"Baru Setahun Berkahwin, Aku Dah Mula Rindu Dengan Life Lama Aku" Aku tak tau kenapa hati ku berbelah bagi


 

Tujuan aku cerita ini sbb aku keliru dgn diri sendiri. Aku tak mampu nk luahkn pada sesiapa kerana tidak mahu mengaibkn sesiapa. Kpd admin, maaf ini juga fake acc supaya tiada siapa yg kenal. Aku isteri kpd seorg suami yg sgt baik, menetap di johor dan boleh dkatakn x jauh dr fmily n fmily in law. Dia x merokok, menjaga solat, menjaga ikhtilat, x sosial, tidak boros, menyediakn keperluan seperti rumah, makan pakai. 

Dia lewat 20an dan aku awal 20an. Dugaan bermula bila aku dpt tawaran kerja luar negara sbelum berkahwin lg. Aku bkn seorg yg pandai, jd bila ada pluang, aku tak mahu sia2kn. Aku terima wlaupon pd awalnya ditentang tunang (suami skrg). Aku pernah bgtahu, kalau berat rasa nk tggu aku (masa tu bgtau nk kerja 2-3tahun memandangkn gaji tggi dan ada plan utk kumpul duit) aku rela dia ptuskn tunang dan kahwin lain, sbb istikharah aku menunjukkn tmpt di mana aku bkerja skrg. 

Tp dia tetap nak kahwin dan sanggup pjj. Aku serba salah, syg tp tak sanggup melukakan. Lepas brp bulan aku kerja, aku berkahwin dan bln 1 ni dah setahun kahwin dan pjj. Walaupun jauh, tiap 2 bulan skali aku akan balik cuti dlm 2minggu wlau susah n mncabar mcm mne pon aq tetap balik. Kdg sebulan skali. Setiap kali balik aku lyn elok2, bgun awal pagi kadang siapkn lauk bekal dia pergi kerja. Cuba utk jadi isteri terbaik. Wlaupun aku tau isteri yg baik adalah yg berada di sisi suami ?

Iya, aku selesa kerja di luar, alhamdulillah rezeki nikmat yg Allah pinjamkn sgt byk, contohnya kluarga aku bkn org senang, 1k utk setiap bln yg aku berikan sgt besar buat mak ayah wlaupon itu bkn tanggungjwb aku sebagai ank prempuan. Dan kwn2 aku yg lain, selalu mengadu ada mslh duit. Lg membuatkn aku takut nk bhenti. Bkn aku tak percaya rezeki Allah, mungkin ini cara Allah tolong aku utk capai modal sebelum aku balik. 

Apa yg mampu aku tolong, aku tolong, bahkan aku yakin, setiap rezeki yg aku dapat ini, terselit rezeki org lain. Berbalik pd husband, setiap kali balik, dia akn tnya, sampai bila nk kerja jauh. Bukan aku tak nk kerja kat sana, tp dia pon ckup2 mkn je bila da ptong duit rumah, kete dan mcm2. Dia pon pernah ckp xnk aku jd suri rumah saje. Dia nk bisnes tp belum ada modal, jadi aku cuma mintak dia redha aku kerja luar bkn utk aku sorang, utk tolong dia jgk. Dia tak pernah mintak duit aku tp semua klengkapan diri, aku tanggung sendiri. 

Dan aku tak berkira pun utk bli brg2 dlm rumah, maklumlah rumah baru, kosong, malah rancak jgk aq deco itu ini setiap kali balik. Aku tak pernah mintak duit dia sbb aku tahu gaji dia byk mana, tp bila aku kenangkn kerja aku dulu 7am-7pm gaji 1k. Dgn kelulusan dan tahap ekonomi skrg, dan byk cerita dlm krt mengaitkn kesempitan wang, aku buntu. Aku tak bersedia nk berhenti. At least bg la aku setahun dua lg untuk aku cukupkn modal. Dan setiap kali aku balik mesti ada gaduh. Dia xpernah buat aku rasa nk stay wlaupon byk kali aku bgtau apa sbnrnya aku nk dari dia.

