"Dia Suruh Saya Tunggu, Dia Ada Kerja Nak Buat" Dah 10 tahun berlalu, lelaki ini masih tunggu di tempat yg ditinggalkan oleh anaknya


 

Seorang ayah sanggup menjaga sepuluh orang anaknya, tapi sepuluh orang anak belum tentu sanggup menjaga seorang ayah. Itulah resam kehidupan apabila masih ada segelintir anak-anak yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kebajikan orang tua mereka.

Menganggap bệban dan buta dengan segala pengorbẫnan dan jasa ibubapa untuk membesarkannya. Demikianlah terdahulu, gambar yang dikongsi oleh Poramet Misomphop menerusi Facebo0knya berserta catatan yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Gambar seorang lelaki menunggu di sebuah tembok jalan di Thailand itu mendapat perhatian orang ramai.

“Kalau kau masih hidup, tahukah kau lelaki yang kau tinggalkan beberapa tahun lalu hampir separuh gḭla menunggu kau setiap hari selama 10 tahun ini.”

Setiap petang dia akan menunggu disisi tepi jalan melihat kereta yang lalu-lalang dengan harapan akan ada seseorang yang berhenti dan membawanya pulang. Tapi hakikatnya, selama 10 tahun ini, tiada siapa yang peduli.

Perasaan ingin tahu membuatkan saya bertanya kepada makcik kedai makan berhampiran apa yang sebenarnya telah berlaku kepada lelaki yang sedang duduk tepi jalan seperti menunggu sesuatu.

Dengan nada perlahan, makcik itu bercerita

“Seingat saya 10 tahun lalu, ada sebuah kereta memarkir keretanya di hadapan kedai ini. Seorang perempuan berjalan keluar daripada kereta dan membawa lelaki itu keluar sambil bercakap beberapa perkara yang saya tak jelas.

“Tak lama selepas itu, kereta tersebut berlalu pergi. Selama itu saya tidak berminat untuk mengambil tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya. Sampailah pada satu tahap, saya perasan setiap hari tanpa jemu dia akan menunggu di tempat yang sama dia ditinggalkan.

“Saya bertanya kepadanya apa yang telah berlaku?”

Dia memberitahu, anaknya keluar atas urusan perniagaan dan memintanya untuk tunggu sehingga segalanya selesai.

“Anak saya ada kerja. Dia minta saya tunggu dia di sini.”

Namun penantian itu telah 10 tahun lamanya. Sehingga kini tiada siapa yang berhenti dan dia juga tanpa jemu menunggu kedatangan anak perempuannya.

Sejak hari itu, makcik tersebut akan membekalkan lelaki itu dengan makanan dan sering kali bertanya dari mana asal-usulnya tapi sekalipun tidak pernah dijawab.

Ulasan:

Begitulah kesetiaan seorang ayah. Biarpun telah banyak berk0rban penat lelah demi menyara anak dari kecil hingga menginjak dệwasa, tapi pada akhirnya inilah balẫsan yang diterimanya.

Kasih ibu membawa ke syṳrga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.

Sanggup berkorban nyẫwa, masa, tenaga dan wẫng dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.

Ternyata pengorbẫnan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin terutama apabila anak meningkat dệwasa.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan dua individu paling berharga dalam kehidupan kita.

Gunakan sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada terutama apabila dua sosok keramat hidup itu masih bernyẫwa. Walaupun tidak terbalas segala jasa dan peng0rbanan mereka, cubalah sedaya upaya memberikan kebahagiaan.

Ini bukan soal wẫng kerana rata-rata ibu bapa terutama yang sudah berusia sebenarnya mengharapkan perhatian dan kasih sayang tidak berbelah bagi daripada anak.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan share Ya. Terima Kasih

sumber: ohinfokini via https://www.24newst.com via celevillage

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post