorg pon yang peduli…..terima kasih ya allah kerana sedarkan diri ini walau dalam keadaan memeritkan…..moga taubat ku diterima… Jadikanlah pengalaman aku ini sebagai titik tolak dalam kehidupan sahabat semua…..maaf andai terkasar bahasa…tersalah bicara…..tiada tmpat untuk aku luahkan dan buang ego aku selain disini…. Assalammualaikum

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber – kisahrumahtangga

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post