"Ingatkan Darah Rupanya Gincu Mak Kena Sesah" gelagat lucu adik ini cuit perhatian netizen


 

Disangka darah penuh dimuka, rupanya gincu mak kena sesah, gelagat lucu adik ini cuit perhatian netizen

Aksi seorang kanak-kanak tertidur dengan muka dipenuhi warna merah seakan-akan ‘darah’ akibat bermain gincu ibunya mengundang rasa geram orang ramai di media sosial.

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dikongsikan oleh Rahma Marhan, dia terkejut dengan keadaan muka anaknya yang dipenuhi kotoran merah seperti darah.

Namun setelah meneliti dengan baik, dia mendapati anaknya terbaring di atas lantai bersama gincu kepunyaannya.

“Bertuah punya anak main gincu sampai macam ini selepas itu tidur lena,” katanya menerusi rakaman itu.

Rakaman video berkenaan turut telah dikongsikan oleh beberapa laman media sosial dan mendapat ribuan tontonan serta komen dengan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Kuat sangat adik ini layan drama,” komen Usop.

“Mesti berdebar tengok anak terbaring macam itu,” kata Idayu Sidek.

“Tahniah anda pelakon terbaik di dunia,” kata pengguna lain.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 67,000 kali dan mendapat 1969 reaksi daripada pengguna TikTok

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: inforakyat

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post