Dia xpandai amik hati aku, contoh, dia tak suka menunggu, jadi bila aku balik, aku lebih suka kluar dgn kwn (prempuan dgn izin) mase dia kerja. Dgn dia, bkn skali, 2,3 kali aku kluar shopping biase la prempuan belek2 brg 5-10minute, normal kn? Dia dah buat muka xkisah dpn org, jln pon tinggal aku kt blakang. Aku malu bila org tgok. Trus xde mood nk shopping. Kempunan sorang isteri. Kluar mesti tgesa2 Aku pernah slow talk pasal ni, tp dia ckp tu dah mmg prangai dia tp masa bcinta bole pulak kawal ok, sejak dari tu aku x kluar mall dgn dia. Ni pun aku pjj, kalau dekat?

Di rumah, iya aku hadiahkn dia ps4 sbb dia sorang duk rumah. Sunyi katanya. Aku tak kisah dia main game. Even kalau aku balik pun dia main smpai lewat mlm. 12mlm bru masuk bilik. Sepanjang aku jauh, dia mmg susah nk msg aku. Kdg bole kira brp patah. Video call lg lah sbulan skali pon susah, itupun kena aku yg ajak. Aku slowtalk kata xkn semua aku nk start. X boleh ke dia start dulu ? Lama2 aku dah x kisah. Msg bpe kerat pon, xcall pon xpe. Aku bosan dgn married life aku. Kalau ikutkn, asyik aku je start dulu, romantik, menggoda, manja, semuanya aku start dulu. Aku pon nk jgk dia start. Tp ckp dgn dia mcm curah air ke daun keladi. Jadi aku pon buat tak tahu je. Kalau aku merajuk, dia xmsg aku sehari dua, katanya bg aku masa walhal aku dah bgtau, kalau merajuk aku nk dpujuk bkn biar mcmtu je sehari dua

Dah slowtalk tp tak tahulah. Malas ckp byk kali kang di copnya kita ni kuat complain jadi aku biarkn wlaupun memyakitkn. Lama2 aku mula rindu life lama aku. Aku akui sebelum kahwin aku ramai kwn lelaki since sekolah sbb aku kasar sikit orgnya. Tp dgn husband aku xpernah kasar, aku manja. Yelah husband dgn kwn mana sama. Hati pon mcm tisu. Tp semenjak aku kahwin, aku dah tak contact kwn lelaki. Setiap kali aku nk cntct, aku fikir aku isteri org, berdosa dgn suami plus apa pulak kwn aku kata nanti.

Kdg2 aku mnyesal kahwin. Kalau aku balik kejap pon makan hati dgn perangai dia. Apatah lg kalau aku duk sbumbung. Kwn serumah aku pon hari2 oncall, video call dgn tunang, pakwe memasing, aku? Laki sendiri pon msg kdg2. Aku pernah tnya, kalau2 dia ada plihan lain, atau kawan dgn org lain tp aku pulak dimarahnya kata aku merepek. Aku bkn anti poligami jd aku cuma nk dia happy sbb aku tak rasa pon dia happy dgn aku. Sama2 dah tak kesah. Kalau happy mesti dia pujuk baik2, lyn aku elok2 masa aku balik supaya aku benti dan blek di sisi dia kn?

Aku tak pernah curang cuma rasa nak jadi jahat tu adela… Husband pon fon tinggal merata2 pon relax je, fb pon aku ade password dia. Kadang aku rasa aku bkn jodoh dia, dia tak faham aku, aku pon tak faham dia. Rindu dgn life aku yg dulu. Kalau berpuluh tahun kahwin tak apalah ini tak sampai setahun layan aku cmni. Kadang sorang lebih buatkn aku tenang dari relationship ni aku tak cukup baik ke sebagai seorg isteri? Smpai aku fikir kalau dah mmg xde jodoh, aku nk menetap trus kt sini tak balik dah Hati aku dah kering ?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber – kisahrumahtangga

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post